AICB MENGHIMPUNKAN LEBIH 1,000 PEMIMPIN PERBANKAN DAN AUDIT BAGI MEMPERKASAKAN AI YANG DIPERCAYAI, TADBIR URUS DAN BAKAT BERSEDIA MASA HADAPAN
KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Julai 2026 /PRNewswire/ -- Seiring sektor kewangan Malaysia meneruskan transformasi di bawah Pelan Induk Sektor Kewangan, institusi perbankan giat mempercepatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) sambil mengharungi landskap kawal selia yang semakin berkembang, risiko siber, peralihan iklim serta ketidaktentuan geopolitik. Perkembangan ini menekankan keperluan institusi perbankan untuk beralih daripada sekadar mengguna pakai AI kepada pelaksanaan AI yang dipercayai, disokong oleh tadbir urus, jaminan, daya tahan dan bakat yang lebih kukuh serta bersedia menghadapi masa hadapan.
Bagi menangani keutamaan ini, Persidangan Perbankan Malaysia Ke-4 (MBC 4.0) dan Persidangan Audit Bank Ke-2 (BAC 2.0) anjuran Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) telah menghimpunkan lebih 1,000 pemimpin sektor perbankan, audit dan kawal selia untuk membincangkan bagaimana industri dapat membina kepercayaan dan daya tahan sambil memanfaatkan sepenuhnya potensi AI. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, serta Dato' Seri Abdul Rasheed Ghaffour, Gabenor Bank Negara Malaysia.
Dianjurkan oleh Chief Internal Auditors Networking Group (CIANG) AICB, The Association of Banks in Malaysia (ABM) dan Asian Banking School (ABS), kedua-dua persidangan ini berlangsung di bawah satu platform dengan tema masing-masing, Banking Reimagined: AI, Trust and the Future of Finance dan Audit Reimagined: Innovation, Trust and the Future of Assurance. Perbincangan sepanjang persidangan memberi tumpuan kepada peranan penting AI, tadbir urus, keselamatan siber, kemampanan dan transformasi tenaga kerja dalam membentuk masa depan sektor perbankan serta fungsi jaminan.
Satu pencapaian penting pada persidangan ini ialah pelancaran laporan AICB-Ecosystm AI in Practice: How Malaysia's Banks & DFIs are Adopting and Governing AI, yang dibangunkan hasil kerjasama antara AICB, Ecosystem dan Chief Risk Officers' Forum AICB. Berdasarkan maklum balas daripada hampir 90 pemimpin kanan daripada bank perdagangan, bank digital dan institusi kewangan pembangunan di Malaysia, laporan ini menyediakan penanda aras industri yang menyeluruh mengenai penggunaan AI, tahap kesiapsiagaan organisasi serta amalan tadbir urus dalam sektor perbankan Malaysia.
Laporan tersebut mendapati bahawa AI kini telah digunakan dalam pelbagai bidang seperti proses Know Your Customer (KYC), pengesanan penipuan, Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT), serta peningkatan produktiviti pekerja. Walau bagaimanapun, hanya 25% daripada responden menyatakan mereka mempunyai keyakinan yang mencukupi terhadap output yang dijana AI untuk digunakan dalam membuat keputusan perniagaan yang penting. Dapatan ini menunjukkan industri kini sedang melalui peralihan penting daripada fasa eksperimen AI kepada pelaksanaan pada skala yang lebih bertanggungjawab, dengan kepercayaan, tadbir urus dan jaminan muncul sebagai pemacu utama kejayaan jangka panjang.
YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, yang menyampaikan ucaptama khas menteri berkata, "Rangka Kerja Tadbir Urus AI yang dibangunkan oleh Forum Ketua Pegawai Risiko AICB, dengan sokongan BNM serta pengiktirafan daripada Persatuan Bank-Bank di Malaysia, mencerminkan jenis inisiatif yang diterajui oleh industri yang amat diperlukan oleh sektor perbankan pada hari ini. Ia bukanlah satu arahan daripada kerajaan tentang bagaimana bank perlu mengguna pakai AI. Sebaliknya, ia memperlihatkan industri perbankan sendiri mengambil inisiatif untuk menetapkan piawaian, prinsip dan tanggungjawabnya. Di situlah lahirnya kepercayaan, dibina dari dalam sistem itu sendiri, bukannya sekadar dikenakan dari luar."
Dalam ucaptama pembukaan beliau, Dato' Seri Abdul Rasheed Ghaffour, Gabenor Bank Negara Malaysia berkata, "Inovasi bukan sekadar mengenai penggunaan teknologi, malah turut melibatkan kepimpinan dan tadbir urus bagi memastikan sistem kewangan yang kita bina terus diyakini serta kekal berteraskan keperluan masyarakat."
Dalam ucapan alu-aluannya, Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi AICB berkata, "Seiring industri perbankan mengguna pakai AI dan teknologi baharu muncul, pelaburan berterusan dalam pembangunan bakat dan kecemerlangan profesional amat penting untuk membina institusi yang berdaya tahan serta mengekalkan keyakinan awam. Melengkapkan profesional perbankan dengan keupayaan yang tepat akan membolehkan industri merebut peluang masa hadapan dan mengurus risiko baharu dengan lebih yakin."
Kesiapsiagaan tenaga kerja turut menjadi satu lagi keutamaan utama sepanjang persidangan, mencerminkan kesan AI dan transformasi digital terhadap masa depan dunia pekerjaan. Menurut Future of Jobs Report 2025 oleh World Economic Forum, hampir 39% daripada kemahiran teras pekerja dijangka berubah menjelang tahun 2030, didorong terutamanya oleh AI, automasi dan teknologi digital. Melengkapi dapatan global ini, tinjauan AICB yang dijalankan pada Julai 2025 melibatkan 99 institusi kewangan dengan kadar respons sebanyak 68% mendapati bahawa 67% institusi kewangan menganggap tenaga kerja mereka berada pada tahap kecekapan sederhana dalam memenuhi keperluan kemahiran masa hadapan. Tinjauan tersebut turut mengenal pasti bahawa risikan ancaman keselamatan siber merupakan bidang yang paling ketara berdepan kekurangan bakat, diikuti oleh sains data.
Persidangan ini turut mengukuhkan komitmen AICB dalam melahirkan profesional perbankan yang bersedia menghadapi masa hadapan melalui inisiatif seluruh industri seperti Future Skills Framework (FSF) dan FSF Xcel. Dibangunkan dengan kerjasama pihak berkepentingan industri, FSF mengenal pasti keupayaan dan kompetensi kritikal yang diperlukan bagi menyokong masa depan sektor perbankan, di samping memperkukuh daya tahan, daya saing dan kebolehpercayaan sektor kewangan Malaysia untuk jangka panjang.
Ketika institusi perbankan di seluruh rantau berhadapan dengan cabaran yang sama berkaitan tadbir urus AI, daya tahan siber, risiko iklim dan kesiapsiagaan bakat, MBC 4.0 dan BAC 2.0 anjuran AICB telah menjadi pemangkin kepada dialog strategik, kerjasama rentas industri serta perkongsian perspektif berpandangan jauh. Persidangan ini membolehkan sektor kewangan Malaysia menangani isu-isu kritikal, memperkukuh standard profesional dan membangunkan penyelesaian praktikal bagi menghadapi landskap kewangan global yang semakin kompleks.
Sebagai badan profesional terkemuka bagi sektor perbankan Malaysia, AICB kekal komited dalam memajukan kecemerlangan pendidikan profesional perbankan, membangunkan generasi baharu bakat perbankan serta memupuk kepimpinan pemikiran yang menyokong sektor kewangan yang inovatif, berdaya saing dan dipercayai.
– Tamat –
About Asian Institute of Chartered Bankers
AICB is Malaysia's premier professional body for the banking industry, governed by a council comprising representatives from Bank Negara Malaysia (BNM), The Association of Banks in Malaysia (ABM) and the Malaysian Investment Banking Association (MIBA). With over 39,000 members, our mission is to elevate banking standards by developing professionals who exemplify integrity, expertise and competence.
As the exclusive institute in Malaysia authorised by the UK's Chartered Banker Institute, we confer the prestigious Chartered Banker status. AICB collaborates with industry leaders to ensure our qualifications remain relevant, equipping bankers with the skills needed to thrive in the dynamic banking sector.
Our commitment goes beyond education, offering members opportunities for growth through innovative learning, advocacy for professionalism, thought leadership and valuable networking initiatives.
For more information on AICB, please visit www.aicb.org.my
SOURCE The Asian Institute of Chartered Bankers (AICB)
Share this article