Roborock Takrif Semula Pembersihan Berteraskan Manusia pada IFA 2026: Perkenal Ekosistem Komprehensif daripada Ruang Tamu hingga Kolam Renang
BERLIN, 4 September 2026 /PRNewswire/ -- Roborock, peneraju global dalam robotik rumah yang direkayasa untuk memudahkan kehidupan harian dan Jenama Pembersih Vakum Robotik No. 1 Dunia bagi Separuh Pertama 2026*, mengumumkan penyertaannya dalam IFA 2026, sekali gus memperkukuh janjinya iaitu "Rocking Life with You." ("Menjalani Kehidupan dengan Penuh Tenaga bersama Anda"). Berpandukan falsafah untuk memudahkan kehidupan harian, Roborock memberi tumpuan kepada pembersihan pintar berteraskan manusia, dengan teknologi bersesuaian secara lancar dengan detik dalam kehidupan harian yang sebenar dan dinamik. Dengan mengutamakan keperluan pengguna, teknologi kecerdasan termaju produk itu berfungsi secara lancar di sebalik tabir, menyediakan penyelesaian autonomi dan menjimatkan masa yang dapat mengurangkan kesibukan orang ramai agar boleh meluangkan lebih banyak masa untuk perkara yang benar-benar penting.
Komitmen terhadap kecemerlangan kejuruteraan dan reka bentuk yang difikirkan dengan teliti ini telah mengukuhkan kedudukan Roborock sebagai peneraju global. Quan Gang, Presiden Roborock, berkata:
"Misi kami adalah untuk memberikan kembali masa kepada pelanggan kami dengan mengautomasikan tugas harian. Membina robot yang lebih pintar merupakan kaedahnya dan bukannya matlamat itu sendiri. Setiap minit yang dihabiskan untuk melakukan kerja rumah ialah masa yang tidak dapat diluangkan bersama keluarga, untuk minat peribadi dan kesejahteraan diri. Dengan terus mengutamakan pelanggan serta memperkukuh kehadiran global dan rangkaian rakan kongsi kami, kami menterjemahkan kepimpinan teknologi kepada penyelesaian tersuai dan dipercayai yang dapat memudahkan kehidupan seharian buat orang ramai di seluruh dunia."
Penerokaan baharu bagi Penjagaan Air: Roborock RockAqua P1
Roborock teruja memperkenalkan Roborock RockAqua P1 pada IFA Berlin, menandakan kemunculan sulung rangkaian pembersih kolam pertamanya daripada siri RockAqua. Robot bawah air pintar ini direka untuk menguasai bentuk kolam renang yang kompleks dengan liputan lengkap merangkumi lantai, dinding, garis air dan pelantar cetek sedalam 15 cm.
Pembersih kolam ini menggabungkan ciri sedutan 6,800 GPH yang berkuasa, bakul serpihan 4L dengan sistem dwipenapisan 180+70μm, serta tempoh operasi sehingga 3.5 jam dengan pengecasan semula selama 3.5 jam yang pantas. Dilengkapi teknologi pengelakan halangan menggunakan kamera monokular, pengesanan kotoran dinamik dan Auto Waterline Parking, RockAqua P1 dapat menyesuaikan dengan mudah kepada bentuk kolam renang yang kompleks untuk mendapatkan semula serta menyelenggara pembersih kolam secara mudah.
Roborock RockAqua P1 menandakan kemasukan Roborock ke dalam segmen pembersihan kolam renang dan pengembangan terkini inovasi pembersihan luarannya. Dengan membawakan kepakaran syarikat dalam navigasi autonomi dan penyingkiran sisa kepada penjagaan air, produk itu memperluas keupayaan pembersihan pintar Roborock kepada penjagaan kolam renang, sambil mengurangkan keperluan terhadap penyelenggaraan manual.
Menguasai Setiap Ambang: Siri Vakum Robot Roborock
Roborock Saros 20 Flow dan Roborock Qrevo Edge 3 Pro utama pula mewakili kemuncak keupayaan mobiliti robotik. Kedua-dua model dikuasakan oleh motor sedutan HyperForce® 36,000 Pa yang amat besar dan menampilkan AdaptiLift® Chassis 3.0 dinaik taraf yang membolehkan robot melepasi ambang dua lapisan setinggi sehingga 8.8 cm, selain dilengkapi RetractSense Navigation System (Sistem Navigasi RetractSense). Roborock Saros 20 Flow menggunakan mop penggelek untuk membersihkan lantai secara menyeluruh. Roborock Qrevo Edge 3 Pro pula mencapai profil yang sangat nipis, membolehkannya bergerak dengan mudah di bawah sofa dan katil dengan ruang serendah 7.95 cm, dengan keupayaan penyetempatan dan pemetaan termaju.
Kuasa Serba Guna untuk Seluruh Rumah: Siri Roborock F25
Bagi pembersihan dan pemulihan keadaan lantai yang mendalam, model vakum basah kering baharu menawarkan prestasi yang tiada tandingan. Roborock F25 Ultra Steam Gen 2 menggabungkan wap bersuhu tinggi dan pembersihan air panas untuk menanggalkan kotoran degil yang telah mengering, sambil menyesuaikan kuasanya secara automatik mengikut keadaan lantai yang berbeza. Di samping itu, Roborock F25 Pro Turbo Combo pula menawarkan sistem 5-dalam-1 serba guna; dengan modul pemacu yang boleh ditanggalkan dan bahagian kepala yang boleh ditukar ganti, peranti itu boleh berubah dengan mudah daripada vakum basah kering berkuasa tinggi kepada vakum tanpa wayar berprestasi tinggi untuk membersihkan perabot dan kawasan yang sukar dicapai.
Kehidupan Luar Pintar: Roborock RockNeo Q2 LiDAR
Memperluas pengalaman "Rocking Life" ke taman, Roborock RockNeo Q2 LiDAR ialah mesin pemotong rumput robotik yang direka untuk memudahkan penjagaan rumput bertaraf profesional. Dengan keupayaan meliputi kawasan sehingga 800 m², mesin pemotong rumput robotik itu menggunakan teknologi persepsi persekitaran Sentisphere™ LiDAR dan ReactiVision Fusion bagi pengelakan halangan yang tepat, tanpa memerlukan sebarang kabel atau antena. Dengan dek pemotong terapung dan modul pemotongan PreciEdge™ terbina dalam, mesin itu menawarkan keupayaan memotong pada bahagian tepi 3 cm yang memberikan kemasan rumput hampir sempurna dengan tetapan manual yang minimum.
Paling Hebat Bertemu Paling Hebat: Kerjasama dengan Real Madrid
Perjalanan Roborock untuk menjadi Jenama Pembersih Vakum Robotik No. 1 Dunia* didorong usaha tanpa henti dalam mengejar kecemerlangan — pendirian yang turut dikongsi bersama rakan kongsinya, Real Madrid.
Dengan pencapaian rekod 15 gelaran UEFA Champions League dan 36 kejuaraan La Liga, Real Madrid mencerminkan komitmen yang sama terhadap kemajuan berterusan dan prestasi tinggi. Kerjasama itu menggabungkan dua peneraju global yang disatukan oleh aspirasi bersama untuk terus mara ke hadapan.
"Apabila peneraju nombor satu dunia dalam robotik rumah pintar bergabung tenaga dengan kelab bola sepak terhebat dalam sejarah, hasilnya menjadi satu jalinan kerjasama yang dibina berteraskan aspirasi bersama," kata Quan Gang, Presiden Roborock. "Seperti Real Madrid, kami tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian lalu. Kami terus menerobos sempadan kemungkinan dan berusaha mencapai kecemerlangan untuk komuniti global kami."
Latar Belakang Roborock
Roborock ialah jenama pembersihan pintar terkemuka yang terkenal dengan penyelesaian pembersihan pintarnya. Setelah menjadi jenama pembersih vakum robotik paling laris terjual #1 bagi separuh pertama 2026, menurut IDC*, Roborock memperkayakan kehidupan menerusi rangkaian inovatif vakum robot, pembersih vakum tanpa wayar, vakum basah-kering, mesin pemotong rumput robotik, pembersih kolam renang robotik serta mesin basuh-pengering. Berteraskan pendekatan yang mengutamakan pengguna, penyelesaian Roborock yang dipacu penyelidikan dan pembangunan (R&D) memenuhi pelbagai keperluan pembersihan di jutaan kediaman merentasi lebih 170 negara dan wilayah. Beribu pejabat di Beijing dan menerusi subsidiari strategik di pasaran utama termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Korea Selatan, Jepun, Poland dan Belanda, Roborock berdedikasi untuk memperkukuh kehadiran pasarannya di seluruh dunia. Sehingga Ogos 2026, Roborock memberikan perkhidmatan kepada lebih 30 juta isi rumah. Untuk maklumat lanjut, layari https://global.roborock.com/.
SOURCE Roborock
Share this article