Nestlé dan NBA mengumumkan kerjasama pemasaran antarabangsa untuk tempoh berbilang tahun
- Milo, Nescau dan Nesquik akan menjadi Rakan Kongsi Rasmi Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA)
- Perkongsian ini akan merangkumi pengaktifan di seluruh program dan platform pembangunan bola keranjang belia NBA yang terpilih
- Perjanjian berbilang tahun itu menjangkau 21 pasaran merentasi empat benua dan menandakan kerjasama jenama antarabangsa terbesar Nestlé setakat ini
VEVEY, Switzerland, 7 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Nestlé dan NBA menjalinkan kerjasama pemasaran antarabangsa baharu yang merangkumi berbilang‑tahun, menjadikan Milo, Nescau dan Nesquik sebagai Rakan Kongsi Rasmi NBA.
Perjanjian ini meliputi 21 pasaran merentasi empat benua dan direka bentuk untuk berinteraksi dengan peminat, serta memberikan inspirasi kepada penyertaan golongan belia dalam sukan bola keranjang di seluruh dunia. Sebagai kerjasama jenama antarabangsa terbesar Nestlé setakat ini, perkongsian berkenaan menunjukkan strategi syarikat untuk memberikan tumpuan kepada platform pemasaran global yang besar tetapi dengan bilangan yang sedikit dan boleh diaktifkan secara konsisten merentasi pasaran bagi memastikan kesesuaian pada peringkat tempatan. Perkongsian ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2027.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut, Nestlé dan NBA akan membina komitmen bersama terhadap penyertaan golongan belia dalam sukan dengan mewujudkan lebih banyak peluang bagi golongan muda dan keluarga melibatkan diri dengan bola keranjang. Kerjasama ini akan merangkumi pengaktifan di seluruh program dan platform pembangunan bola keranjang belia NBA yang terpilih, termasuk Jr. NBA/Jr. WNBA, Sekolah Bola Keranjang NBA, Akademi Jurulatih Jr. NBA/Jr. WNBA, Her Time To Play dan NBA 3X, serta diperluas ke acara NBA dan platform keterlibatan peminat terpilih, termasuk Permainan Global NBA dan NBA House.
"Selama beberapa dekad, jenama kami telah mempercayai pada kuasa sukan untuk menyerlahkan potensi terbaik dalam diri seseorang," kata Liberato Milo, Naib Presiden Kanan dan Ketua Unit Perniagaan Strategik Konfeksioneri & Snek di Nestlé. "Daripada program sukan Milo dan Nescau kepada perkongsian atlet dan inisiatif Nesquik, kami telah menyaksikan sejauh mana sukan berupaya memberikan tenaga, membina keyakinan diri dan mewujudkan tabiat yang sihat. Bersama dengan NBA, kami akan memanfaatkan kuasa bola keranjang untuk berhubung dengan pengguna secara meluas, mencipta pengalaman yang bersesuaian pada peringkat tempatan, serta memberikan inspirasi kepada lebih ramai golongan muda dan keluarga untuk kekal aktif dan menikmati permainan ini."
Perkongsian pemasaran ini juga akan merangkumi program peruncitan dan pengalaman peminat dalam pasaran tempatan, termasuk promosi pada bungkusan yang menampilkan jenama NBA, serta peluang bagi pengguna untuk memenangi tiket NBA, barangan eksklusif dan hadiah lain.
"Nestlé merupakan satu daripada jenama yang amat dikenali di dunia dan mempunyai jalinan hubungan yang cukup lama dengan pengguna di seluruh dunia," kata Julie Morris, Naib Presiden Kanan Pembangunan Komersial dan Media NBA. "Kami amat berbesar hati dapat memanfaatkan jangkauan dan kehadiran pasaran tempatan Nestlé yang bertujuan menjalinkan hubungan dengan peminat melalui cara baharu, serta menyokong pertumbuhan berterusan sukan bola keranjang di seluruh dunia.
Perkongsian ini akan dilaksanakan merentasi: Australia, Brazil, Kanada, Colombia, Perancis, Jerman, Ghana, Itali, Indonesia, Malaysia, Mexico, New Zealand, Nigeria, Singapura, Sepanyol, Thailand, Turkiye, United Kingdom, Amerika Syarikat, Vietnam – dengan Filipina yang akan menyertai dari bulan Oktober 2027.
Butiran Hubungan:
Nestlé: Chiara Valsangiacomo, +41 21 924 2200, [email protected]
NBA: Sam Postlethwaite, +44 7468 711407, [email protected]
Share this article