Pylontech Mulakan Pengeluaran Besar-besaran Sel LFP 588Ah dan 601Ah untuk ESS
HEFEI, China, 23 September 2026 /PRNewswire/ -- Pylontech (688063:SH) memulakan pengeluaran besar-besaran Sel LFP Prismatik 588Ah dan 601Ah untuk ESS di pangkalan pembuatannya di Hefei pada 21 September yang menandakan langkah baharu pengembangan syarikat dalam bidang storan tenaga berskala utiliti.
Dibangunkan secara dalaman, sel 588Ah dan 601Ah direka untuk aplikasi storan tenaga berskala besar yang menawarkan tahap keselamatan tinggi, hayat kitaran yang panjang dan kecekapan tenaga yang tinggi. Lebih 100MWh sel baharu itu telah pun dihasilkan, menunjukkan keupayaan syarikat untuk mengeluarkan produk baharu tersebut pada skala besar. Sel berkenaan turut disepadukan ke dalam sistem storan tenaga 6.25MWh dan 8MWh PyOcean generasi akan datang Pylontech, yang bakal memasuki peringkat penyampaian projek.
Langkah itu diambil ketika Pylontech terus memperluas kehadirannya dalam pasaran storan tenaga berskala utiliti. Syarikat membekalkan sistem untuk semakin banyak projek berskala besar di China dan luar negara, termasuk projek storan tenaga 120MW/240MWh di Yangzhou, Jiangsu, BESS kendiri 200MW/400MWh di Ningxia, serta projek di Eropah. Projek-projek ini telah memperluas pengalaman Pylontech dalam penghantaran dan penggunaan sistem storan tenaga berskala besar.
Sel baharu itu memberikan peningkatan merentasi metrik prestasi utama, termasuk kapasiti, ketumpatan tenaga, hayat kitaran dan kecekapan tenaga. Sel 601Ah mencapai ketumpatan tenaga 425.8Wh/L, hayat kitaran melebihi 12,000 kitaran dan kecekapan tenaga 96.5%. Kapasitinya yang lebih tinggi turut mengurangkan bilangan sel dan saling sambung yang diperlukan dalam sesuatu sistem storan, sekali gus mengupayakan reka bentuk sistem yang lebih kompak, penyepaduan yang lebih cekap dan ekonomi kitaran hayat yang lebih baik.
Pengeluaran sel baharu itu disokong oleh keupayaan pembuatan pintar Pylontech di pangkalannya di Hefei. Proses pengeluaran teras diautomasikan 100%, disokong oleh lebih 120 robot industri dan 180 set peralatan pembuatan pintar. Sistem pelaksanaan pembuatan (MES) syarikat merekodkan data pengeluaran dan kualiti sepanjang proses pembuatan, sekali gus membolehkan kebolehkesanan hujung-ke-hujung 100% bagi setiap sel serta menyokong kawalan kualiti yang konsisten.
Dengan sel 588Ah dan 601Ah yang kini dikeluarkan secara besar-besaran, Pylontech akan terus memajukan teknologi sel, keupayaan pembuatan dan penyepaduan sistemnya bagi menyokong permintaan yang semakin meningkat terhadap storan tenaga berskala utiliti di seluruh dunia.
SOURCE Pylontech
Share this article