DUBAI, UAE, 25 November 2026 /PRNewswire/ -- Dubai International Financial Centre (DIFC), pusat kewangan global terkemuka di rantau Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan (MEASA), hari ini melancarkan laporan keempat dan terakhir dalam siri Future of Finance bagi 2026.
Laporan bertajuk Melangkaui Kewangan: Hab Perniagaan Strategik Masa Depan (Beyond finance: The strategic business hubs of tomorrow) ini meneliti bagaimana landskap geografi perniagaan global sedang berubah apabila syarikat dan pelabur menilai semula lokasi untuk menempatkan tenaga kerja, modal dan operasi jangka panjang mereka.
Berdasarkan perbincangan meja bulat peringkat tinggi dan wawancara dengan lebih 20 pemimpin perniagaan global, laporan ini membentangkan rangka kerja daya saing bandar yang moden dan bersepadu, berteraskan lima tonggak yang saling memperkukuh, iaitu: kemudahan menjalankan perniagaan, infrastruktur fizikal dan digital, kekukuhan sektor kewangan, modal insan serta reputasi dan tadbir urus.
Laporan ini mengetengahkan Dubai sebagai model daya saing yang berteraskan pelbagai tonggak, disokong oleh matlamat Agenda Ekonomi Dubai (D33) yang menyasarkan untuk menggandakan saiz ekonomi emiriah itu dan meletakkan Dubai dalam kalangan empat pusat kewangan global terkemuka.
Bagi menggambarkan rangka kerja tersebut, laporan ini menampilkan profil lima bandar utama dunia, iaitu: Austin bagi kemudahan menjalankan perniagaan, Busan bagi infrastruktur fizikal dan digital, Shenzhen bagi kekukuhan sektor kewangan, Bengaluru bagi modal insan serta Luxembourg bagi tadbir urus yang membina reputasi.
Dubai: Bakat, Kepercayaan dan Teknologi pada Skala Besar
Laporan ini menekankan tiga perubahan utama yang meningkatkan daya tarikan Dubai kepada syarikat multinasional, iaitu: kumpulan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang semakin berkembang, kredibiliti institusi dan peningkatan kepekatan perniagaan yang memanfaatkan teknologi.
Kredibiliti institusi turut memperkukuh daya tarikan tersebut. UAE menduduki tempat ke-36 daripada 143 negara di seluruh dunia dan tempat pertama di rantau ini dalam Indeks Kedaulatan Undang-undang World Justice Project. Bagi lembaga pengarah syarikat multinasional, tadbir urus yang telus dan boleh dijangka turut dilengkapi dengan akses kepada sistem pengadilan bebas berasaskan undang-undang lazim (common law) melalui DIFC.
Laporan ini menegaskan bahawa insentif kewangan bukan lagi satu-satunya pertimbangan dalam pemilihan lokasi, apabila perniagaan semakin memberikan penekanan kepada kawal selia yang progresif dan berpandangan jauh, proses yang cekap serta penggubalan dasar yang jelas dan konsisten.
Sebagai pusat kewangan terkemuka dengan lebih 10,000 entiti berdaftar yang aktif, DIFC turut memainkan peranan dalam memperkukuh kedudukan Dubai sebagai pusat kekayaan global dan pasaran utama bagi perkhidmatan perbankan serta perdagangan di rantau MEASA.
Dengan menyepadukan kecerdasan buatan ke dalam sistem kawal selia, operasi perniagaan dan infrastrukturnya, termasuk sistem penyeliaan, pelesenan yang mengutamakan pendekatan digital serta proses pematuhan automatik, DIFC sedang membangunkan pusat kewangan AI-natif untuk masa depan.
Untuk memuat turun laporan penuh, sila layari


Share this article