VT Markets Lantik Ross Maxwell sebagai Ketua Pegawai Strategi untuk Percepat Strategi Pertumbuhan Global
SYDNEY, 3 September 2026 /PRNewswire/ -- VT Markets, broker pelbagai aset terkemuka, hari ini mengumumkan pelantikan Ross Maxwell sebagai Ketua Pegawai Strategi (CSO). Ross akan menerajui strategi jangka panjang syarikat merentasi pembangunan platform, pertumbuhan perniagaan global dan tadbir urus korporat, dengan menyelaraskan inovasi pelbagai aset dengan keperluan pedagang yang terus berkembang.
Pelantikan itu dibuat ketika VT Markets memperluas penawarannya melangkaui pelaksanaan dagangan tradisional kepada sebuah platform pelbagai aset bersepadu. Platform ini membolehkan pengguna mengenal pasti peluang pasaran, mengakses pelbagai kelas aset dan berdagang dengan lebih yakin.
Seiring pasaran global menjadi semakin saling berhubung, VT Markets sedang membangunkan ekosistem berteraskan teknologi yang menghubungkan aset digital dengan pasaran kewangan tradisional, sambil memastikan pedagang dilengkapi pengetahuan dan kemahiran pengurusan risiko yang diperlukan untuk berjaya.
Sebagai Ketua Pegawai Strategi, Ross akan memacu hala tuju strategik VT Markets merentasi inovasi platform, pengembangan global dan kerangka dagangan yang bertanggungjawab. Berbekalkan pengalaman luas dalam analisis makroekonomi, pengembangan operasi dan infrastruktur pasaran, beliau beralih daripada jawatan terdahulunya sebagai Ketua Operasi dan Strategi Global, yang menyaksikan beliau menerajui program risikan pasaran dan pendidikan.
Dalam peranan baharunya, Ross juga akan menerajui inisiatif celik kewangan dipacu AI bagi merapatkan jurang pengetahuan dalam kalangan pedagang runcit, di samping memperluas keupayaan pelbagai aset bertaraf institusi.
"Era perdagangan seterusnya bukan sahaja akan ditentukan oleh akses kepada lebih banyak kelas aset, tetapi juga sejauh mana pengguna dapat mengenal pasti dan merebut peluang dengan lancar dalam sebuah ekosistem yang telus dan berteraskan teknologi," kata Ross Maxwell, Ketua Pegawai Strategi VT Markets. "Seiring pasaran kewangan global terus saling menumpu, pedagang mengharapkan platform berprestasi tinggi yang dipacu infrastruktur termaju dan pelaksanaan dagangan yang telus. VT Markets sedang membina masa depan itu dan saya teruja untuk menerajui visi strategik kami di seluruh dunia."
Pelantikan Ross mencerminkan komitmen VT Markets untuk terus berkembang seiring perubahan pasaran global. Dengan menggabungkan akses pasaran yang lebih luas, teknologi pintar dan program celik kewangan yang diterajui barisan eksekutif, VT Markets sedang membangunkan ekosistem dagangan yang memperkasa pengguna untuk mengharungi perubahan pasaran menerusi satu platform bersepadu.
Latar Belakang VT Markets
VT Markets ialah broker pelbagai aset terkawal selia yang kini mempunyai kehadiran di lebih 160 negara. Syarikat telah meraih pelbagai anugerah antarabangsa, termasuk Best Online Trading (Perdagangan Dalam Talian Terbaik) dan Fastest Growing Broker (Broker dengan Pertumbuhan Terpantas). Selaras dengan misinya untuk menjadikan dagangan boleh diakses oleh semua, VT Markets menawarkan akses komprehensif kepada lebih 1,000 instrumen kewangan, manakala pelanggan menikmati pengalaman dagangan yang lancar menerusi aplikasi mudah alihnya yang memenangi anugerah.
SOURCE VT Markets
Share this article