XPPen Bawakan Magic Pro 13 ke Pasaran: Tablet Lukisan Semua Situasi Profesional Hubungkan Inspirasi Mudah Alih dengan Penghasilan Profesional
LOS ANGELES, 27 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- XPPen, peneraju global dalam inovasi seni digital, hari ini melancarkan secara rasmi Magic Pro 13, sebuah Tablet Lukisan Semua Situasi Profesional yang turut berfungsi sebagai paparan lukisan bertaraf komputer meja menerusi Mod Paparan Lukisan (Drawing Display Mode) pada peringkat perkakasan yang pertama dalam industri. Peranti ini menggabungkan X4 Smart Chip Stylus, paparan seakan kertas 3K 120Hz serta penyepaduan perkakasan-perisian yang mendalam demi pengalaman lukisan digital yang serba boleh.
Susulan penampilan sulungnya pada IFA 2026, Magic Pro 13 menerima empat pengiktirafan "Best of IFA 2026" daripada Gadgety Awards, TechRadar, Yanko Design dan Android Headlines, bagi mengiktiraf inovasi dan pendekatannya dalam menggabungkan keupayaan melukis secara mudah alih dengan aliran kerja menggunakan komputer meja yang profesional.
"Artis memerlukan alat kreatif yang mampu beradaptasi dengan cara mereka bekerja, tidak kira di mana mereka menghasilkan karya," kata Brian Huang, Pengarah Pemasaran XPPen. "Magic Pro 13 ialah peranti 2-dalam-1 pertama dalam industri yang berfungsi sebagai Tablet Lukisan kendiri dan juga paparan lukisan profesional, sekali gus memberikan fleksibiliti yang lebih besar kepada pencipta dalam mengembangkan idea mereka. Kami percaya bahawa alat kreatif perlu terus berkembang seiring dengan keperluan artis, sekali gus membuka kemungkinan baharu dari segi cara mereka merealisasikan idea."
Mod Paparan Lukisan Peringkat Perkakasan Pertama dalam Industri
Ciri utama Magic Pro 13 ialah Mod Paparan Lukisan peringkat perkakasan yang pertama dalam industri bagi kategori tablet lukisan digital. Dengan satu kabel USB-C yang berfungsi penuh, peranti ini boleh disambungkan kepada komputer peribadi (PC) yang serasi sebagai paparan lukisan profesional. Seni bina perkakasan khususnya menyokong resolusi sehingga 3K pada 120Hz dengan penghasilan semula warna natif, di samping input pen dengan kependaman ultra rendah. Stilusnya mengekalkan fungsian penuh, termasuk 16K tahap kepekaan tekanan, pengesanan kecondongan, prebiu ketika pen diapungkan dan butang sisi pen boleh suai, sekali gus membolehkan peralihan yang lancar daripada lakaran ketika bergerak kepada penyempurnaan karya menggunakan komputer meja.
Reka Bentuk Mudah Alih dan Alat Kreatif Bersepadu
Dilengkapi kamera hadapan 8MP dan kamera belakang 13MP, Magic Pro 13 menawarkan fleksibiliti tambahan untuk merakam rujukan visual dan idea kreatif. Dengan ketebalan hanya 6.65 mm dan berat 655 g, peranti ini menggabungkan kemudahalihan dengan bateri 10,200 mAh serta pengecasan pantas PD 45W bagi menyokong sesi kreatif yang panjang. Kedua-dua port USB-C menyokong pengecasan PD 45W, manakala port bahagian atas sebelah kanan mengupayakan Mod Paparan Lukisan bagi sambungan terus kepada PC, sekali gus membolehkan pengguna terus berkarya sambil mengecas.
Beroperasi menggunakan Android 16, Magic Pro 13 turut menawarkan ekosistem perisian kreatif yang serba boleh. Aplikasi Shelf yang dibangunkan oleh XPPen membantu pengguna menyusun rujukan visual melalui penandaan imej, anotasi dan carian pintar, manakala aplikasi Canvas menyediakan ruang khusus untuk membuat lakaran dan mencatat inspirasi. Ciri tambahan seperti Quick Draw with Screen Off (Melukis Pantas semasa Skrin Padam), Freeform Windowing (Tetingkap Boleh Ubah Bentuk) dan Screenshot Doodle (Coretan Tangkapan Skrin) menjadikan tugasan kreatif lebih mudah dilaksanakan dalam pelbagai situasi.
X4 Smart Chip Stylus dan Paparan Seakan Kertas 3K 120Hz
Magic Pro 13 didatangkan dengan X4 Smart Chip Stylus yang menggabungkan cip cekap tenaga, penderia teroptimum dan mata pena berbentuk peluru bagi menghasilkan goresan yang pantas, stabil dan tepat. Dengan 16K tahap kepekaan tekanan, daya pengaktifan awal 2g dan sokongan kecondongan 60°, stilus ini mampu mengesan perubahan tekanan yang halus untuk menghasilkan lukisan terperinci serta lorekan yang kelihatan semula jadi.
Paparan peranti ini menawarkan resolusi 3K dan kadar segar semula boleh laras pada 60, 90 atau 120Hz. Kaca goresan nano (nano-etched) AG+AF memberikan rasa seakan-akan kertas, manakala kecerahan puncak 650 nit dan pensijilan TÜV SÜD Low Blue Light meningkatkan pengalaman tontonan. Dengan liputan 100% sRGB dan 96% DCI-P3, paparan ini turut menyokong pertukaran gamut warna pada peringkat sistem antara sRGB, Adobe RGB dan DCI-P3 bagi memenuhi keperluan warna profesional yang berbeza.
Harga dan Ketersediaan
Magic Pro 13 tersedia mulai 27 Oktober 2026 dengan harga tempahan awal bernilai $899 (harga dan ketersediaan mungkin berbeza mengikut kawasan). Untuk maklumat lanjut mengenai produk, layari: https://www.xp-pen.com/product/magic-pro-13.html
SOURCE XPPen Technology Co., Ltd.




Share this article