Midea Realisasikan "Simply ideal" pada IFA 2026
BERLIN, 5 September 2026 /PRNewswire/ -- Pada IFA 2026, Midea menjayakan visinya "Simply ideal" ("Benar-benar ideal") menerusi inovasi terkini yang direka untuk membawakan tahap kepintaran, keselesaan, kecekapan dan kemudahan yang lebih tinggi ke dalam kediaman.
Pameran itu turut mengetengahkan kerjasama baharu Midea selama lima tahun dengan FC Barcelona.
Midea Suites: Cara Menguasai Kediaman
SMART MASTER baharu mempamerkan ekosistem kediaman berkuasa AI daripada Midea. Ejen AI (AI Agent) membolehkan interaksi yang lebih semula jadi dan intuitif dengan perkakas dalam senario isi rumah harian. Midea Robot membawakan AI ke dunia fizikal menerusi aktiviti memasak, membersih, mencuci pakaian, penjagaan dan kawalan seluruh kediaman.
AI ECOMASTER menyelaraskan perkakas dan sistem berhubung menerusi pengurusan kuasa pintar. AI ECOMASTER turut mempelajari rutin isi rumah dan beradaptasi dengan keperluan yang berubah-ubah demi fleksibiliti dan keselesaan yang lebih baik.
Bagi kediaman yang mengutamakan setiap ruang, SPACE MASTER menawarkan kapasiti boleh guna yang lebih besar dalam dimensi luaran yang sama, seperti yang ditunjukkan menerusi ruang penyimpanan peti sejuk yang diperluas.
Di samping MASTER Suites, BUILT-IN Series merangkumi Ispira Series yang diinspirasikan oleh Milan yang menggabungkan reka bentuk sepadu dengan fungsian pintar demi pengalaman memasak bersepadu.
Senario Midea: Inovasi untuk Kehidupan Harian
Keselesaan bermula dengan udara di sekeliling kita. R290 Series daripada Midea memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap penyejukan cekap. R290 Series menggabungkan teknologi pemampat dan pengedap keselamatan termaju dengan bahan pendingin R290 GWP ultra rendah, memberikan kecekapan tenaga kira-kira 10% lebih tinggi. Aplikasi kediaman merangkumi H-Pack dan PortaSplit, dengan PortaSplit dijadualkan menggunakan R290 pada 2027.
Di dapur, teknologi memudahkan rutin harian, bermula daripada penyimpanan makanan dan memasak hinggalah urusan penjagaan selepas menjamu selera. Peti sejuk Visionary Series membolehkan makanan dilihat dan dicapai dengan mudah menerusi GlassVision, pencahayaan bebas tangan serta kecerahan yang jelas dan sekata.
Tungku dapur InfiniteFit Series menampilkan reka bentuk yang amat nipis bagi penyepaduan lancar ke dalam dapur Eropah, manakala OmniFlex membolehkan peletakan peralatan memasak yang fleksibel. Ketuhar terbina dalam PizzaPro menggabungkan pemanasan pantas dengan ruang berkapasiti 81L, mengimbangi kelajuan dengan kapasiti.
Selepas menjamu selera, Tri-GreenApex System menggabungkan proses mencuci, mengering dan menyimpan sambil menggunakan sekitar 50% kurang tenaga berbanding yang diperlukan untuk penarafan A tertinggi Eropah.
Urusan mencuci pakaian mempunyai keperluan hariannya yang tersendiri. Konsep bilik dobi keluarga Midea menggabungkan penyelesaian berbilang dram untuk keperluan penjagaan pakaian yang berbeza, membolehkan muatan berasingan dikendalikan pada masa yang sama. OMNI SERIES menawarkan kombinasi fleksibel untuk disesuaikan dengan rutin isi rumah yang berbeza.
Tobin Richardson, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Connectivity Standards Alliance, memperkenalkan Matter di reruai Midea, selain mengetengahkan rangka kerjanya yang bersifat terbuka, selamat dan saling kendali serta peranan Midea dalam memajukan ketersambungan perkakas pintar.
Kerjasama dan Portfolio Jenama
Pada IFA 2026, Midea meraikan kerjasamanya menerusi pengalaman FC Barcelona yang imersif di reruainya. Legenda FC Barcelona, Carles Puyol, membuat penampilan istimewa dan berkongsi pandangan daripada kerjayanya mengenai kepimpinan, kerja berpasukan dan usaha mengejar kecemerlangan. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen bersama Midea dan FC Barcelona terhadap prestasi bertaraf dunia.
Sebagai sebahagian daripada portfolio berbilang jenama Midea Group, TEKA mempersembahkan inovasi terkininya berdasarkan konsep "Meaningful Experiences Through Technology" ("Pengalaman Bermakna Melalui Teknologi"), termasuk rangkaian mesin kopi baharu, In-Line Series dan penyelesaian Laundry Care, yang membawakan reka bentuk dan fungsian Eropah kepada kehidupan moden.
Latar Belakang Midea dan Midea Group
Midea ialah salah satu daripada lebih 10 jenama di bawah Smart Home Business Midea Group.
Ditubuhkan pada 1968, Midea Group ialah syarikat teknologi global terkemuka dan salah satu pengeluar peralatan rumah yang terbesar di dunia. Sebagai sebuah perusahaan Fortune Global 500, ia menduduki tempat No. 231 pada 2026. Kumpulan ini memperkemas operasi terasnya kepada tujuh tonggak perniagaan dengan kadar pertumbuhan tinggi untuk memacu pertumbuhan masa depan: Smart Home, Industrial Technologies, Building Technologies, KUKA, New Energy, Midea Healthcare dan ANNTO Logistics.
SOURCE Midea Group
Share this article