JOHNNIE WALKER DAN SABRINA CARPENTER BERKONGSI KISAH 'KEEP WALKING' MENERUSI FILEM BAHARU ARAHAN DAMIEN CHAZELLEF
Bab terbaharu kerjasama Johnnie Walker x Sabrina Carpenter meraikan kemajuan, keyakinan dan ekspresi diri secara kreatif menerusi sebuah filem baharu yang memukau dengan sentuhan sinematik.
LONDON, 11 Nov 2026 /PRNewswire/ -- Johnnie Walker, jenama wiski Scotch No. 1 dunia*, hari ini memperkenalkan sebuah filem baharu yang dihasilkan sebagai sebahagian daripada kerjasama global berterusannya dengan Sabrina Carpenter, bintang terkenal dunia yang memecahkan pelbagai rekod serta pemenang dua Anugerah GRAMMY® dan Anugerah Emmy. Diarahkan oleh pembikin filem pemenang Academy Award, Damien Chazelle, dan diterbitkan oleh Superprime Films, filem ini merakamkan kisah 'Keep Walking' Sabrina dengan meraikan perkembangan perjalanan seninya, gaya tersendiri yang penuh keyakinan serta lembaran baharu dalam kerjayanya.
Diilhamkan oleh gaya bersahaja yang memikat serta semangat memberontak sinema Gelombang Baharu Perancis, filem ini menggabungkan gaya sinematik yang sofistikated dengan unsur spontan, kebebasan dan keberanian mencabar kelaziman secara bersahaja. Berteraskan semangat kemajuan diri yang menjadi tunjang platform ikonik Johnnie Walker Keep Walking, filem ini menampilkan Sabrina sebagai watak utama ketika dunia di sekelilingnya terus berubah, dipenuhi suasana penuh kemeriahan, sambutan dan detik-detik yang tidak dijangka. Keyakinan, sikapnya yang berani mencabar kelaziman secara bersahaja serta naluri untuk melakukan sesuatu dengan cara berbeza begitu terserlah, sekali gus memberikan tafsiran baharu kepada Keep Walking yang benar-benar mencerminkan keperibadian Sabrina.
Sabrina Carpenter berkata: "Bekerjasama dengan Johnnie Walker dan Damien merupakan suatu pengalaman kreatif yang cukup mengujakan. Kami mahu menghasilkan pengalaman sinematik sebenar yang menyeronokkan, penuh kejutan dan sarat dengan keperibadian tersendiri. Saya sudah lama meminati karya Damien, jadi saya begitu teruja dapat bekerjasama dengannya untuk merealisasikan dunia visual ini. Filem ini terasa seperti cara yang paling tepat untuk menceritakan kisah Keep Walking dan merakamkan semangat yang mengiringi lembaran baharu ini."
Filem ini diarahkan oleh Damien Chazelle, pembikin filem pemenang Academy Award yang terkenal menerusi karya seperti La La Land, Whiplash, First Man dan Babylon. Terkenal dengan pendekatan penceritaan visual yang bercita-cita tinggi, rangkaian persembahan muzik yang dinamik serta penerokaan tema cita-cita, kreativiti dan usaha mencapai kecemerlangan, Chazelle menerapkan gaya sinematik tersendiri dalam mengisahkan perjalanan Sabrina yang berkisar tentang perubahan, ekspresi diri dan kemajuan.
Filem ini meneruskan kerjasama jangka panjang antara Johnnie Walker dengan Sabrina Carpenter yang telah berlangsung selama beberapa tahun, susulan pelancaran koktel istimewanya, Go Go Highball, serta botol Johnnie Walker Black Label edisi terhad yang diinspirasikan oleh gayanya. Kedua-dua produk ini kini diperkenalkan secara berperingkat di Eropah, Australia dan Amerika Utara, sebelum diperluas ke lebih banyak pasaran dalam beberapa bulan akan datang. Filem ini menandakan lembaran baharu kerjasama tersebut dengan menghidupkan tenaga dan keperibadian unik Sabrina serta semangat Keep Walking.
Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada platform muzik global Johnnie Walker yang lebih luas, yang memperjuangkan artis yang berani meneroka batas kreativiti dan membawa perspektif tersendiri kepada dunia budaya.
Untuk melihat imej tambahan, klik di sini dan untuk menonton video, klik di sini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: [email protected]
*Sumber: IWSR 2025.




Share this article