Tribesigns Sertai Kempen SOHO CHIC Lifestyle TikTok Tonjolkan Trend Kediaman Musim Luruh 2026
NEW YORK, 12 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Tribesigns, pereka dan pengeluar perabot global, mengumumkan penyertaannya dalam kempen SOHO CHIC Lifestyle TikTok, sebuah inisiatif gaya hidup kediaman bagi Musim Luruh 2026 yang meneroka bagaimana karakter bandar, tekstur berlapis dan ekspresi peribadi membentuk semula kediaman moden.
Tampil bersama jenama kediaman dan gaya hidup keluarga yang sudah terkenal, termasuk Bedsure dan Momcozy, Tribesigns membawa perspektif yang berteraskan perabot kepada kempen tersebut. Diilhamkan oleh daerah SoHo di New York, hala tuju kreatif kempen berkenaan mengambil inspirasi daripada landskap jalanan berbata merah, seni bina besi tuang, tangga kecemasan kebakaran, budaya galeri dan garisan seni bina bandar yang kemas untuk menghasilkan estetika yang kelihatan anggun, mencerminkan koleksi pilihan yang disusun dengan teliti dan mempunyai suasana kediaman yang selesa didiami.
Menerusi kandungan lawatan ke kediaman selebriti, kempen itu menterjemahkan penampilan SOHO CHIC daripada konsep trend kepada ruang kediaman sebenar, sekali gus mencerminkan perubahan yang lebih luas: pengguna semakin melihat kediaman bukan sahaja sebagai ruang fungsian, tetapi juga sebagai ekspresi identiti, cita rasa dan rentak kehidupan seharian. Dalam konteks tersebut, perabot menjadi sebahagian daripada kisah yang disampaikan oleh seseorang tentang cara mereka menjalani kehidupan.
Meja konsol Tribesigns JW0908 ditampilkan dalam kediaman selebriti yang menjadi sebahagian daripada kempen itu, menandakan integrasi produk pertama jenama tersebut dalam format lawatan kediaman. Dengan reka bentuk kompak dan garisan yang kemas, meja itu sesuai digunakan sebagai meja di sisi sofa, perabot di ruang masuk atau permukaan untuk meletakkan hiasan tanpa kelihatan terlalu sarat dengan gaya. Tonton sorotan kempen SOHO CHIC Lifestyle Tribesigns di TikTok.
"Sebuah kediaman bukan sekadar tempat tinggal; ia merupakan lanjutan daripada cara seseorang memilih untuk menjalani kehidupan," kata Peter Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Tribesigns. "Jalinan kerjasama dengan TikTok dalam SOHO CHIC Lifestyle memberikan kami pendekatan baharu untuk menghubungkan inspirasi reka bentuk dengan kediaman sebenar dan rutin kehidupan sebenar. Daripada garisan seni bina bandar kepada perincian yang diilhamkan oleh galeri, kempen tersebut mencerminkan kepercayaan kami bahawa perabot seharusnya membantu setiap orang mewujudkan ruang yang benar-benar mencerminkan identiti mereka sendiri. Itulah semangat di sebalik falsafah Direka untuk Kehidupan (Designed For Life) kami."
Kempen itu turut memperluas pendekatan Tribesigns terhadap pembinaan jenama yang mengutamakan media sosial. Dengan menghubungkan reka bentuk produk, penceritaan gaya hidup dan penemuan produk yang diterajui pencipta kandungan, jenama berkenaan berhasrat untuk menjadikan inspirasi kediaman lebih mudah diakses serta-merta, lebih dekat dengan kehidupan pengguna dan lebih mudah untuk dibeli oleh pengguna A.S.
Tribesigns menawarkan perabot dan produk kediaman untuk ruang tamu, bilik tidur, ruang masuk, ruang makan dan pejabat di rumah. Berpandukan falsafah Designed For Life, jenama ini membangunkan produk yang mempunyai ciri tersendiri dan mudah dimiliki, yang sesuai secara semula jadi dengan rutin harian sambil membantu pengguna mengekspresikan gaya individu mereka.
Latar Belakang Tribesigns
Tribesigns ialah pereka dan pengeluar perabot global yang terkemuka. Untuk maklumat lanjut mengenai Tribesigns, sila layari Tribesigns.com dan halaman kempen, atau ikuti jenama ini di TikTok, Facebook dan Instagram.
SOURCE Tribesigns
Share this article