Segi Fresh Buka Dua Cawangan Baharu di Tanjung Karang, Perkenal Strategi Peluasan Berkelompok Sempena Ulang Tahun Ke-32
TANJUNG KARANG, Malaysia, 2 November 2026 /PRNewswire/ -- Pada 31 Oktober, Segi Fresh membuka dua cawangan baharu di Tanjung Karang, Selangor masing-masing di Pusat Bandar dan Taman Nilam, menjadikan jumlah keseluruhan cawangannya di kawasan ini meningkat kepada tiga, bersempena sambutan ulang tahun ke-32 jenama peruncitan barangan segar tempatan itu.
Pembukaan serentak ini merupakan yang pertama bagi Segi Fresh melibatkan dua cawangan dalam daerah yang sama, sekali gus memperkenalkan pendekatan pengembangan secara berkelompok (cluster-based expansion) bagi memperkukuh kehadiran di peringkat komuniti serta memudahkan penduduk mendapatkan barangan segar dan keperluan harian.
Kedua-dua cawangan baharu menawarkan sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, daging, hasil laut, barangan runcit dan keperluan isi rumah. Pembukaan ini turut meneruskan peluasan identiti jenama serta konsep stor generasi baharu Segi Fresh yang pertama kali diperkenalkan di cawangan baharunya di Bidor, Perak, pada September lalu.
"Pembukaan dua cawangan dalam daerah yang sama mencerminkan perkembangan strategi kami untuk memenuhi keperluan komuniti dengan lebih berkesan. Aspirasi kami bukan sekadar menambah bilangan cawangan, tetapi meningkatkan akses kepada barangan segar, nilai, kemudahan dan pengalaman membeli-belah pelanggan," kata Encik Chia Ah Keong, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Segi Fresh.
Pembukaan ini turut diserikan dengan kempen ulang tahun "32 Tahun Legasi", yang menawarkan promosi istimewa bagi barangan segar terpilih dan keperluan harian dari 30 Oktober hingga 12 November 2026.
Pelanggan juga berpeluang menyertai kempen cabutan bertuah "Top 1 Beli & Menang" sehingga 31 Disember 2026, dengan hadiah termasuk sebuah Perodua Alza, motosikal dan baucar membeli-belah, tertakluk pada syarat penyertaan.
Antara aktiviti pembukaan ialah ganjaran eksklusif ahli, penebusan barangan percuma terpilih, baucar RM5 untuk kunjungan semula serta program "Kumpul & Tebus". Cawangan Taman Nilam turut menyediakan aktiviti merasa makanan, penampilan maskot dan pemberian belon.
Legasi perniagaan Segi Fresh selama 32 tahun berakar daripada pembukaan premis borong pertamanya pada 1994, berlandaskan pengalaman keusahawanan pengasasnya, Dato' Chui Ah Hock, yang bermula di pasar tradisional sejak 1984.
Kini, Segi Fresh terus melaksanakan transformasi ke arah visinya, "Menjadi Top 1 Fresh Mart di Malaysia," dengan memberikan penekanan kepada kesegaran, harga berpatutan, kemudahan dan pengalaman pelanggan.
Pembukaan di Tanjung Karang menjadi satu lagi langkah dalam merealisasikan misinya, "Memberikan Kesegaran kepada Setiap Komuniti."
SOURCE Segi Fresh


Share this article