Klook dan Visa Jalin Kerjasama Merentasi Enam Pasaran Asia Tenggara bagi Menyokong Peningkatan Perjalanan Berteraskan Pengalaman
SINGAPURA, 23 September 2026 /PRNewswire/ -- Klook, platform pengalaman pan-serantau terkemuka di Asia Pasifik, dan Visa, peneraju dunia dalam pembayaran digital, hari ini mengumumkan Memorandum Persefahaman (MoU) merentasi enam pasaran Asia Tenggara bagi menyokong peralihan yang semakin berkembang ke arah perjalanan berteraskan pengalaman. Merentasi Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam, kerjasama itu menggabungkan ekosistem pengalaman Klook dengan rangkaian pembayaran Visa untuk menyokong program pencipta bersama, tawaran pemegang kad, kehadiran jenama di destinasi serta penyertaan Klook sebagai rakan kongsi bagi platform perjalanan ikonik Visa — Visa Destinations.
Pengalaman semakin membentuk destinasi yang dipilih pengembara
Kajian Visa 2026 Global Travel Intentions dan Klook Travel Pulse 2026 menunjukkan bahawa permintaan perjalanan di seluruh Asia Tenggara kekal kukuh meskipun berdepan cabaran global. Penemuan itu turut menunjukkan trend peningkatan pendekatan berteraskan pengalaman dalam perancangan perjalanan:
- Kajian Visa 2026 Global Travel Intentions mendapati bahawa 37% responden Asia Pasifik merancang perjalanan berdasarkan pengalaman tempatan yang unik, melebihi purata global sebanyak 29%.
- Klook Travel Pulse 2026 mendapati bahawa pengalaman mempengaruhi pilihan destinasi pengembara. Lebih separuh pengembara Asia Pasifik tidak lagi memulakan perancangan mereka dengan destinasi yang telah ditetapkan, manakala 23% bermula dengan aktiviti tertentu dan memilih destinasi berdasarkan pengalaman tersebut.
Apabila titik permulaan pengembara beralih daripada persoalan ke mana hendak pergi kepada apa yang hendak dilakukan, kedua-dua syarikat menyaksikan pengalaman merangkumi bahagian yang semakin besar daripada bajet perjalanan pengembara Asia Tenggara.
Berdasarkan cerapan ini, Klook akan menyokong pelancaran Visa di seluruh Asia Tenggara melalui inisiatif pemasaran dan promosi bersama, termasuk tawaran Klook yang disediakan melalui saluran Visa Destinations.
Kandungan sosial yang diterajui pencipta memberi keyakinan kepada pengembara untuk membuat tempahan
Media sosial kekal sebagai sumber utama inspirasi perjalanan. Ketika kandungan media sosial yang dijana AI menjadi semakin lazim, kandungan pencipta daripada pengalaman kehidupan sebenar menjadi semakin bernilai. Melihat seseorang pencipta mengunjungi destinasi atau mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti membantu pengembara mempercayai bahawa perkara yang mereka lihat berasaskan realiti, sekali gus memberikan mereka keyakinan lebih tinggi untuk menempah sendiri pengalaman tersebut.
Atas sebab itu, Klook dan Visa akan mewujudkan rangka kerja pencipta bersama di seluruh Asia Tenggara di bawah MoU tersebut. Dengan lebih 30,000 pencipta merentasi 88 pasaran, Klook Kreator Programme ialah komuniti global pencipta kandungan perjalanan yang menempatkan Klook di barisan hadapan perdagangan sosial dalam sektor perjalanan. Melalui kerjasama tersebut, pautan ahli gabungan daripada pencipta Visa akan ditempatkan di Kreator Shops, kedai pencipta Klook yang baru sahaja diperbaharui dan dilancarkan pada Ogos 2026.
Gladys Chan, Ketua Pemasaran, Rantau Asia Tenggara, Visa, berkata, "Perjalanan merupakan kuasa utama yang membentuk budaya dan ekonomi Asia Tenggara. Di Visa, kami percaya setiap orang boleh menjadi pengembara yang mereka inginkan, dan perjalanan itu bermula jauh sebelum pembayaran. Kerjasama kami dengan Klook menggabungkan rangkaian pembayaran Visa yang dipercayai dengan komuniti pencipta yang memberi inspirasi kepada pengembara untuk bertindak. Bersama-sama, kami berharap dapat membawa Visa Destinations kepada lebih ramai pengembara di seluruh Asia Tenggara dan menghubungkan pemegang kad dengan pengalaman yang paling mereka hargai."
Sarah Wan, Pengurus Besar untuk Singapura, Indonesia, Malaysia dan Thailand, Klook, berkata: "Merentasi pasaran kami, pengembara semakin menentukan apa yang hendak dilakukan sebelum memilih ke mana hendak pergi, dengan pencipta membentuk pilihan tersebut. Klook Kreator Programme menggabungkan inspirasi dan tempahan, membolehkan pengembara bertindak serta-merta berdasarkan cadangan. Kerjasama dengan Visa memperluas perjalanan ini kepada pembayaran dan ganjaran, sambil memberikan lebih banyak nilai kepada pencipta di seluruh rantau untuk ditawarkan kepada khalayak yang mempercayai mereka."
Latar Belakang Visa
Visa (NYSE: V) ialah peneraju dunia dalam pembayaran digital, yang memudahkan transaksi antara pengguna, penjual, institusi kewangan dan entiti kerajaan di lebih 200 negara dan wilayah. Misi kami adalah untuk menghubungkan dunia melalui rangkaian pembayaran yang paling inovatif, mudah, boleh dipercayai dan selamat, sekali gus membolehkan individu, perniagaan dan ekonomi berkembang maju. Kami percaya bahawa ekonomi yang merangkumi semua orang di mana-mana sahaja akan meningkatkan taraf hidup semua orang di mana-mana sahaja dan melihat akses sebagai asas kepada masa depan pergerakan wang. Ketahui lebih lanjut di www.visa.com.sg
Latar Belakang Klook
Klook ialah platform pengalaman pan-serantau terkemuka di Asia Pasifik, yang dibangunkan khusus untuk mendigitalkan pengalaman dan menjadikannya boleh diakses oleh setiap pengembara. Misi kami adalah untuk membina infrastruktur digital bagi ekonomi pengalaman global — memperkasa peniaga untuk berkongsi minat mereka dan pengembara untuk menemui denyut nadi setiap destinasi. Kami mengendalikan platform tersusun yang mengutamakan peranti mudah alih, menampilkan pelbagai pengalaman merentasi destinasi global.
SOURCE Visa
Share this article