Persidangan Kerjasama Antarabangsa Inspur 2026 Berlangsung di Bangkok, Thailand
BANGKOK, 18 November 2026 /PRNewswire/ -- Persidangan Kerjasama Antarabangsa Inspur 2026 yang bertemakan "Inspur, Inspires AIDC" telah berlangsung di Bangkok, Thailand. Persidangan ini menghimpunkan lebih daripada 100 peserta, termasuk wakil kerajaan, pakar industri, pelanggan utama dan rakan kerjasama dari Asia Tenggara, Asia Timur, Asia Tengah serta rantau lain bagi membincangkan perkembangan industri pusat data kecerdasan buatan (AIDC) dan meneroka pendekatan inovatif dalam pembangunan kecerdasan buatan (AI) serta infrastruktur digital.
Preesan Rakwatin, Pemangku Naib Presiden Eksekutif Kanan Agensi Penggalakan Ekonomi Digital Thailand (DEPA), dan Cui Hongzhi, Naib Presiden Kanan Kumpulan Inspur, hadir serta menyampaikan ucapan pada persidangan tersebut.
Dalam ucapannya, Cui Hongzhi menyatakan bahawa kuasa pengkomputeran telah menjadi daya produktif teras dalam era ekonomi digital, dengan Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau yang mencatatkan pertumbuhan pelaburan terpantas dalam industri pengkomputeran di peringkat global.
Menurut beliau, persaingan dalam pembangunan infrastruktur pengkomputeran pintar kini bukan lagi sekadar tertumpu pada keupayaan membina kemudahan, sebaliknya semakin bergantung pada kepantasan pembinaan, kebolehpercayaan operasi dan kecekapan kos pengkomputeran.
Beliau menjelaskan bahawa dalam bidang AIDC, Inspur menawarkan perkhidmatan pusat data kitaran penuh, merangkumi perancangan, reka bentuk, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan. Melalui penyelesaian bersepadu yang menggabungkan teknologi pembinaan prafabrikasi, sistem penyejukan cecair dan sistem arus terus voltan tinggi (HVDC), serta perkhidmatan tempatan yang disesuaikan mengikut keperluan setiap negara, Inspur membantu pelanggan mengekalkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi, meningkatkan kecekapan tenaga secara berterusan dan mengurangkan kos sepanjang kitaran hayat kemudahan.
Sementara itu, Preesan Rakwatin berkongsi pandangan mengenai dasar dan peluang industri yang menyokong pembangunan ekonomi digital Thailand. Beliau menyatakan bahawa matlamat Thailand bukan sekadar membangunkan pusat data, tetapi juga membina ekosistem AI yang menyeluruh, daripada infrastruktur hingga kepada aplikasi inovatif, sekali gus mentransformasikan negara itu daripada lokasi penyimpanan data kepada pusat penciptaan nilai berasaskan data.
Beliau turut menyatakan harapan agar kerjasama dengan Inspur dan syarikat antarabangsa lain dapat diperkukuh melalui platform seperti Thailand Digital Valley, selain mengalu-alukan pelaburan daripada pelbagai pihak untuk berkembang maju bersama Thailand.
Pada persidangan tersebut, Bai Taotao, Pengurus Besar Bahagian Asia Pasifik Inspur Communication, menyampaikan ucapan utama mengenai rasional pelaburan dalam AIDC serta amalan pembangunan pengkomputeran pintar di Asia Tenggara.
Seterusnya, beberapa wakil industri berkongsi pandangan mengenai perkembangan industri AIDC, penyelarasan antara keperluan pengkomputeran dengan bekalan tenaga, serta penyampaian perkhidmatan AI secara menyeluruh.
Majlis Anugerah Rakan Ekosistem AIDC Cemerlang Inspur Communication 2026 turut diadakan sempena persidangan tersebut bagi memberikan pengiktirafan kepada 19 rakan kerjasama utama, termasuk Schneider Electric, Siemens, Vertiv, Yuchai dan Weichai Power.
Persidangan ini menyediakan platform yang cekap untuk pertukaran pandangan dan kerjasama antara pihak berkepentingan di rantau ini.
Pada masa hadapan, Inspur akan terus mempererat kerjasama dengan rakan kerjasamanya dalam membangunkan infrastruktur AIDC yang berkualiti tinggi, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital global.
SOURCE Inspur


Share this article