Meneroka Hala Tuju Seterusnya dalam Kecantikan
HONG KONG, 4 November 2026 /PRNewswire/ -- Meiyume kembali menyertai Cosmopack Asia di reruai 3-C01 dengan BEACON—pengalaman imersif untuk meneroka kecantikan, yang direka bagi membantu jenama mengenal pasti peluang pasaran dan merealisasikannya menerusi ekosistem global bersepadu kami.
Dalam industri yang berubah dengan pantas, mengetahui perkembangan seterusnya hanyalah permulaan. Di BEACON, pengunjung akan mengetahui bagaimana Meiyume menghubungkan risikan, perumusan, pembungkusan dan pembuatan siap guna bagi membimbing produk daripada pengesanan isyarat pasaran sehingga menjadi produk komersial.
Cerapan
Bermula dengan isyarat yang membentuk perkembangan masa depan. Terokai Beauty Intelligence Platform milik Meiyume yang dikuasakan AI, yang membantu jenama meramalkan tingkah laku pengguna yang sedang muncul dan mengenal pasti perubahan pasaran sebelum menjadi arus perdana.
Inovasi
Temui konsep produk yang tersendiri dan format baharu yang direka untuk mewujudkan pembezaan bermakna dalam landskap industri kecantikan yang sesak dan berdaya saing.
Kemampanan
Lihat bagaimana kemampanan dapat melangkaui aspirasi dan diterapkan dalam produk itu sendiri melalui bahan baharu serta pendekatan pembungkusan yang lebih bijak.
Pembungkusan
Terokai inovasi pembungkusan primer, sekunder, GWP dan POSM terbaharu Meiyume, yang memperlihatkan bagaimana reka bentuk teliti, kefungsian dan kreativiti dapat meningkatkan pengalaman penggunaan produk.
Penyelesaian Siap Guna & Pembuatan [ODM / OEM]
Daripada penjagaan kulit yang diinspirasikan oleh konsep umur panjang dan produk pemerangan kulit sendiri dengan manfaat penjagaan kulit, hinggalah wangian pelbagai fungsi serta format produk kecantikan generasi akan datang, terokai bagaimana idea diterjemahkan daripada peluang kepada produk siap menerusi keupayaan bersepadu Meiyume merentas pelbagai kategori kecantikan.
Ekosistem global yang saling terhubung
Pada setiap peringkat, rangkaian global Meiyume menghimpunkan kepakaran dan keupayaan merentas rantau, membantu jenama mengurus kerumitan serta menghubungkan penyelesaian yang tepat dengan pasaran dan aspirasi masing-masing.
Kerjasama eksklusif Meiyume x Cosmoprof Asia
Pengunjung juga berpeluang menerima Hair & Body Mist eksklusif yang menampilkan wangian berinspirasikan aroma makanan manis (gourmand) untuk meningkatkan mood, diperkaya dengan pro-vitamin B5 dan dipersembahkan dalam pembungkusan mampan berbentuk aksesori gantung beg yang boleh dipakai.
Dengarkan Perkongsian Pakar Kami
Selain aktiviti di reruai, pakar Meiyume akan tampil di pentas untuk berkongsi pandangan mengenai dua faktor yang membentuk masa depan industri kecantikan—perkembangan peraturan dan kemampanan.
Simposium BIFA | 10 November, 16:40–17:15
Jan Porter, Ketua Kemampanan Korporat, Meiyume
Gambaran Keseluruhan Pematuhan Global pada 2026: Cabaran, Peluang dan Strategi Kawal Selia bagi Kosmetik & Bahan Ramuan
Cosmotalks | 12 November, 12:15–13:15
Fran Zhang, Ketua Pegawai Pemasaran (CMO), Meiyume
Memupuk Kemampanan dalam Kecantikan: Nilai Prestasi ESG dan Ketelusan Rantaian Bekalan
Kunjungi Meiyume di reruai 3-C01 dan temui peluang kecantikan seterusnya yang dapat membawa jenama anda ke tahap lebih tinggi.
https://meiyume.com/
MEIYUME (HONG KONG) LIMITED
2/F, HK SPINNERS INDUSTRIAL BUILDING, PHASES I & II, 800 CHEUNGSHAWAN ROAD, KOWLOON, HONG KONG
SOURCE Meiyume


Share this article