Reveillon Creations Membina Landasan Komersial untuk Bakat Malaysia Menembusi Ekonomi Pencipta Kandungan China
- Kerjasama pelesenan Douyin dengan 3Z LIVE mewujudkan laluan rentas sempadan ke pasaran video pendek China.
- Syarikat pengurusan bakat dan hiburan ini menggabungkan kemudahan penerbitan profesional, pengurusan operasi dan perwakilan komersial, sekali gus membuka laluan kepada pencipta kandungan untuk beralih daripada pendapatan berasaskan platform kepada sumber pendapatan yang lebih pelbagai.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 September 2026 /PRNewswire/ -- Reveillon Creations, sebuah syarikat portfolio gaya hidup premium dan media serta anak syarikat Reveillon Group, hari ini melancarkan secara rasmi platform pengurusan bakat dan hiburan generasi baharunya. Dibangunkan untuk memperkasa penstrim langsung dan pencipta baharu di Malaysia, platform ini menyediakan laluan berstruktur dan dipacu teknologi bagi membantu bakat membangunkan jenama peribadi, memperluas keupayaan multimedia serta meneroka peluang di China dan dalam industri hiburan yang lebih luas.
Reveillon Creations menggabungkan kemudahan siaran langsung profesional dengan pengurusan bakat, sokongan operasi dan perwakilan komersial. Menerusi hubungannya dengan V Gallant Sdn Bhd, syarikat itu turut akan memanfaatkan infrastruktur AI V Gallant GPU Lounge yang dikuasakan oleh GPU berprestasi tinggi, termasuk NVIDIA Blackwell, bagi menyokong pembangunan kandungan, analisis data dan automasi aliran kerja. Gabungan ini menghimpunkan bakat, teknologi dan akses pasaran, sambil membuka ruang kepada pencipta kandungan untuk berkembang menerusi kerjasama dengan jenama, penerbitan muzik, filem serta industri hiburan yang lebih luas.
Menghubungkan Bakat Malaysia dengan Ekosistem Douyin
Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, Reveillon Creations turut memeterai kerjasama pelesenan Douyin bersama 3Z LIVE. Douyin ialah platform video pendek ByteDance bagi pasaran China dan beroperasi secara berasingan daripada TikTok, yang meliputi pasaran di luar China.
Skala peluang yang ditawarkan oleh Douyin amat besar. Berdasarkan data setakat Mac 2026, Douyin mempunyai lebih 750 juta pengguna aktif harian. Menerusi kerjasama ini, Reveillon Creations berhasrat membantu bakat Malaysia memahami platform tersebut, membangunkan kandungan yang bersesuaian dan meneroka peluang dalam pasaran China.
"Malaysia mempunyai kelompok bakat kreatif yang dinamik, namun untuk menjadikan sokongan daripada komuniti pengikut sebagai asas kepada kerjaya yang berkekalan, pendedahan sahaja tidak mencukupi. Reveillon Creations menghimpunkan sokongan profesional, keupayaan kecerdasan buatan dan jaringan industri untuk membantu pencipta kandungan melangkah ke peringkat seterusnya. Kerjasama kami bersama 3Z LIVE membuka laluan ke pasaran China, manakala matlamat kami yang lebih luas adalah untuk membantu bakat berkembang melangkaui penstriman langsung ke bidang kandungan untuk jenama, muzik, filem dan hiburan," kata Alvin Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Reveillon Creations.
Pelancaran ini datang ketika bidang kandungan, perdagangan dan hiburan semakin berkait rapat antara satu sama lain. Berdasarkan dapatan yang diterbitkan pada Mac 2026, dalam tempoh kurang empat tahun, bahagian perdagangan sosial daripada nilai barangan kasar (GMV) e-dagang Asia Tenggara meningkat daripada bawah 5% kepada antara 20% hingga 25%. Di Malaysia, laporan TikTok pada Mac 2026 turut menunjukkan bahawa hampir 35% pencipta kandungan yang ditinjau merupakan pencipta kandungan sepenuh masa, manakala 45% melaporkan pendapatan melebihi gaji minimum negara.
"China menawarkan capaian yang sangat luas, namun pencipta kandungan turut memerlukan pengetahuan pasaran tempatan dan sokongan operasi yang tepat. Bersama Reveillon Creations, kami berhasrat membantu bakat Malaysia memahami ekosistem Douyin dengan lebih baik dan mengenal pasti pendekatan yang sesuai untuk membina kehadiran mereka," kata Leo Zhou, Pengasas 3Z LIVE.
Membina Laluan Kerjaya Melangkaui Siaran Langsung
Pendaftaran kini dibuka kepada penyiar langsung dan pencipta kandungan baharu. Bakat yang bernaung di bawah Reveillon Creations akan mendapat akses kepada ruang siaran langsung khusus yang dilengkapi peralatan profesional di KL Eco City, di samping bimbingan praktikal dalam pembangunan kandungan, operasi siaran langsung dan penjenamaan peribadi.
Selain kemudahan tersebut, syarikat ini akan menghubungkan bakat dengan peluang untuk bekerjasama dengan jenama, penerbitan muzik, filem dan hiburan. Ini akan membantu mereka memperluas keupayaan dan mengurangkan kebergantungan pada satu platform atau format kandungan sahaja.
Dengan studio yang sedia beroperasi, pendaftaran bakat yang sedang berlangsung dan kerjasama berorientasikan pasaran China yang telah dimeterai, Reveillon Creations memasuki pasaran dengan matlamat yang jelas: menyediakan pencipta kandungan Malaysia dengan kemudahan, bimbingan dan capaian industri yang diperlukan untuk membawa bakat mereka lebih jauh.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi [email protected] atau layari akaun media sosial Reveillon Creations di Instagram, Facebook, Douyin dan XiaoHongShu. Penyiar langsung dan bakat yang berminat boleh menghubungi pasukan Reveillon Creations melalui WhatsApp di +60 11-1262 4966.
Mengenai Reveillon Creations
Reveillon Creations ialah anak syarikat Reveillon Group dan sebuah syarikat pengurusan bakat dan hiburan di Malaysia. Syarikat ini menggabungkan kemudahan profesional, bimbingan operasi, keupayaan kecerdasan buatan dan hubungan industri untuk menyokong pencipta kandungan dalam bidang siaran langsung, kandungan, kerjasama jenama, muzik, filem dan hiburan. Menerusi kerjasamanya dengan 3Z LIVE, syarikat ini turut membuka laluan kepada peluang dalam ekonomi berasaskan pencipta kandungan di China.
Mengenai Reveillon Group
Reveillon Group ialah sebuah syarikat pegangan Malaysia dalam bidang gaya hidup dan hospitaliti yang ditubuhkan pada 2022 dan mempunyai ibu pejabat di Kuala Lumpur. Kumpulan ini membangunkan, memiliki dan mengendalikan portfolio pelbagai jenama makanan dan minuman serta gaya hidup, termasuk Nowwa, Malaysian Chicken Rice (MCR), BowlCrafted, X Office Bar dan lain-lain. Perniagaannya merangkumi restoran perkhidmatan pantas, konsep kopi sihat, ruang sosial harian, bar gaya hidup, pengalaman ruang istirahat premium serta destinasi eksklusif untuk ahli sahaja. Maklumat lanjut boleh didapati di https://reveillon-group.com/.
Mengenai 3Z LIVE
3Z LIVE ialah sebuah syarikat kandungan digital dan perdagangan melalui siaran langsung yang berpusat di China, dengan pengkhususan dalam pembangunan pencipta dan pengurusan operasi platform dalam ekosistem Douyin. Syarikat ini bekerjasama dengan bakat dalam aspek strategi kandungan, pengedaran dan pertumbuhan jumlah pengikut, selain menjalinkan kerjasama dengan rangkaian pencipta kandungan antarabangsa untuk memperkenalkan kandungan berbahasa Cina dari luar negara kepada khalayak di China. Ikuti 3Z LIVE di Instagram dan Douyin.
SOURCE Reveillon Creations
Share this article