"Panyu Action" Membuahkan Hasil: Perniagaan Luar Negara Menjadi Pemacu Utama Pertumbuhan GAC dengan Peningkatan Enam Kali Ganda dalam Tiga Tahun
GUANGZHOU, China, 28 November 2026 /PRNewswire/ -- Pada 27 November, Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou ke-24 dibuka di Pazhou, Guangzhou. GAC International melancarkan kempen "Global Voices Explore GAC" (Suara Global Menerokai GAC), dengan menjemput wakil media dan pencipta kandungan dari Eropah, Australia, Chile serta pasaran lain. Menerusi lawatan ke kemudahan R&D dan pembuatan GAC serta reruai pamerannya, mereka berpeluang menyaksikan sendiri piawaian kualiti, inovasi teknologi dan kehadiran global GAC.
Selepas melawat makmal terowong angin, pencipta kandungan dari Sepanyol, Antonio Millón, berkata: "Saya telah melawat banyak kilang di seluruh dunia, tetapi tidak pernah melihat kemudahan seperti ini, yang membolehkan bunyi bising dan suhu diuji di satu tempat." Selain dilengkapi peralatan canggih, kemudahan itu memperlihatkan keupayaan pengesahan kenderaan yang menyeluruh oleh GAC sendiri. Wakil media Mesir, Ahmed Elseny, menumpukan perhatian pada keutamaan syarikat: "GAC bukan sekadar berminat untuk menjual kereta atau menjana jualan, malah turut mengambil berat tentang teknologi dan masa depan. Mereka lebih menumpukan perhatian pada bagaimana masa depan kita akan terbentuk, dan itulah yang paling saya sukai." Kedua-dua testimoni mengenai pembuatan pintar dan hala tuju strategik itu membawa kepada kesimpulan yang sama: pasaran luar negara mengiktiraf GAC atas keupayaan bersepadunya, yang dibangunkan menerusi pelaburan jangka panjang dan disokong oleh kekuatannya dalam R&D dan pengesahan.
Tanggapan ini disokong oleh kemajuan yang nyata. Dengan sokongan program pembaharuan tiga tahun "Panyu Action" oleh GAC Group, GAC kini memasuki fasa baharu pengembangan global yang merangkumi R&D, pengeluaran, jualan dan perkhidmatan, berteraskan kualiti bertaraf dunia, pembuatan pintar dan rangkaian produk yang menyeluruh. Perniagaannya kini meliputi 121 negara dan wilayah, dengan lapan kilang pemasangan kenderaan daripada kit komponen (KD) telah ditubuhkan di luar negara. Jualan luar negara mencatatkan 45,000 kenderaan pada tahun 2023, manakala eksport mencecah 223,000 kenderaan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2026. Jualan luar negara bagi keseluruhan tahun dijangka mencecah enam kali ganda paras tahun 2023. Keupayaan pengesahan yang disaksikan oleh para pengunjung di kilang-kilang serta rangkaian produk yang dipamerkan di reruai merupakan manifestasi paling jelas pendekatan bersepadu ini.
Pengalaman yang dikongsikan oleh wakil media dan pencipta kandungan dari luar negara memberikan pemahaman yang lebih jelas kepada pasaran antarabangsa mengenai keupayaan GAC. Dengan kualiti bertaraf dunia, pembuatan pintar dan rangkaian produk yang menyeluruh, GAC akan terus mengetengahkan kekuatan bersepadu jenama automotif China di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut mengenai GAC, sila layari: https://www.gacgroup.com/en atau ikuti kami di media sosial.
SOURCE GAC


Share this article