Teknologi AI dan Peenyumberan Langsung Pacu Peluang Baharu di Pameran Hadiah China Oktober
SHENZHEN, China, 21 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Bagi pembeli global yang mencari produk baharu dan pembekal yang boleh dipercayai, Pameran Hadiah dan Produk Rumah Antarabangsa China (Shenzhen) Ke-34 yang dianjurkan oleh RX Huabo membuka tirainya hari ini di Shenzhen World Exhibition & Convention Center. Berlangsung sehingga 23 Oktober, pameran ini meliputi kawasan seluas hampir 300,000 meter persegi, menghimpunkan 4,500 pempamer dan 5,000 jenama, dengan jumlah kunjungan pembeli dijangka mencecah 300,000.
Teknologi Pintar AI Semakin Menjadi Pilihan Utama dalam Industri Hadiah
Seiring dengan peningkatan integrasi AI dalam kehidupan seharian, peranti pintar kini berkembang melangkaui kategori gajet khusus dan memasuki pasaran hadiah korporat dan promosi premium. Cermin mata AI menjadi tumpuan utama pada tahun ini. Dengan Shenzhen menghasilkan separuh daripada jumlah cermin mata AI di dunia, jenama seperti Quark, Rokid, RayNeo dan DJI mempamerkan cermin mata yang dilengkapi ciri terjemahan masa nyata, penstriman langsung dari perspektif orang pertama serta fungsi mesyuarat pintar. Peranti boleh pakai pintar dan robot pendamping turut mendapat permintaan tinggi daripada pembeli global yang ingin mendapatkan hadiah teknologi inovatif dan interaktif bagi musim perayaan yang bakal tiba.
Jenama Persendirian dan Penyesuaian Produk Mentakrif Semula Penyumberan dalam Sektor Peruncitan
Menjelang musim penyumberan akhir tahun, pembeli global semakin memberikan penekanan terhadap fleksibiliti rantaian bekalan dan penyesuaian jenama. Pada tahun ini, pameran ini mengetengahkan peningkatan penggunaan jenama persendirian dan penyumberan terus daripada kilang. Pengeluar terkemuka mempamerkan pembungkusan premium yang disesuaikan mengikut keperluan, penyelesaian cetakan atas permintaan dan reka bentuk produk khusus. Bagi peruncit dan pengedar antarabangsa, keupayaan ini menyediakan saluran yang lebih langsung kepada rakan kongsi pembuatan di China, sekali gus membantu mereka membangunkan produk yang mempunyai ciri pembezaan, menyesuaikan tawaran mengikut pasaran tempatan serta bertindak balas dengan lebih fleksibel terhadap permintaan bermusim dan pengguna.
Latar Belakang RX Huabo
Dengan pengalaman industri melebihi 30 tahun, RX Huabo telah menjadi penganjur pameran terbesar dan paling berpengaruh dalam sektor Hadiah dan Produk Rumah di rantau Asia Pasifik serta merupakan sebahagian daripada RX, peneraju global dalam penganjuran acara dan pameran. Syarikat ini menganjurkan 16 pameran profesional perniagaan kepada perniagaan (B2B) di dalam dan luar negara setiap tahun, menghimpunkan lebih 10,000 pempamer dan satu juta produk bagi memenuhi keperluan pembelian tiga juta pembeli. Selain itu, melalui platform dalam talian Limaotong dan rangkaian media baharu, RX Huabo membangunkan platform perdagangan B2B berbilang saluran yang menggabungkan urus niaga dalam talian dan luar talian bagi membantu pembekal berkualiti, di samping menyediakan platform pemerolehan yang cekap sepanjang tahun kepada berjuta-juta pembeli profesional.
Hubungi:
[email protected]
https://apr.chinagiftsfair.com/
SOURCE RX Huabo
Share this article