PEMANDU Group membawa pendekatan penyelesaian masalah kulit kepala, menerusi jenama infinité, yang berteraskan "Ingredients With Intention".
Jenama pengguna pertama PEMANDU Group ini, daripada Aeternia Sdn. Bhd., sebuah syarikat portfolio PEMANDU Capital, diperkenalkan menerusi syampu dan serum buatan Malaysia yang menyatakan peratusan bahan aktif utamanya.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Kebanyakan jenama bermula dengan produk. infinité pula bermula dengan masalah. Jenama baharu dari Malaysia ini dilancarkan hari ini di HIPSALONS, Menara KEN TTDI, Kuala Lumpur, dengan dua produk pertamanya: infinité Anti-Dandruff Scalp Renewal Shampoo (300ml) dan infinité Scalp Renewal Serum (90ml).
Berteraskan falsafah "Ingredients With Intention", infinité mengambil pendekatan yang berbeza dalam penjagaan diri: bermula dengan masalah sebenar, memahami masalah tersebut secara mendalam dan membangunkan produk yang setiap bahannya mempunyai tujuan yang jelas.
Nama Tanpa Batas, Direka untuk Tujuan yang Bermakna.
infinité, disebut in-fi-ni-TAY, berasaskan satu kepercayaan mudah: masalah tidak pernah berhenti, begitu juga usaha jenama ini. Namanya melambangkan tiada had kepada masalah yang ingin ditangani oleh infinité dan tiada batasan terhadap sejauh mana jenama ini boleh berkembang. Penjagaan kulit kepala ialah titik permulaannya, manakala infinité merangkumi segala yang bakal menyusul.
Satu persoalan yang menjadi titik penyelesaian
infinité bermula dengan satu persoalan mudah daripada Dato' Sri Idris Jala, Presiden dan Pengerusi PEMANDU Associates: "Mengapa saya tidak dapat mencari syampu yang berkesan untuk mengatasi kelemumur, sambil ia menyihatkan rambut dan juga lengkap dengan fungsi perapi sekaligus?"
Kelemumur memberi kesan kepada kira-kira separuh daripada populasi dewasa di seluruh dunia¹, namun ramai pengguna beralih daripada satu produk ke produk lain tanpa mendapat kelegaan yang berkekalan. Kumpulan ini menangani persoalan tersebut dengan pendekatan yang digunakan PEMANDU dalam menghadapi setiap cabaran: menjadikannya satu pernyataan masalah yang perlu difahami, ditakrifkan dan diselesaikan. Hasilnya ialah produk pertama infinité, yang direka untuk mereka yang mencari penyelesaian penjagaan kulit kepala secara menyeluruh.
Sebelum memilih satu pun bahan, analisis terperinci untuk memahami masalah tersebut dijalankan terus oleh kumpulan pakar. Analisis ini merangkumi punca utama kelemumur, daripada minyak berlebihan kepada yis Malassezia dan penghalang kulit kepala yang lemah. Pasukan ini turut membuat penanda aras terhadap 311 produk anti-kelemumur di pasaran Malaysia, meneliti bukti saintifik bagi setiap bahan aktif yang dipertimbangkan dan menganalisis lebih daripada 500 video pengguna untuk memahami cara mereka menggambarkan dan mengalami masalah kelemumur, termasuk kepingan kulit kepala yang mengelupas, kegatalan, kulit kepala berminyak serta realiti kehidupan dalam iklim panas dan lembap.
Kesimpulannya mudah: produk tidak seharusnya dibangunkan berasaskan tuntutan pemasaran semata-mata. Formulanya sendiri perlu membuktikan keberkesanannya.
"Apabila Pengerusi kami mengemukakan persoalan itu, kami tidak hanya melihatnya sebagai permintaan untuk menghasilkan produk," kata Larvin Rengasamy, Pengarah Urusan Aeternia Sdn. Bhd. "Sebaliknya, kami melihatnya sebagai satu pernyataan masalah. 'Ingredients With Intention' ialah jawapan kami: setiap bahan mesti mempunyai tujuan yang jelas, kami berkongsi maklumat tentang kandungan dan kuantitinya, dan kami memastikan rutin penjagaan kekal ringkas, hanya melibatkan langkah yang benar-benar diperlukan oleh kulit kepala."
Punca kelemumur jarang dibicarakan dengan cara mendalam. Kelemumur mungkin perkara biasa, tetapi pengalaman menghadapinya bersifat peribadi. Kajian telah mengaitkan kelemumur dengan kesihatan mental yang lebih terjejas, kebimbangan terhadap penampilan dan kualiti hidup yang lebih rendah².
Bagi sesetengah individu, ini bermakna menguruskan kulit kepala yang gatal sepanjang hari yang panas dan lembap ketika memakai hijab. Bagi yang lain, ia melibatkan rasa kurang yakin apabila kepingan kulit kepala yang mengelupas kelihatan, keperluan menggayakan rambut setiap hari atau kebimbangan tentang kesan penggunaan produk secara berulang terhadap kulit kepala mereka.
Dalam kalangan pengguna yang semakin peka terhadap kandungan produk, pemilihan produk penjagaan kulit kepala juga bermakna melihat melangkaui tuntutan pemasaran untuk memahami fungsi setiap bahan.
Kehidupan Berbeza. Kebimbangan Berbeza. Satu Keperluan yang Sama.
Penjagaan kulit kepala yang sesuai dengan kehidupan seharian, menangani masalah secara serius dan memberikan pengguna pemahaman yang lebih jelas tentang apa yang digunakan pada kulit kepala mereka. Di sinilah infinité bermula: Ingredients With Intention.
Ingredients With Intention: Tiga Komitmen
- Setiap bahan mempunyai tujuan. Setiap bahan mempunyai fungsi yang boleh dijelaskan oleh jenama ini.
- Ketahui kandungannya dan kuantitinya. infinité menyatakan peratusan bahan aktif utamanya, memberikan pengguna maklumat yang lebih jelas tentang kandungan yang digunakan pada kulit kepala mereka.
- Rutin yang ringkas. Dua produk, satu rutin penjagaan kulit kepala yang mudah: bersihkan, kemudian pulihkan.
Rutin Penjagaan Kulit Kepala: Bersihkan, Kemudian Pulihkan
Langkah 1: infinité Anti-Dandruff Scalp Renewal Shampoo (300ml)
Pembersih lembut untuk kulit kepala berminyak yang sesuai digunakan setiap hari, dengan Triple Action Care untuk mengawal kelemumur, mengimbangi sebum dan menyokong penghalang kulit kepala.
Bahan aktif utamanya termasuk:
- Piroctone Olamine – 0.7% untuk mengawal kelemumur
- Ceramide Complex – 0.5% untuk menyokong penghalang kulit kepala
- Niacinamide – 2.0% untuk penjagaan kulit kepala dan sokongan penghalang kulit
- Menthol – 0.7% untuk memberikan sensasi sejuk
- Peppermint Oil – 0.7% untuk kesegaran dan sensasi sejuk
Bahan sokongan, termasuk Zinc PCA, Tea Tree Leaf Oil, D-Panthenol dan Sodium Hyaluronate, membantu mengimbangi minyak, melegakan kulit kepala dan menambah kelembapan. Sistem perapi yang terbina dalam formula ini turut menjadikan rambut terasa lebih lembut dan kurang mengembang.
Langkah 2: infinité Scalp Renewal Serum (90ml)
Serum tanpa bilas yang ringan dan bertindak secara bersasar, disapu terus pada kulit kepala selepas mencuci rambut untuk meneruskan penjagaan kulit kepala antara waktu cucian. Dual Renewal Complex menggabungkan bahan aktif yang menyokong penghalang kulit kepala dan membantu mengimbangi mikrobiom kulit kepala.
Bahan aktif utamanya termasuk:
- Niacinamide – 4.0% untuk penjagaan kulit kepala dan sokongan penghalang kulit
- Ceramide Complex – 0.5% untuk menyokong penghalang kulit kepala
- Piroctone Olamine – 0.5% untuk mengawal kelemumur
- Prebiotics – 1.0% untuk menyokong keseimbangan mikrobiom kulit kepala
- Sweet Almond Protein – 1.0% untuk perapi rambut
- Menthol – 0.3% untuk memberikan sensasi sejuk pada penghujung rutin penjagaan
Formulanya turut diperkaya dengan Centella Asiatica dan Dipotassium Glycyrrhizate, dua bahan yang dipilih untuk membantu menenangkan dan memberikan keselesaan kepada kulit kepala, selaras dengan fokus serum ini terhadap pembaharuan kulit kepala dan sokongan penghalang kulit. Serum ini disapu terus pada kulit kepala selepas mencuci rambut dan dibiarkan tanpa perlu dibilas.
Secara keseluruhan, kedua-dua produk ini membentuk rutin yang sengaja diringkaskan: Bersihkan + Pulihkan. Dua produk. Tiada langkah yang tidak diperlukan. Daripada mentransformasikan negara dan perniagaan kepada membina jenama pengguna.
infinité dimiliki dan dibangunkan oleh Aeternia Sdn. Bhd., sebuah syarikat portfolio PEMANDU Capital yang memberi tumpuan kepada inovasi produk berteraskan pengguna dan pembangunan jenama.
Kedua-dua produk infinité dibangunkan di Malaysia, menggabungkan pemahaman pengguna oleh Aeternia dengan kepakaran formulasi dan pembuatan tempatan oleh Intramiles Sdn. Bhd., sebuah pengilang yang diperakui halal dan GMP, yang majoriti kepentingannya telah diperoleh oleh PEMANDU Capital pada Mac 2026.
Kumpulan ini membangunkan infinité menggunakan Metodologi "8-Step Big Fast Results", bermula dengan definisi masalah berteraskan fakta dan bukti, dan dengan secara langsung, menjadi jawapan dan penyelesaian untuk masalah yang dibelenggu lebih daripada dua billion orang di seluruh dunia. Berteraskan pengalaman PEMANDU Group dalam menterjemahkan aspirasi kepada tindakan, pendekatan ini membawa infinité daripada satu persoalan kepada sebuah jenama pengguna Malaysia yang dibangunkan sepenuhnya dalam tempoh beberapa bulan.
"Big Fast Results bermula dengan matlamat yang jelas dan disiplin untuk merealisasikannya. Kami membawa pendekatan ini ke dalam bidang yang turut kami alami sendiri sebagai pengguna. Menerusi infinité, kami melihat peluang untuk menggabungkan pemahaman pengguna, kepakaran pembuatan Malaysia dan pembangunan produk yang mempunyai tujuan jelas bagi menghasilkan produk yang kami sendiri bangga untuk gunakan," kata Leon Jala, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PEMANDU Group of Companies.
Bab Pertama
Pada pelancaran hari ini, pihak media dan tetamu berpeluang mengenali jenama ini menerusi demonstrasi produk, imbasan kulit kepala dan sesi mencuci rambut di HIPSALONS.
"Benih itu kecil secara semula jadi. Namun, potensinya tiada batasan," kata Larvin. "Kelemumur ialah masalah pertama yang ingin diselesaikan oleh infinité, dan bukan inovasi produk yang terakhir."
Penjagaan kulit kepala ialah titik permulaan jenama ini, dengan kelemumur sebagai masalah pertama yang dipilih untuk ditangani. Falsafah ini dirancang untuk berkembang jauh melangkaui itu: setiap produk pada masa hadapan perlu bermula dengan masalah sebenar yang dihadapi pengguna, diikuti pendekatan disiplin yang sama dalam memahami masalah, memilih bahan dengan tujuan yang jelas dan membuat janji yang dapat disokong oleh formulanya.
Di sebalik jenama ini ialah kekuatan PEMANDU Associates dan PEMANDU Capital. Aeternia mendapat manfaat daripada kepakaran transformasi, sokongan strategik dan rangkaian perniagaan Kumpulan yang lebih luas. Dilahirkan di Malaysia dan dibangunkan untuk Asia Tenggara, infinité berhasrat untuk memanfaatkan rangkaian global Kumpulan bagi membawa jenama ini kepada semua orang, di mana-mana sahaja.
Harga dan Ketersediaan
- infinité Anti-Dandruff Scalp Renewal Shampoo (300ml): Harga runcit disyorkan (RRP) RM108
- infinité Scalp Renewal Serum (90ml): Harga runcit disyorkan (RRP) RM122
- Set Lengkap Scalp Renewal (Syampu + Serum): Harga runcit disyorkan (RRP) RM230. Harga pengenalan RM199 sehingga 31 Oktober 2026.
Kini boleh didapati di TikTok Shop dan Shopee Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari infinitemy.com dan ikuti @infinite_mys di Instagram serta TikTok.
Mengenai infinité
infinité ialah jenama penjagaan diri yang berteraskan "Ingredients With Intention", dengan setiap produk direka untuk menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi pengguna dan setiap bahan dipilih berdasarkan fungsi yang boleh dijelaskan oleh jenama ini.
Rangkaian pertamanya terdiri daripada Anti-Dandruff Scalp Renewal Shampoo dan Scalp Renewal Serum, yang dibangunkan dan dikilangkan di Malaysia. infinité ialah jenama di bawah Aeternia Sdn. Bhd., sebuah syarikat PEMANDU Capital.
Mengenai PEMANDU Group
PEMANDU Group ialah sebuah kumpulan perniagaan pelbagai bidang yang berteraskan agenda pembinaan negara. Kumpulan ini bermula sebagai unit penyampaian di bawah Kerajaan Malaysia dan sejak itu berkembang menjadi pemangkin transformasi merentas sektor.
Berbekalkan pengalaman dalam menerajui transformasi negara, PEMANDU Group kini melangkaui khidmat nasihat kepada kerajaan di seluruh dunia dalam bidang dasar dan penyampaian. Kumpulan ini turut membantu mentransformasikan syarikat korporat utama serta melabur dalam dan mengembangkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Merentasi semua bidang usahanya, PEMANDU Group komited untuk menghasilkan impak yang boleh diukur, memacu pertumbuhan mampan dan menjana nilai ekonomi jangka panjang. Berteraskan prinsip Big Fast Results, Kumpulan ini turut membangunkan pemimpin yang mampu menerajui transformasi dan menghasilkan perubahan yang bermakna.
Nota kepada Editor
¹ Borda, L.J. & Wikramanayake, T.C. (2015). Seborrheic Dermatitis and Dandruff: A Comprehensive Review. Journal of Clinical and Investigative Dermatology, 3(2).
² Chan, C.S., Smith, T., He, Z. & Garter, C. (2024). The Sequelae and Moderators of Influence of Dandruff on Mental Health Among Mainland Chinese Adults. Clinical, Cosmetic and Investigational Dermatology, 17, 1333–1346.
SOURCE PEMANDU Group
Share this article