Kenali Siri MGTL Baharu: Inovasi Terkini Sungrow untuk Kediaman dan Perniagaan
DA NANG, Vietnam, 7 September 2026 /PRNewswire/ -- Sungrow, penyedia penyongsang fotovolta (PV) dan sistem storan tenaga terkemuka global, dengan bangganya mengumumkan pelancaran penyongsang hibrid tiga fasa generasi seterusnya, Siri MGTL di seluruh Asia Tenggara, Afrika, Amerika Latin dan pasaran lain.
Siri MGTL meliputi julat kuasa bermula daripada 10 kW hingga 25 kW, mengintegrasikan keupayaan storan solar dan tenaga dalam satu penyelesaian yang sangat bersepadu, sekali gus membantu pemilik rumah dan perniagaan memaksimumkan penggunaan tenaga solar, memperkukuh daya tahan tenaga dan mempermudah penggunaan sistem.
Hasil Lebih Tinggi untuk Nilai Solar Lebih Besar
Bagi memperoleh lebih banyak nilai daripada setiap pemasangan solar, Siri MGTL dilengkapi penyelesaian ESS PID peneraju industri—teknologi PID Zero® — untuk membantu melindungi modul PV dan mengekalkan prestasi sistem dalam tempoh jangka panjang. Dengan arus input PV sehingga 20A bagi setiap rentetan, keserasian dengan modul PV berarus tinggi dan julat voltan MPPT yang luas, siri ini dapat menyokong sehingga 250% lebihan saiz PV.
Dengan menggabungkan keserasian PV termaju dengan teknologi penukaran tenaga pintar, siri MGTL baharu meningkatkan kecekapan tenaga keseluruhan dengan ketara dan memberikan hasil yang lebih tinggi.
Sandaran Lancar untuk Daya Tahan Tenaga Lebih Tinggi
Ketika permintaan elektrik menjadi semakin dinamik, kuasa sandaran yang andal menjadi suatu keperluan untuk kediaman dan perniagaan moden.
Siri MGTL menawarkan penukaran 0 ms antara mod tersambung grid dan luar grid, sekali gus membolehkan bekalan kuasa tanpa gangguan ketika berlaku gangguan grid. Dengan sokongan sehingga 200% output tiga fasa tidak seimbang, arus pengecasan dan nyahcas maksimum 440A serta kapasiti beban lampau AC sehingga 2.0x selama 10 saat, siri ini membekalkan kuasa kepada beban isi rumah dan perniagaan yang mencabar dengan tahap keyakinan yang lebih tinggi.
Pemasangan Dipermudah dengan Pengalaman Tanpa Kerumitan
Siri MGTL turut direka untuk meningkatkan pengalaman pemasang dan pengguna akhir. Operasi tanpa kipas mengupayakan prestasi yang amat senyap serendah 35 dB(A)(MG10/12/15Tl), manakala skrin sentuh 4.3-inci pada model MGTL terpilih menyokong ciri pemantauan setempat dan pelarasan sistem yang mudah.
Dilengkapi port pelbagai fungsi bersepadu, siri ini membolehkan sambungan yang fleksibel dengan penjana diesel dan beban pintar, manakala reka bentuk bateri terminal busbar menyokong pemasangan bateri yang diperkemas, sekali gus membantu pemasang melaksanakan pemasangan sistem dengan pantas dan teratur.
Dibangunkan untuk Keselamatan dan Ketahanan dengan Ekosistem Bateri Terbuka
Memandangkan aspek keselamatan kekal sebagai keutamaan tertinggi Sungrow, Siri MGTL membawakan ciri pengesanan kerosakan arka AFCI 3.0R standard, meliputi laluan kabel sehingga 200 meter dengan arus pengesanan 20A—memastikan bumbung kekal selamat walaupun pada jarak yang jauh serta memberikan amaran awal terhadap risiko kebakaran elektrik. Penyepaduan reka bentuk kalis letupan yang dipatenkan dengan dwipelepasan tekanan, penarafan perlindungan IP66 dan keupayaan antikakisan C5 dapat memastikan operasi yang boleh dipercayai dalam persekitaran yang mencabar.
Pada masa sama, siri ini menawarkan tahap keserbagunaan tinggi menerusi penyambungan yang lancar dengan siri bateri MBL120 dan MBL160 daripada Sungrow serta rangkaian penyelesaian bateri pihak ketiga yang semakin berkembang. Bersama-sama platform iSolarCloud, pengguna dan pemasang mendapat akses kepada data sistem masa nyata serta cerapan pengurusan tenaga yang boleh disesuaikan dalam ekosistem yang selamat dan terbuka.
Menerusi pelancaran Siri MGTL, Sungrow terus memajukan inovasi tenaga kediaman dengan menyediakan sistem tenaga yang lebih pintar, lebih selamat dan lebih berdaya tahan bagi memenuhi keperluan yang terus berkembang.
SOURCE Sungrow
Share this article