- Schloss Johannisberg di Rheingau, Jerman, dinobatkan sebagai penerima anugerah The World's Best Vineyard 2026 dan The Best Vineyard in Europe
- Senarai kedudukan tahun ini menampilkan ladang anggur dari 15 destinasi merentasi enam benua
- Senarai tersebut merangkumi ladang anggur dari 31 kawasan pengeluaran wain, dengan lima penyertaan baharu buat julung kalinya
SANTIAGO, Chile, 18 November 2026 /PRNewswire/ -- Senarai The 50 Best Vineyards 2026 diumumkan pada malam ini di Santiago, Chile, dengan Schloss Johannisberg di Rheingau, Jerman, dinobatkan sebagai penerima anugerah The World's Best Vineyard 2026. Meningkat daripada kedudukan No.2 pada 2025, Schloss Johannisberg merupakan sebuah estet bersejarah yang terkenal dengan kaitannya yang telah lama terjalin dengan anggur riesling serta warisan pembuatan wain sejak berabad-abad lamanya. Pengunjung berpeluang meneroka kawasan istana dan ruang penyimpanan wain bersejarah, termasuk Bibliotheca Subterranea yang tersohor.
Untuk melihat senarai penuh kedudukan 1-50, sila klik di sini.
Bodegas Ysios di Rioja, Sepanyol, menduduki tempat No.2, manakala Montes di Colchagua Valley, Chile, berada pada kedudukan No.3 dan dinobatkan sebagai penerima anugerah The Best Vineyard in South America, tajaan Latam Airlines.
Rikki Tidball, Pengarah Urusan Anugerah dan Penarafan bagi The 50 Best Vineyards, berkata: "Schloss Johannisberg sememangnya layak dinobatkan sebagai pemenang No.1 kerana berjaya menggabungkan warisan pembuatan wain dengan layanan hospitaliti yang luar biasa. Senarai kedudukan tahun ini menyerlahkan kepelbagaian pengalaman pelancongan wain yang menakjubkan di seluruh dunia, daripada estet bersejarah dan nama-nama tersohor dalam industri hinggalah destinasi baharu yang menarik serta penggiat baharu yang semakin menyerlah."
Penerima anugerah serantau yang lain termasuk Creation di Walker Bay, Afrika Selatan, yang menduduki kedudukan No.5 dan menerima anugerah The Best Vineyard in Africa; Château Kefraya di Bekaa Valley, Lubnan, pada kedudukan No.18 yang dinobatkan sebagai penerima anugerah The Best Vineyard in the Middle East; serta Jordan Vineyard & Winery di Alexandra Valley, California, pada kedudukan No.27 yang diiktiraf sebagai penerima anugerah The Best Vineyard in North America.
Champagne Taittinger di Champagne, Perancis, menerima Highest Climber Award, tajaan Lexus, selepas melonjak 39 anak tangga ke kedudukan No.11. Sementara itu, Highest New Entry Award menjadi milik Vasse Felix di Margaret River, Australia, yang membuat penampilan sulung dalam senarai kedudukan pada No.17, selain turut dinobatkan sebagai penerima anugerah The Best Vineyard in Australasia.
The 50 Best Vineyards turut memperkenalkan One to Watch Award buat julung kalinya, tajaan Grupo Liderazgo, sebagai pengiktirafan kepada Aya Estate di Struma Valley, Bulgaria. SevenRooms Icon Award juga diperkenalkan pada tahun ini dan dianugerahkan secara anumerta kepada Michel Rolland sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau kepada sektor pelancongan wain.
Keputusan penuh dan senarai penerima anugerah boleh dilihat menerusi laman web serta saluran media sosial The 50 Best Vineyards.
Pusat media:
https://mediacentre.the50.com/


Share this article