Zendure Perkenal Agentic HEMS pada IFA 2026: "Hab Tenaga Rumah Era AI"
Zendure membawa sistem tenaga rumah melangkaui penjadualan AI kepada kecerdasan peringkat sistem yang mampu meramal, merancang dan bertindak sendiri — dikuasakan oleh model ramalan ZenPulse proprietari, ZENKI™ AI Agents dan platform Zen+OS terbuka.
BERLIN, 3 September 2026 /PRNewswire/ -- Zendure, pelopor global dalam sistem pengurusan tenaga rumah jenis pasang masuk, hari ini memperkenalkan visinya untuk "The Home Energy Hub of the AI Era" ("Hab Tenaga Rumah Era AI") menjelang IFA 2026. Pada pameran itu, syarikat akan memperkenalkan Agentic HEMS, satu lonjakan peringkat sistem yang membawa rumah pintar melangkaui penjadualan AI secara sekali sahaja kepada sistem tenaga rumah yang mampu meramal, merancang dan bertindak secara autonomi. Pengunjung boleh merasai sendiri teknologi itu di Dewan 2.2, Gerai Pameran 124, mulai 4 hingga 8 September.
Daripada Penjadualan AI kepada Agentic HEMS
Tenaga rumah telah memasuki era yang memerlukan penyelarasan pelbagai sumber tenaga dan pelbagai peranti secara masa nyata. Penjanaan tenaga solar, bateri, kenderaan elektrik (EV), pam haba, tarif elektrik dinamik dan beban isi rumah semakin saling berhubung, manakala sistem perlu mengimbangi penjimatan, keselesaan, jangka hayat bateri dan keselamatan secara serentak. Penjadualan AI tradisional hanya menentukan apa yang perlu dicas atau dinyahcas pada ketika itu, yang tidak lagi mencukupi untuk pengurusan tenaga jangka panjang yang benar-benar autonomi.
Agentic HEMS ialah penyelesaian daripada Zendure terhadap cabaran tersebut. Daripada sekadar menambah satu lagi ciri AI, Agentic HEMS mengubah sistem tenaga rumah menjadi ejen pintar yang mengesan persekitarannya, meramal apa yang akan berlaku seterusnya, memahami keperluan isi rumah, merancang lebih awal, bertindak sendiri dan belajar daripada setiap hasil yang diperoleh. Sistem itu dibangunkan berasaskan tiga lapisan yang berfungsi secara bersepadu: ZenPulse, model siri masa berskala besar proprietari yang meramalkan penjanaan fotovolta (PV), harga, beban dan cuaca. ZENKI™ AI Agents, yang menterjemahkan ramalan tersebut kepada keputusan dan tindakan merangkumi penjimatan, keselesaan, jangka hayat bateri dan keselamatan. Zen+OS pula merupakan platform terbuka yang menghubungkan keputusan tersebut merentasi keseluruhan rumah.
Ekosistem Terbuka yang Terus Berkembang
Keterbukaan menjadi aspek teras platform tersebut. Zen+OS dibangunkan berasaskan API terbuka dan ekosistem terbuka, yang membolehkan pengguna, pembangun, pemasang dan rakan kongsi membangunkan strategi tenaga mereka sendiri. Pada masa ini, platform itu berintegrasi dengan platform rumah pintar terkemuka termasuk MQTT, Home Assistant dan Homey, menyokong lebih 90% beban isi rumah yang lazim, serta berhubung dengan lebih 870 penyedia tenaga di seluruh Eropah yang memberikan perkhidmatan kepada lebih 150 juta pengguna serta serasi dengan lebih 5,000 model pam haba, penyongsang solar atas bumbung utama dan pengecas EV terkemuka. Selain integrasi terbuka ini, Zendure turut menawarkan ZenWave™, iaitu tarif elektrik dinamiknya sendiri, supaya sistem dapat membeli tenaga elektrik secara automatik apabila harga berada pada paras terendah.
Menerusi Agentic HEMS, Zendure menyasarkan untuk mentakrifkan kategori baharu bagi industri ini: tenaga rumah yang bukan sekadar bertindak balas, tetapi berfikir lebih awal. Ramal. Buat keputusan. Bertindak. Secara automatik.
Di Ruang Pameran IFA 2026
Di ruang pameran, Zendure akan mempersembahkan ZEN + Home living facade, visi seluruh rumah bagi tenaga pintar yang berteraskan tiga produk:
- Siri SolarFlow Mix — rangkaian storan jenis pasang masuk untuk seluruh rumah daripada Zendure yang menggandingkan kapasiti dan kuasa tahap storan rumah dengan ciri kemudahan jenis pasang masuk, menskalakan secara modular daripada satu unit ke arah kapasiti seluruh rumah.
- PowerHub — gerbang pusat ekosistem yang menyelaraskan beberapa unit SolarFlow Mix, PV atas bumbung, pengecas EV dan pam haba menjadi satu sistem untuk seluruh rumah dengan sandaran bertaraf UPS.
- Siri SolarFlow 2400 — tahap storan balkoni dan naik taraf Zendure yang kompak, pasang-dan-pakai bagi pemasangan yang pantas dan rendah halangan.
Apabila diintegrasikan dengan PowerHub, siri SolarFlow Mix memperlihatkan pengurusan tenaga untuk seluruh rumah secara langsung, bersama-sama siri SolarFlow 2400. Zendure juga akan memperluas penggunaan tenaga bersih dari rumah ke jalan raya menerusi pengalaman Eco-Mobility, yang menampilkan basikal Zendure Cargo "RangeFlow" dan pengecasan EV pintar menggunakan kotak pengecas dinding pintar EVFlow AC Series. Kedua-duanya diintegrasikan dengan HEMS 2.0, supaya keluarga dapat menggerakkan e-basikal dan EV dengan tenaga yang dijana di rumah. Menerusi gabungan antara RangeFlow dan pengecasan EV pintar, Zendure melengkapkan secara rasmi kitaran tenaga bersihnya yang merangkumi penjanaan, storan dan penggunaan. Pengunjung boleh memilih sama ada untuk menunggang uji Cargo di IFA Mobility Track (Gerai Pameran MT-113) atau menyertai permainan E-cargo yang interaktif di reruai utama.
Latar Belakang Zendure
Didorong oleh matlamat kami untuk mempercepat masa depan yang lestari, Zendure ialah pelopor global dalam HEMS jenis pasang masuk. Dengan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta operasi yang merangkumi hab teknologi utama seperti Silicon Valley dan Kawasan Teluk Besar, selain Jepun dan Jerman, visi kami adalah untuk menjadi "The Home Energy Hub of the AI Era" ("Hab Tenaga Rumah Era AI"). Misi Zendure adalah untuk memperkasakan setiap isi rumah di seluruh dunia dengan kebebasan sepenuhnya terhadap kawalan tenaga. Kami merealisasikan matlamat ini menerusi ekosistem SolarFlow—menggabungkan storan modular, pengurusan kuasa pintar dan input solar yang fleksibel. Dengan keupayaan untuk berkembang dengan lancar daripada storan pasang-dan-pakai serta naik taraf kepada pengurusan tenaga seluruh rumah, SolarFlow memaksimumkan penggunaan sendiri, mengurangkan kebergantungan kepada grid serta memastikan kuasa sandaran yang andal.
Ekosistem ini dikuasakan oleh Agentic HEMS daripada Zendure, sistem berlapis yang mengintegrasikan perkakasan, perisian, model prediktif dan ejen pintar. Dengan memanfaatkan data penggunaan tenaga, solar, cuaca dan penentuan harga dinamik, sistem ini mengautomasikan keputusan tenaga dalam aspek storan, penggunaan dan pembelian. Pada akhirnya, platform pintar ini mengoptimumkan kecekapan tenaga, mengalihkan beban kepada tempoh kos lebih rendah dan mengurangkan kos elektrik dengan ketara.
SOURCE Zendure
Share this article