NagaWorld Raih Pensijilan Great Place To Work® Certification™ pada 2026 dengan Skor Trust Index™ Cemerlang 97%
HONG KONG, 21 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- NagaCorp Ltd. ("NagaCorp" atau "Syarikat", Kod Saham SEHK: 3918), bersama anak syarikatnya NagaWorld, sebuah Pusat Peranginan Bersepadu terkemuka di Rantau Mekong, dengan sukacitanya mengumumkan penerusan pensijilan Great Place To Work® Certification™ untuk satu lagi tahun berturut-turut. NagaWorld mencapai skor Trust Index™ yang cemerlang sebanyak 97%, meningkat daripada 95% tahun lalu dan jauh mengatasi standard industri sebanyak 65%. Keputusan yang lebih kukuh itu mencerminkan tempat kerja yang dibina berteraskan kepercayaan, rasa hormat dan penglibatan tulen pekerja — kualiti yang amat penting khususnya dalam sektor hospitaliti, apabila pengalaman pekerja diterjemahkan secara langsung kepada pengalaman tetamu dan prestasi perniagaan. Pengiktirafan ini diperoleh menerusi suara pekerja sendiri dan dipandu oleh nilai CARES Syarikat, iaitu Collaboration (Kerjasama), Accountability (Kebertanggungjawaban), Respect (Rasa Hormat), Excellence (Kecemerlangan) dan Sustainability (Kemampanan), yang terus menjadi asas kepada budaya tempat kerja inklusif yang menghargai kepelbagaian latar belakang dan perspektif serta menegakkan peluang sama rata sebagai prinsip asas.
Syarikat kekal komited untuk melabur dalam tenaga kerjanya menerusi pembelajaran, pembangunan kerjaya dan peluang kepimpinan. Maklum balas pekerja bukan sekadar diukur, malah diambil tindakan, sekali gus memperkukuh kedudukan Kumpulan sebagai majikan pilihan bagi individu yang ingin membina kerjaya bermakna. Meskipun pensijilan ini menandakan satu pencapaian yang membanggakan, Syarikat menganggapnya sebagai sebahagian daripada perjalanan berterusan ke arah mewujudkan tempat kerja yang lebih baik — sebuah tempat kerja milik setiap pekerja yang semangat, kerjasama dan komitmen mereka menjadikan organisasi luar biasa.
"Pertumbuhan NagaWorld dari segi budaya tempat kerja dan kecemerlangan paling jelas ditunjukkan oleh ahli keluarga Naga kami sendiri yang hadir setiap hari dengan kesungguhan untuk membangunkan diri serta keikhlasan yang sememangnya sebati dalam mengamalkan hospitaliti dan budaya tempatan menerusi perkhidmatan yang kami tawarkan," kata Encik Chen Yiy Fon, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif NagaCorp. "Saya berbangga dengan setiap seorang daripada anda dan mengucapkan tahniah atas kejayaan meraih pensijilan Great Place To Work® Certification™ untuk tahun kedua. Budaya tempat kerja kami ialah budaya yang telah dibina oleh setiap seorang daripada anda, berteraskan kepercayaan dan rasa hormat, bukan semata-mata sasaran prestasi. Kami juga berterima kasih kepada organisasi Great Place To Work® kerana mengiktiraf dan mengetengahkan perkembangan yang berlaku di Kemboja. Ketika NagaWorld terus berkembang dan berevolusi, keazaman kami untuk melakukan penambahbaikan bersama tenaga kerja kami tidak akan berubah. Kami akan terus melabur dalam amalan terbaik sumber manusia, terus mendengar maklum balas dan terus membina tempat kerja yang mengutamakan kecemerlangan serta rasa hormat bersama, yang pada asasnya akan membantu kami membawa perubahan dalam komuniti tempat kami beroperasi dan memberikan sumbangan dalam ekonomi yang sedang berkembang pesat ini."
Pencapaian ini terus menegaskan kejayaan inisiatif Kemampanan dan Tanggungjawab Sosial Korporat (SCSR) Syarikat, yang memastikan pekerja bukan sahaja diperkasa dan diberikan ganjaran, malah menjadi peserta aktif dalam mewujudkan impak positif kepada komuniti yang lebih luas. Mengukuhkan lagi kemajuan berterusannya dalam kepimpinan kemampanan, penyertaan sulung NagaCorp dalam FTSE4Good Index Series menandakan pencapaian penting dalam perjalanan ESG syarikat, mencerminkan amalan ESG yang dipertingkat, tadbir urus kemampanan yang diperkukuh dan penerapan pertimbangan perniagaan bertanggungjawab merentasi operasinya. Secara keseluruhan, pencapaian tersebut menyerlahkan dedikasi NagaCorp untuk memajukan matlamat SCSR dan memberikan nilai yang nyata dan berterusan kepada pekerja, komuniti dan alam sekitar.
Pencapaian utama SCSR yang mendorong peningkatan skor pensijilan tahun ini dan menunjukkan kemajuan berterusan termasuk:
- Mengubah Kesedaran kepada Tindakan untuk Kemboja yang Lebih Bersih dan Hijau — Memajukan kemampanan alam sekitar dan pendidikan komuniti menerusi pameran "An Ocean of Plastic" (Lautan Plastik), Clean and Green School Programme (Program Sekolah Bersih dan Hijau) dan Green Cambodia: Tree Planting Programme (Program Kemboja Hijau: Penanaman Pokok), yang melibatkan 79 sekolah, melaksanakan 40 bengkel alam sekitar, mengumpulkan 5 tan plastik untuk dikitar semula dan meningkatkan standard kebersihan sekolah daripada 55% kepada 96%. Sejak 2014, lebih 32,000 anak pokok telah ditanam, manakala 62,500 anak benih pokok diagihkan pada tahun 2026 sahaja.
- Memperkasa Pekerja, Mewujudkan Impak Komuniti — Impact Initiator Programme (Program Penggerak Impak) memberi inspirasi kepada pekerja untuk menerajui inisiatif komuniti yang merangkumi pendidikan, kebajikan pelajar, infrastruktur sekolah dan kemampanan, daripada program literasi digital dan pengayaan hingga penyediaan bahan sekolah, penambahbaikan persekitaran pembelajaran dan kebun sayur komuniti, sekali gus menterjemahkan idea yang diterajui pekerja kepada impak nyata sambil membina keupayaan kepimpinan.
- Kesejahteraan dan Penglibatan Pekerja Secara Holistik — Kebajikan pekerja disokong menerusi acara kecergasan, kesejahteraan dan komuniti, termasuk peningkatan penyertaan dalam Women Run 10K (Larian Wanita 10K) dan Phnom Penh International Half Marathon (Separuh Maraton Antarabangsa Phnom Penh), selain NagaRun dan Earth Hour 5K Fun Run (Larian Santai 5K Jam Bumi) anjuran Syarikat. Peluasan NagaMart, bersama demonstrasi masakan secara langsung yang menggalakkan pemakanan sihat, terus menyokong kesejahteraan harian pekerja.
- Memupuk Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Keterangkuman — Syarikat komited terhadap tempat kerja yang dinamik dan inklusif berteraskan peluang sama rata dan layanan adil, sambil secara aktif memupuk bakat tempatan dan memajukan kepimpinan wanita. Wanita merangkumi 49.9% daripada keseluruhan tenaga kerja dan 33% daripada jawatan pengurusan, mencerminkan kemajuan berterusan ke arah organisasi yang seimbang dan inklusif.
NagaCorp kekal komited untuk mengintegrasikan kemampanan dan amalan perniagaan bertanggungjawab ke dalam strategi jangka panjangnya, dengan menyedari bahawa prestasi mampan dipacu oleh tadbir urus yang kukuh, pekerja yang terlibat secara aktif dan impak komuniti yang bermakna. Secara kolektif, pencapaian tersebut memperkukuh komitmen Syarikat terhadap "Shaping Tomorrow, Together" (Membentuk Hari Esok, Bersama-sama) dan untuk memberikan nilai jangka panjang yang mampan kepada semua pihak berkepentingan.
LATAR BELAKANG NAGACORP LTD.
NagaCorp Ltd. telah disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong Stock sejak Oktober 2006 (kod saham SEHK: 3918). Ditubuhkan pada 1995, anak syarikat milik penuh NagaCorp, NagaWorld Ltd., memiliki, mengurus dan mengendalikan satu-satunya kompleks hiburan dan santai bersepadu bertaraf dunia di Phnom Penh, ibu negara Kerajaan Kemboja. Ia memiliki lesen kasino yang sah selama 70 tahun dan hak eksklusif perjudian untuk tempoh 51 tahun (1995–2045). NagaCorp dipilih untuk dimasukkan dalam Indeks Komposit Syarikat Asing Hang Seng yang dilancarkan pada 5 September 2011. Pada 10 September 2018, Kumpulan dimasukkan sebagai konstituen Indeks Komposit Modal Besar & Sederhana Hang Seng. Pada 13 Mac 2023, Kumpulan disenaraikan sebagai salah satu sekuriti yang layak untuk Southbound Trading menerusi Shanghai-Hong Kong Stock Connect dan Shenzhen-Hong Kong Stock Connect.
Ketahui lebih lanjut di nagacorp.com dan ikuti NagaCorp di LinkedIn.
LATAR BELAKANG NAGAWORLD LIMITED
Sejak dibuka pada 1995, NagaWorld berada di barisan hadapan dalam pembangunan industri pelancongan dinamik Kemboja dengan bekerjasama rapat bersama pelbagai pihak berkepentingan kerajaan. Sebagai salah satu majikan swasta terbesar negara itu dalam sektor hospitaliti, selama bertahun-tahun kami telah melatih ramai pekerja mengikut standard perkhidmatan bertaraf dunia, yang kemudiannya terus menyumbang kepada sektor hospitaliti Kemboja yang berkembang pesat. Di NagaWorld, kami percaya bahawa membina tempat kerja yang hebat bukan sekadar mengenai prestasi perniagaan, tetapi juga mengenai membentuk masa depan yang mampan untuk pekerja, tetamu dan komuniti yang kami layani.
Ketahui lebih lanjut di nagaworld.com dan ikuti NagaWorld di LinkedIn, Facebook dan Instagram.
Latar Belakang Great Place To Work ® Certification ™
Great Place To Work ® Certification ™ ialah pengiktirafan "majikan pilihan" paling muktamad yang ingin dicapai oleh syarikat. Ia merupakan satu-satunya pengiktirafan yang berasaskan sepenuhnya kepada laporan pekerja mengenai pengalaman mereka di tempat kerja — khususnya, sejauh mana mereka secara konsisten mengalami persekitaran kerja berteraskan tahap kepercayaan yang tinggi. Great Place To Work Certification diiktiraf di seluruh dunia oleh pekerja dan majikan, serta menjadi penanda aras global bagi mengenal pasti dan mengiktiraf pengalaman pekerja yang cemerlang. Setiap tahun, lebih 10,000 syarikat di 60 negara memohon untuk mendapatkan Pensijilan Great Place To Work.
LATAR BELAKANG GREAT PLACE TO WORK®
Sebagai autoriti global dalam budaya tempat kerja, Great Place To Work® memanfaatkan 30 tahun penyelidikan dan data perintis untuk membantu setiap tempat menjadi tempat kerja yang hebat untuk semua. Platform proprietari dan Model For All™ organisasi membantu syarikat-syarikat menilai pengalaman setiap pekerja, dengan tempat kerja teladan memperoleh Great Place To Work Certified™ atau menerima pengiktirafan dalam senarai Best Workplaces™ yang berprestij.
Ketahui lebih lanjut di greatplacetowork.com dan ikuti Great Place To Work ® di LinkedIn, X, Facebook dan Instagram.
SOURCE NagaCorp Ltd.
Share this article