Taobao Malaysia 11.11 Tawar Penghantaran Percuma & Pengalaman Membeli-belah Dipacu AI
Kerjasama dengan J&T Express memperkenalkan lebih 1,400 lokasi pemulangan barangan di seluruh negara bagi meningkatkan kemudahan membeli-belah rentas sempadan
KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Taobao Malaysia hari ini memperkenalkan Festival Beli-belah Global Taobao 11.11 yang dinanti-nantikan, menawarkan akses kepada ratusan juta produk di platformnya, termasuk penghantaran percuma untuk semua barangan fesyen. Kempen tahun ini membuka lembaran baharu dalam menawarkan lebih nilai dan kemudahan kepada pengguna, menerusi integrasi alat membeli-belah berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta peluasan rangkaian logistik tempatan bagi menangani cabaran yang sering dihadapi pengguna Malaysia ketika membeli-belah merentasi sempadan.
Berlangsung dari 20 Oktober, jam 8.00 malam hingga 13 November 2026, Taobao menghubungkan pengguna Malaysia kepada lebih tiga bilion produk merangkumi fesyen, kelengkapan rumah, perabot, barangan koleksi, hobi, kesejahteraan serta trend gaya hidup terkini. Lebih daripada sekadar promosi, kempen tahun ini mencerminkan pelaburan berterusan Taobao dalam menjadikan pengalaman membeli-belah rentas sempadan lebih mudah, dipercayai dan menyeronokkan untuk pengguna Malaysia.
Pilihan Lebih Pintar dengan Alat AI Bersepadu
Taobao Malaysia mempertingkat pengalaman membeli-belah menerusi empat inovasi AI bersepadu yang direka untuk membantu pengguna membuat pilihan dengan lebih yakin, jelas dan berbaloi. Pengalaman ini bermula dengan AI Try-On, yang akan diperkenalkan terlebih dahulu pada antara muka bahasa Cina platform sebelum diperluaskan kepada antara muka bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Ciri ini mengurangkan ketidakpastian ketika membeli pakaian dalam talian dengan membolehkan pengguna melihat gambaran sesuatu produk pada foto sendiri, sekali gus memudahkan mereka meneroka pelbagai gaya dengan lebih yakin.
Bagi membantu pengguna membuat keputusan pembelian yang lebih tepat, AI Shopping Assistant bertindak sebagai pembantu membeli-belah yang diperibadikan dengan memberikan cadangan berdasarkan situasi dan keperluan pengguna, di samping menyediakan perbandingan harga masa nyata serta penilaian kualiti.
Melengkapkan pengalaman ini ialah AI Product Insights, yang membantu pengguna meneliti maklumat produk dengan lebih mudah dengan mengetengahkan ciri-ciri utama, menterjemahkan spesifikasi produk serta merumuskan kelebihan dan kekurangan berdasarkan ulasan pengguna.
Sementara itu, Voice-Search-by-Hold memudahkan pengguna mencari sesuatu produk walaupun mereka tidak mengetahui kata kunci yang tepat. Melalui carian suara dan penerangan, ciri ini membantu pengguna mengenal pasti keperluan sebenar serta mengurangkan kekeliruan akibat terlalu banyak pilihan, supaya mereka dapat menemukan produk yang lebih menepati keperluan daripada katalog Taobao yang luas.
Kerjasama dengan J&T Express Perluas Rangkaian Pemulangan Tempatan
Bermula November 2026, Taobao akan memperkenalkan secara berperingkat lebih 1,400 lokasi pemulangan barangan di seluruh negara menerusi kerjasama dengan J&T Express. Perkhidmatan ini membolehkan pengguna memulangkan pembelian yang layak di lokasi berdekatan di seluruh Malaysia tanpa perlu menguruskan penghantaran antarabangsa.
Perkhidmatan ini melengkapi Logistik Rasmi Taobao, yang memberikan pengguna kepastian lebih baik mengenai kos dan tempoh penghantaran, sokongan proaktif bagi isu penghantaran bungkusan, serta pampasan untuk bungkusan yang hilang atau rosak. Penambahbaikan ini memberikan ketenangan minda yang lebih tinggi kepada pengguna sepanjang pengalaman membeli-belah rentas sempadan mereka, sekali gus memastikan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih selamat dan boleh dipercayai.
Jess Lew, Pengurus Negara Taobao Malaysia berkata, "Pengguna hari ini bukan lagi sekadar mencari barangan untuk memenuhi keperluan asas. Mereka mahukan produk yang mencerminkan minat, gaya hidup dan aspirasi masing-masing. Di Taobao, matlamat kami bukan sahaja memberikan pengguna Malaysia akses kepada 'Everything and Anything' menyokong keperluan kehidupan seharian mereka tetapi juga membantu mereka menemui lebih banyak produk berkualiti pada nilai yang berpatutan. Kami ingin menjadi destinasi untuk pengguna mendapatkan inspirasi, meneroka trend dan menemui pelbagai kemungkinan baharu pada bila-bila masa dan di mana sahaja, sambil menikmati pengalaman yang lebih mudah dan lancar daripada proses penemuan produk sehingga pembelian."
"Sejak beberapa tahun lalu, kami terus melabur dalam usaha menyesuaikan pengalaman membeli-belah untuk pengguna di Malaysia agar lebih memenuhi keperluan tempatan. Ini termasuk menyediakan sokongan bahasa tempatan, menjalin kerjasama dengan rakan penyedia perkhidmatan pembayaran tempatan, mempertingkatkan perkhidmatan logistik serta mengukuhkan tahap perkhidmatan pelanggan. Peluasan rangkaian pemulangan tempatan kami merupakan satu lagi langkah penting dalam memberikan pengguna lebih keyakinan dan kemudahan ketika membeli-belah merentasi sempadan," tambah beliau.
Lebih Penjimatan, Lebih Kemudahan
Sepanjang tempoh kempen, pengguna Malaysia boleh menikmati pelbagai manfaat yang menjadikan pengalaman membeli-belah lebih berbaloi dan mudah diakses.
Dengan lebih 400 juta produk tersedia di Taobao Malaysia, pengguna boleh menikmati penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, termasuk untuk pembelian hanya satu barangan. Pengguna juga boleh menaik taraf pesanan yang layak kepada penghantaran udara berbayar, dengan tempoh penghantaran seawal lima hari di bandar-bandar utama.
Sebagai salah satu kategori paling popular dalam kalangan pengguna Malaysia, semua barangan di bawah kategori Fesyen kini ditawarkan dengan penghantaran percuma, sekali gus memudahkan pengguna memperbaharui gaya dan penampilan sempena salah satu acara membeli-belah terbesar tahun ini. Penghantaran percuma turut diperluaskan kepada lebih banyak kategori termasuk Rumah & Kediaman (Home & Living), Peralatan Sajian (Tableware), Mainan & Aksesori Haiwan Peliharaan (Toys & Pet Accessories), Alat Kecantikan (Beauty Tools), Keperluan Perjalanan (Travel Essentials) dan banyak lagi.
Antara tarikan promosi lain sepanjang kempen termasuk:
- Diskaun sehingga 15% di seluruh platform menerusi diskaun rasmi platform
- Baucar diskaun penghantaran udara setiap hari pada jam 12.00 tengah hari dan 8.00 malam
- Rebat segera eksklusif sehingga RM50 daripada RHB Bank untuk pemegang kad yang layak
- Pengecualian yuran pemprosesan pembayaran sehingga RM8
- Manfaat pengguna baharu sehingga RM40
Pengguna aplikasi Taobao dalam bahasa Inggeris turut boleh menikmati promosi tambahan seperti:
- Baucar platform dengan diskaun sehingga 50%
Bina Kediaman Impian Anda dengan Mudah
Seiring peningkatan kepentingan terhadap penambahbaikan kediaman dan ruang peribadi dalam kalangan pengguna Malaysia, Taobao melihat minat yang semakin meningkat terhadap kategori perabot dan kelengkapan rumah, khususnya barangan bersaiz besar seperti sofa.
Bagi memenuhi permintaan ini, lebih 1 juta pilihan perabot, termasuk sofa, meja makan dan meja boleh laras ketinggian, kini layak untuk penghantaran terus ke Malaysia. Sepanjang Festival 11.11, pengguna juga boleh mendapatkan baucar penghantaran perabot bernilai sehingga RM30 untuk pembelian yang layak.
Dengan perlindungan pampasan Logistik Rasmi Taobao bagi barangan yang layak sekiranya mengalami kerosakan, pengguna kini boleh membeli barangan kelengkapan rumah bersaiz besar dengan lebih yakin dan tenang.
Daripada Penemuan Dalam Talian kepada Kemeriahan di Dunia Sebenar
Susulan keterujaan terhadap pengumuman kerjasama terbaharu Taobao bersama pelakon popular Zhang Linghe, termasuk pelancaran antara muka aplikasi bertemakan Zhang Linghe serta kempen"Daily Treasure Hunt", Taobao membawa kemeriahan 11.11 melangkaui skrin menerusi beberapa aktiviti fizikal di Malaysia. Kerjasama dan kempen tersebut turut diketengahkan dalam siaran media Taobao sebelum ini.
Aktiviti yang berlangsung di LaLaport Kuala Lumpur pada 24 hingga 25 Oktober dan Xiamen University Malaysia pada 27 dan 28 Oktober akan memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri kempen ini menerusi pelbagai pengalaman interaktif serta menebus barangan eksklusif bertemakan Zhang Linghe, sekali gus membawa keterujaan pengalaman dalam talian ke dunia sebenar.
Seiring perdagangan digital yang semakin menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian pengguna, Festival Beli-belah Global Taobao 11.11 2026 mencerminkan komitmen berterusan Taobao dalam menawarkan lebih banyak pilihan, kemudahan dan pengalaman penemuan kepada pengguna di seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Festival Beli-belah Global Taobao 11.11, ikuti Taobao Malaysia di Facebook, Instagram, dan TikTok, atau layari aplikasi Taobao hari ini.
Tentang Taobao Malaysia
Taobao Malaysia bermatlamat untuk menyediakan aktiviti membeli-belah yang mudah di Taobao dan Tmall untuk pengguna di Malaysia. Melalui aplikasi Taobao, pembeli di Malaysia boleh mengakses berbilion jenis produk, lengkap dengan perkhidmatan logistik, pembayaran dan lain-lain, serta tawaran yang sesuai dengan keperluan individu tersebut. Taobao Malaysia adalah sebahagian daripada Syarikat Alibaba International Digital Commerce Group.
SOURCE Taobao Malaysia
Share this article