XPPen Raikan Ulang Tahun ke-21 dengan "DOODLE THE WORLD", Bawa Kreativiti Melangkaui Batasan
LOS ANGELES, 16 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- XPPen, jenama inovasi seni digital global yang terkemuka, dengan bangganya menyambut ulang tahun ke-21. Sempena meraikan 21 tahun memperkasakan pencipta di seluruh dunia, XPPen memperkenalkan tema tahun ini, "DOODLE THE WORLD", menerusi siri pengalaman kreatif termasuk Pertandingan Reka Bentuk Mainan Seni Global yang dianjurkan bersama XPPen dan TOP TOY, jenama mainan seni yang terkenal di peringkat global, paparan lukisan Artist Ultra 14 yang bakal dilancarkan, perbualan bersama artis, Doodle & Spin Game di laman web rasmi serta tawaran ulang tahun yang eksklusif. Menerusi inisiatif ini, XPPen menggalakkan pencipta di seluruh dunia untuk meneroka pelbagai bentuk ekspresi artistik dan berkarya tanpa batasan.
"Di XPPen, kami percaya kreativiti seharusnya tidak mengenal batasan dan juga tidak dihadkan oleh medium atau daya imaginasi," kata Brian Huang, Pengarah Pemasaran XPPen. "Selama 21 tahun, kami memperkasakan pencipta dengan penyelesaian inovatif untuk merealisasikan idea mereka. 'DOODLE THE WORLD' melambangkan kepercayaan kami bahawa inspirasi boleh mengalir bebas melalui kertas, skrin dan banyak lagi. Menerusi sambutan ulang tahun ini dan kerjasama bersama TOP TOY, kami bersatu berlandaskan kepercayaan bersama terhadap kreativiti tanpa batasan dan kuasa imaginasi, di samping menerapkan budaya kreatif yang lebih berjiwa muda dan berinspirasikan trend menerusi gabungan antara seni digital dan budaya mainan pereka."
Pertandingan Reka Bentuk Mainan Seni Global XPPen × TOP TOY
Sebagai salah satu acara kemuncak bagi sambutan ulang tahun ke-21 XPPen, XPPen bekerjasama dengan TOP TOY, jenama mainan seni global terkemuka untuk melancarkan Pertandingan Reka Bentuk Mainan Seni Global yang mengundang pencipta dari seluruh dunia untuk meneroka pelbagai kemungkinan bagi Zero, watak IP asli TOP TOY. Menerusi kerjasama ini, pencipta boleh mengubah idea mereka menjadi reka bentuk yang boleh dikumpul.
Berlangsung dari 16 Ogos hingga 16 Oktober 2026, pertandingan itu menggalakkan peserta untuk memberi makna baharu kepada Zero menerusi reka bentuk termasuk Null Shell Design, Fenix Shell Design dan Zero Figure Design. Peserta boleh mendapatkan inspirasi daripada musim dan gaya pakaian atau membangunkan tema asli mereka sendiri. Pemenang akan menerima peranti kreatif XPPen, hadiah wang tunai, kotak misteri dan X-Coins daripada XPPen Community yang boleh dimanfaatkan sebagai pemberian hadiah komuniti dan ganjaran eksklusif. Hasil ciptaan pemenang terpilih juga akan berpeluang dibangunkan menjadi mainan seni fizikal dan dijual di kedai TOP TOY di seluruh dunia. Sertai pertandingan tersebut di https://community.xp-pen.com/events/global-art-toy-design-contest?lang=en
Panel artis dan ahli profesional kreatif akan menilai penyertaan, termasuk Katun, artis grafiti Asia Tenggara yang berpengaruh; Josephine Rais, ilustrator dan pereka strategik dari Jerman; Jun Oson, ilustrator dan artis kontemporari dari Jepun; bersama-sama panel pereka kanan mainan seni TOP TOY. "Saya berharap pencipta dapat berkarya dengan berani, bukan sahaja menerusi warna, malah dengan meneroka lebih banyak kemungkinan dalam elemen halus seperti bahan dan emosi," kata Tong Liu, Pereka Kanan TOP TOY, yang merupakan salah seorang ahli juri.
Penambahan Baharu kepada Siri Artist Ultra
Meneruskan sambutan ulang tahun ke-21 XPPen, Artist Ultra 14 akan dilancarkan pada 17 Ogos. Sebagai produk terbaharu dalam Siri Artist Ultra, Artist Ultra 14 menawarkan Ultra Clear True Color dengan ketepatan dan kejelasan luar biasa dalam reka bentuk yang nipis dan mudah dibawa, sekali gus memberikan pengalaman yang fleksibel dan imersif kepada pencipta. Produk baharu itu juga akan ditawarkan sebagai salah satu hadiah dalam Pertandingan Reka Bentuk Mainan Seni Global dan permainan ulang tahun di laman web rasmi XPPen.
Meraikan Kreativiti Merentasi Medium dan Melangkaui Batasan
Bagi meneroka seterusnya tema tahun ini, XPPen mengundang artis daripada bidang kreatif yang berbeza, termasuk Chromakane, Artis Tatu, dan Marina Esmeraldo, Artis Pelbagai Disiplin, untuk berkongsi perjalanan kreatif serta interpretasi mereka terhadap "DOODLE THE WORLD". Menerusi perbualan ini, XPPen memperlihatkan bagaimana aktiviti melukis boleh dilakukan merentasi medium yang berbeza dan persekitaran kreatif, sekali gus memberi inspirasi kepada semua untuk menikmati kebebasan berkarya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Selain perbualan mengenai seni, semua pihak diundang untuk menyertai permainan ulang tahun di laman web rasmi XPPen. Peserta boleh menyertai 21-Day Doodle Journey dan memutar roda untuk memenangi hadiah. Kedai dalam talian rasmi XPPen akan turut memperkenalkan tawaran ulang tahun global dengan memberikan diskaun sehingga 50% bagi produk terpilih.
Berlandaskan inovasi selama 21 tahun, XPPen akan terus memperkasakan pencipta dan memajukan seni digital. XPPen akan turut mempamerkan inovasi terkini serta produk akan datang di IFA 2026, termasuk produk baharu yang akan diperkenalkan sebelum pelancaran rasminya. Butiran lanjut akan diumumkan di IFA 2026.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.xp-pen.com/21st-anniversary-celebration.html
SOURCE XPPen Technology Co., Ltd.
Share this article