Laporan baharu mendapati bahawa kelewatan sebelum pesakit tiba di pusat strok kekal sebagai cabaran utama dalam memastikan rawatan diberikan tepat pada masanya di Malaysia.
Pakar-pakar di Malaysia menyeru agar kesedaran awam mengenai tanda dan gejala strok dipertingkatkan, protokol pengimejan hospital diseragamkan, dan akses kepada rawatan pakar diperluaskan ke kawasan di luar bandar-bandar utama.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 September 2026 /PRNewswire/ -- Kelewatan yang berlaku sebelum pesakit tiba di pusat rawatan strok kekal halangan utama kepada rawatan segera di Malaysia menurut laporan baharu bertajuk "Strengthening Stroke System Readiness Across ASEAN", yang dilancarkan hari ini oleh Siemens Healthineers di persidangan Hospital Management Asia 2026 di Bangkok, Thailand.
Laporan ini menghimpunkan pandangan daripada tujuh pakar terkemuka di seluruh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam, termasuk Prof. Dr Khairul Azmi bin Abd Kadir, perunding kanan radiologi neurointervensi dan pakar bedah neuroendovaskular di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Pakar-pakar telah mengenal pasti beberapa halangan utama untuk mendapatakan rawatan yang menepati masa di Malaysia: Tahap kesedaran awam yang rendah mengenai gejala strok dan kekangan pengangkutan menyebabkan ramai pesakit tiba di hospital selepas tempoh kritikal untuk mendapatkan rawatan, manakala kelewatan pemindahan antara hospital dan akses kepakaran yang tertumpu di bandar utama menyukarkan pesakit mendapatkan rawatan sewajarnya dengan segera.
Rantau Asia Tenggara menyumbang lebih 40% daripada jumlah kematian akibat strok di seluruh dunia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan menanggung hampir separuh daripada keseluruhan beban strok di negara membangun dengan kecacatan jangka panjang yang serius menjejaskan kira-kira satu pertiga daripada semua mangsa strok yang terselamat². Strok merupakan punca kematian ketiga tertinggi di Malaysia, dengan bebannya dipengaruhi lagi oleh peningkatan kadar diabetes, obesiti dan "hiperlipidemia"³, di samping populasi yang semakin menua⁴.
"Setiap sistem penjagaan kesihatan di Asia Tenggara berada pada tahap perkembangan yang berbeza dalam usaha memperkukuh penjagaan strok, tetapi sebahagian besar berkongsi cabaran yang sama" kata Fabrice Leguet, Pengarah Urusan ASEAN dan Ketua Perkhidmatan Perusahaan Asia Pasifik & Jepun, Siemens Healthineers.
"Di Malaysia, ini bermakna kita perlu memastikan pesakit mengenal pasti tanda-tanda strok dan sampai di pusat rawatan yang tepat pada masanya, tidak kira sejauh mana mereka tinggal dari pusat bandar utama," kata Ai Li Siow, Pengarah Urusan Siemens Healthineers, Singapura, Malaysia, dan Brunei. "Peningkatan hasil rawatan amat bergantung kepada sejauh mana keseluruhan sistem penjagaan strok berfungsi secara bersepadu, bermula daripada pengecaman simptom dan pengaktifan perkhidmatan perubatan kecemasan, sehinggalah kepada kecekapan diagnosis, rawatan, dan pemulihan."
Kelewatan di sepanjang stroke pathway kekal sebagai cabaran terbesar
Malaysia telah melakar kemajuan yang nyata dalam penjagaan strok sepanjang dekad yang lalu melalui penubuhan unit-unit strok khusus, pelaksanaan stroke pathway kebangsaan, serta perluasan akses kepada rawatan pelarut darah beku melalui suntikan ("intravenous thrombolysis") dan secara beransur-ansur, prosedur pembuangan darah beku secara fizikal ("thrombectomy"). Strok kini semakin diiktiraf sebagai satu kecemasan perubatan, dan hospital-hospital telah menyahut seruan ini dengan menubuhkan pasukan pelbagai disiplin serta kemudahan "neuroimaging" termaju bagi memantapkan penyelarasan di seluruh "stroke pathway".
Namun begitu, kesedaran awam yang rendah mengenai simptom-simptom strok serta kekangan pengangkutan menyebabkan kelewatan pesakit untuk tampil mendapatkan rawatan, sekali gus membazir waktu berharga pesakit sebelum mereka sampai di hospital. Akses kepada perkhidmatan strok lanjutan juga masih tertumpu di sekitar kawasan pusat bandar utama, lantas mewujudkan jurang ketidaksamaan bagi pesakit di kawasan pinggir dan luar bandar. Kekurangan tenaga kerja turut membebankan lagi sistem sedia ada: Malaysia hanya mempunyai seorang pakar neurologi bagi setiap 323,000 penduduk¹, dengan sebahagian besarnya bertugas di bandar-bandar utama.
Cabaran-cabaran ini disusahkan lagi oleh kelewatan pemindahan antara hospital dan protokol pengimejan yang tidak selaras, di mana kebanyakan hospital masih membawa pesakit strok melalui jabatan kecemasan terlebih dahulu berbanding menghantar mereka terus untuk imbasan "computed tomography" (CT).
Model kebangsaan dengan inovasi tempatan
Pusat Perubatan Universiti Malaya, sebuah pusat rujukan tertiari akademik utama, menyediakan akses sepanjang masa untuk prosedur "mechanical thrombectomy" dan intervensi neurovaskular yang kompleks, disokong oleh teknologi "biplane angiography" yang canggih. Melangkaui rawatan peringkat kritikal, peranan pusat ini turut merangkumi bidang pendidikan, penyelidikan, dan pembinaan kapasiti serantau, sekali gus membantu melatih barisan pakar serta berkongsi amalan terbaik dengan institusi-institusi lain.
Pakar-pakar turut menekankan nilai model rujukan "hub-and-spoke" — yang membolehkan hospital-hospital daerah mengenal pasti pesakit yang memerlukan prosedur thrombectomy dengan pantas dan memindahkan mereka secara cekap ke pusat rawatan yang berkemampuan — sebagai satu cara untuk memperluaskan keupayaan kepakaran seumpama ini ke luar kawasan pusat bandar utama di Malaysia.
AI mampu menyokong penjagaan strok yang lebih pantas dan terselaras
Kepintaran buatan (AI) muncul sebagai alat yang boleh membantu menangani beberapa cabaran ini secara serentak. Pakar-pakar menekankan potensinya untuk menyokong pengesanan strok paling kritikal dengan lebih pantas, di samping mengautomasikan pemakluman hospital agar pasukan pakar bersiap sedia sebelum pesakit tiba. Sokongan pengimejan jarak jauh yang dikuasakan oleh AI juga mampu membantu hospital yang berdepan masalah kekurangan tenaga kerja atau yang berkhidmat untuk populasi di kawasan terpencil tanpa pakar di lokasi. Walau bagaimanapun, pakar-pakar menegaskan bahawa teknologi adalah paling berkesan apabila ia diintegrasikan ke dalam clinical pathways yang dirangka dengan baik, serta disokong oleh profesional terlatih, rangkaian rujukan yang mantap, dan protokol penjagaan yang standard.
Keutamaan dalam memperkasakan kesiapsiagaan strok di Malaysia
Selain memperluaskan infrastruktur, pakar-pakar bersetuju bahawa usaha memperkukuh kesiapsiagaan strok di Malaysia perlu memberi tumpuan kepada pengenalpastian strok dengan lebih pantas, protokol yang lebih jelas serta akses yang lebih konsisten kepada rawatan pakar.
Keutamaan segera termasuklah:
- Melatih perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS) untuk mengenal pasti tanda-tanda strok dan mengaktifkan hospital pathways sebelum pesakit tiba.
- Membolehkan pesakit yang memenuhi kriteria tertentu untuk tidak melalui jabatan kecemasan dan dibawa terus bagi menjalani imbasan CT.
- Menetapkan protokol pengimejan yang jelas dan seragam di semua institusi.
- Membangunkan model rujukan hub-and-spoke bagi mempercepatkan pemindahan pesakit kepada pusat yang mempunyai kepakaran berkaitan.
- Menjalankan audit terhadap tempoh rawatan bagi menyokong usaha peningkatan kualiti.
"Penjagaan strok bergantung kepada rantaian keputusan dan tindakan yang bermula sebelum pesakit tiba di hospital. Tiada institusi atau teknologi tunggal yang mampu memperkukuh rantaian tersebut secara bersendirian," kata Ai Li Siow. "Daripada mengecam tanda-tanda di rumah sehinggalah tiba di pusat rawatan yang tepat, keupayaan kita merapatkan jurang dalam rantaian inilah yang akan menentukan berapa banyak lagi nyawa yang boleh diselamatkan di Malaysia."
Baca laporan penuh di sini.
Kunjungi Pusat Berita Siemens Healthineers.
Langgani surat berita "Medtech matters" di LinkedIn.
Siemens Healthineers merintis penciptaan kejayaan baharu dalam penjagaan kesihatan. Untuk semua orang. Di mana-mana sahaja. Dengan Kelestarian. Syarikat merupakan penyedia global peralatan, penyelesaian dan perkhidmatan penjagaan kesihatan, dengan aktiviti di lebih 180 negara dan perwakilan langsung di lebih 70 negara. Kumpulan ini merangkumi Siemens Healthineers AG, yang disenaraikan dengan simbol SHL di Frankfurt, Jerman, dan anak-anak syarikatnya. Sebagai syarikat teknologi perubatan terkemuka, Siemens Healthineers komited untuk meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan bagi komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan di seluruh dunia dan berusaha menangani penyakit yang paling mengancam. Syarikat terutamanya aktif dalam bidang pengimejan, diagnostik, penjagaan kanser dan terapi invasif minimum, yang diperkukuh oleh teknologi digital dan kecerdasan buatan. Pada tahun fiskal 2025 yang berakhir pada 30 September 2025, Siemens Healthineers mempunyai kira-kira 74,000 pekerja di seluruh dunia dan menjana hasil sekitar €23.4 bilion. Maklumat lanjut tersedia di siemens-healthineers.com.
[1] Pandian JD, Padma Srivastava MV, Aaron S, et al. The burden, risk factors and unique etiologies of stroke in South-East Asia Region (SEAR). Lancet Reg Health Southeast Asia. 2023; 17:100290. doi:10.1016/j.lansea.2023.100290 |
SOURCE Siemens Healthineers
Share this article