Shanghai Fair Ke-26 Kembali ke Kuala Lumpur, Eratkan Hubungan Perdagangan dan Budaya
KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Pameran Perdagangan Shanghai Fair Ke-26 – Malaysia (26th Shanghai Fair Trade Show – Malaysia) yang dianjurkan oleh RCG International Convention & Exhibition Co. Limited, akan berlangsung pada 16 hingga 17 November 2026 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, dengan menghimpunkan syarikat, persatuan industri dan institusi bagi meneroka peluang kerjasama antara Shanghai dan Malaysia.
Pameran seluas 12,000 meter persegi itu bakal menampilkan lebih 300 syarikat dari Shanghai, 30 persatuan industri dan institusi, serta kira-kira 500 pempamer. Sebagai Tetamu Kehormat tahun ini, Daerah Minhang, Shanghai akan mempamerkan kekuatan industrinya di samping meneroka peluang kerjasama dengan syarikat Malaysia.
Program selama dua hari itu menggabungkan pameran perdagangan, pertukaran perniagaan, perbincangan pelaburan dan aktiviti kebudayaan, sekali gus menyediakan platform interaksi antara kedua-dua pasaran.
Lima sektor tonjolkan keupayaan Shanghai
Pempamer mewakili lima sektor, iaitu Pembuatan, Penjagaan Kesihatan, Barangan Pengguna, Teknologi Inovasi dan Perkhidmatan Perdagangan. Pameran itu akan memperlihatkan produk, teknologi dan perkhidmatan yang mencerminkan keupayaan industri Shanghai serta bidang yang berpotensi untuk dijadikan kerjasama dengan syarikat Malaysia.
Lebih separuh daripada pempamer diiktiraf di bawah penetapan perusahaan Specialised, Refined, Distinctive and Innovative (SRDI) China, iaitu pengiktirafan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memiliki keupayaan khusus dan memberi tumpuan kepada pasaran khusus.
Pertukaran perniagaan dan pelaburan
Selain pameran, program turut merangkumi Seminar Invest Shanghai dan Minhang, Majlis Perasmian, majlis menandatangani perjanjian, serta Sesi Pertukaran Perniagaan China–Malaysia yang meliputi AI + Tenaga Baharu, AI + Penjagaan Kesihatan, serta Kimia Hijau & Bahan Baharu.
Jawatankuasa penganjur juga sedang menyasarkan lebih 300 sesi padanan perniagaan bersemuka (satu-ke-satu) yang dijadualkan lebih awal antara peserta perdagangan Malaysia dengan pempamer dari Shanghai. Setakat ini, lebih 100 sesi telah disahkan bagi membolehkan perbincangan secara langsung mengenai perolehan sumber, pengedaran dan potensi perkongsian.
Buat julung kalinya, sebuah Pavilion Antarabangsa seluas hampir 150 meter persegi akan menempatkan institusi rasmi Malaysia dan syarikat tempatan terkemuka bersama rakan sejawat mereka dari Shanghai, sekali gus membuka lebih banyak peluang interaksi dua hala.
Merapatkan hubungan melalui budaya
Selain perdagangan dan pelaburan, pameran itu turut menampilkan pelbagai aktiviti kebudayaan dan kemasyarakatan bagi menggalakkan pertukaran antara Shanghai dan Kuala Lumpur.
Antara acara utama ialah pameran Shanghai Brands Shine in Kuala Lumpur, acara amal, pertunjukan fesyen Sail with Style, lawatan berpandu Shanghai Artistry, Two-City Coffee Dialogue serta Shanghai Cuisine Meets Nyonya Delicacies.
Gabungan aktiviti ini akan membawa pengalaman perniagaan, gaya hidup dan kebudayaan ke dalam program pameran.
Memperluas kehadiran di peringkat antarabangsa
Sejak 2012, Shanghai Fair telah dianjurkan di hampir 20 negara di Asia dan Eropah bagi memperkenalkan "Made in Shanghai", "Shanghai Brands" dan "Shanghai Services".
Pada 2025, Kuala Lumpur menjadi bandar pertama yang menganjurkan dua edisi Shanghai Fair dalam tahun yang sama, iaitu Sesi Khas Perubatan pada Mei, diikuti pameran perdagangan penuh pada November. Menurut jawatankuasa penganjur, edisi 2026 merupakan yang terbesar setakat ini dari segi penyertaan pempamer, ruang pameran dan sesi program.
"Kami berharap Shanghai Fair bukan sekadar sebuah pameran, tetapi platform jangka panjang yang merapatkan Shanghai dan Malaysia melalui perdagangan, budaya dan kebajikan masyarakat," kata Fu Wengang, Naib Presiden Persekutuan Perkhidmatan Shanghai (SSF) merangkap Pengarah Jawatankuasa Perdagangan Perkhidmatan persekutuan itu, dan Pengarah Eksekutif Cooperation and Exchange Committee, Shanghai Federation of Industrial Economics (SFIE).
Pameran Perdagangan Shanghai Fair Ke-26 – Malaysia akan diadakan pada 16 hingga 17 November 2026 di MITEC, Kuala Lumpur. Untuk maklumat acara dan pertanyaan penyertaan, sila hubungi jawatankuasa penganjur melalui [email protected]
Pendaftaran Padanan Perniagaan B2B
Syarikat yang berminat untuk menyertai sesi padanan perniagaan B2B boleh mendaftar melalui e-mel ke [email protected]. Pendaftaran dibuka sehingga 1 November 2026 dan akan ditutup lebih awal sekiranya semua slot telah diisi.
SOURCE RCG International Convention & Exhibition Co. Limited
Share this article