Daripada Pengembangan Skala kepada Pertumbuhan Berteraskan Kualiti: MIXUE Malaysia Memperkukuh Pembangunan Jangka Panjang Melalui "Keselamatan dan Kualiti"
KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 September 2026 /PRNewswire/ -- Baru‑baru ini, MIXUE Malaysia mengumumkan komitmennya untuk terus memperkukuh pelaburan di Malaysia dalam aspek kualiti produk, rantaian sejuk, operasi kedai, pemerkasaan rakan francais serta penyetempatan jenama. Dengan pendekatan pertumbuhan yang lebih stabil, MIXUE berhasrat untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan kualiti operasi kedai, di samping bekerjasama dengan rakan francais tempatan, warga kerja serta rakan komuniti di Malaysia bagi mendorong pembangunan jangka panjang yang mampan.
Dalam Taklimat Prestasi Pertengahan Tahun 2026 Kumpulan MIXUE yang diadakan baru‑baru ini, pihak pengurusan Kumpulan menyatakan bahawa seiring dengan perubahan skala perniagaan dan landskap industri, MIXUE telah memasuki kitaran pelaburan baharu. Fokus pembangunan kini beralih daripada "pertumbuhan dan pengembangan" kepada "keselamatan dan kualiti", dengan pembangunan keupayaan jangka panjang tertumpu pada tiga bidang utama, iaitu rantaian bekalan, operasi kedai dan IP jenama. Hala tuju strategik ini juga sedang dipercepatkan pelaksanaannya di Malaysia.
Bersama Rakan Francais, Meningkatkan Prestasi Operasi
Sejak sekian lama, MIXUE Malaysia komited untuk berkembang bersama ekosistem perniagaan tempatan menerusi kerjasama dengan rakan francais, peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan, latihan operasi serta pembangunan keupayaan pengurusan.
Sehingga Februari 2026, MIXUE Malaysia telah bekerjasama dengan lebih 300 pemilik kedai tempatan, dengan 93.19% daripada rakan francaisnya terdiri daripada warganegara Malaysia. Pada masa yang sama, MIXUE Malaysia menyediakan kira‑kira 2,900 peluang pekerjaan secara langsung di Malaysia dan telah memberi latihan berkaitan operasi kedai serta kemahiran kepada lebih 4,000 warga kerja tempatan.
Seiring dengan peralihan fokus daripada pengembangan berskala besar kepada peningkatan kualiti operasi, MIXUE Malaysia akan terus memperkukuh sokongan kepada rakan francais dan kedai sedia ada. Melalui latihan yang lebih tersusun, piawaian operasi yang lebih jelas serta maklum balas data yang lebih pantas dan relevan, MIXUE Malaysia berhasrat membantu rakan tempatan membina keupayaan operasi yang lebih kukuh dan mampan untuk jangka panjang.
Pada masa yang sama, MIXUE Malaysia akan terus memperkukuh usaha pematuhan halal dengan memastikan setiap keperluan berkaitan bahan mentah, penyediaan produk dan operasi kedai dipatuhi dengan teliti. Usaha untuk memperluas rangkaian kedai yang memperoleh Pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga akan diteruskan bagi memenuhi keperluan pelanggan di Malaysia dengan lebih baik.
Berpegang Teguh pada "Kualiti Dipertingkat, Harga Kekal Berpatutan"
Berikutan peningkatan pelaburan dalam rantaian bekalan, rantaian sejuk, bahan mentah dan operasi kedai, Kumpulan MIXUE menegaskan bahawa prinsip "Kualiti Dipertingkat, Harga Kekal Berpatutan" akan terus menjadi antara komitmen strategik jangka panjang Kumpulan.
Kos daripada usaha peningkatan kualiti tidak akan dipindahkan secara langsung kepada pelanggan atau rakan francais. Sebaliknya, MIXUE akan menguruskannya secara berperingkat melalui peningkatan kecekapan rantaian bekalan, manfaat daripada skala operasi yang lebih besar serta pengukuhan operasi digital. Pendekatan ini memastikan usaha meningkatkan kualiti terus selari dengan nilai "kualiti tinggi pada harga berpatutan" yang dibawa oleh MIXUE, sekali gus memperkukuh komitmen tersebut untuk jangka panjang.
Sepanjang hampir tiga dekad, MIXUE terus berpegang pada prinsip "Kualiti Dipertingkat, Harga Kekal Berpatutan" — daripada menambah baik bahan yang digunakan dalam setiap minuman dan memilih bahan mentah yang lebih berkualiti, sehinggalah membangunkan sistem rantaian bekalan yang menyeluruh merangkumi pengeluaran, pergudangan, logistik dan operasi kedai.
Bagi MIXUE Malaysia, "kualiti tinggi pada harga berpatutan" bukan sekadar soal harga. Ia juga merupakan komitmen jangka panjang untuk terus memperkukuh keupayaan dalam pelbagai aspek, agar lebih ramai pelanggan di Malaysia dapat menikmati produk dan perkhidmatan yang selamat, konsisten dan semakin berkualiti pada harga yang berpatutan.
Memperkukuh Kehadiran IP Snow King dalam Budaya Tempatan Malaysia
Seiring dengan usaha meningkatkan kualiti produk dan pengalaman di kedai, Kumpulan MIXUE turut memberi tumpuan kepada kualiti kandungan serta pembangunan IP jenama sebagai antara bidang pelaburan utama dalam tempoh tiga tahun mendatang. Snow King kini berkembang daripada sekadar simbol jenama kepada sebuah IP budaya global yang mempunyai kandungan, penceritaan dan komuniti peminat tersendiri.
Di Malaysia, MIXUE Malaysia terus membentuk identiti Snow King yang lebih dekat dengan masyarakat tempatan dengan menggabungkan elemen budaya Malaysia dalam pelbagai inisiatif dan kandungan jenama.
Pada Ogos 2026, MIXUE Malaysia menganjurkan acara kebudayaan "WAU Bersama Snow King" di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, yang mengetengahkan gabungan IP Snow King dengan warisan WAU tradisional Malaysia. Acara ini menarik penyertaan lebih 500 orang awam dan berjaya mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records bagi kategori "Most Participants in a Wau Making Event".
Selain itu, MIXUE Malaysia terus mendekati masyarakat tempatan menerusi pelbagai aktiviti bersempena Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kebangsaan. MIXUE Malaysia juga aktif bersama komuniti melalui program kampus, aktiviti kemasyarakatan, bantuan bencana serta program berkaitan budaya dan kebajikan. Sebelum ini, MIXUE Malaysia turut menyumbang RM100,000 bagi menyokong pembinaan Memorial Nan Qiao Ji Gong di Sarawak, sebagai sebahagian daripada komitmen dalam memelihara warisan sejarah dan budaya tempatan.
Kesemua usaha ini mencerminkan pendekatan MIXUE Malaysia terhadap "kualiti kandungan". Bagi MIXUE Malaysia, penyetempatan jenama bukan sekadar menyesuaikan produk atau bahasa pemasaran, tetapi juga melibatkan penghormatan terhadap budaya tempatan, keterlibatan yang lebih dekat dengan komuniti serta penciptaan kandungan budaya yang mempunyai nilai jangka panjang bersama masyarakat setempat.
Terus Bertapak Kukuh di Malaysia, Membina Asas untuk Pertumbuhan Jangka Panjang
Bagi tiga tahun akan datang, MIXUE akan terus memperkukuh sistem rantaian sejuk dan pengurusan kualiti, memperluas latihan untuk rakan francais serta warga kerja tempatan, meningkatkan kualiti operasi kedai dan pematuhan halal, di samping meneruskan pelbagai program budaya dan komuniti yang dekat dengan masyarakat Malaysia.
Pengurus Besar MIXUE Malaysia, Wang Wei Long, berkata, "Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dan komuniti, serta mempunyai pasaran pengguna yang dinamik. MIXUE komited untuk terus berkembang dan membina kehadiran jangka panjang di Malaysia. Bagi kami, ia bukan sekadar tentang mengendalikan kedai, tetapi juga berkembang bersama rakan francais tempatan, warga kerja, pelanggan dan komuniti.
Daripada peningkatan produk dan rantaian bekalan, pemerkasaan operasi kedai, hinggalah kerjasama dengan rakan tempatan, pertukaran budaya dan penglibatan komuniti, MIXUE Malaysia akan terus menjadikan "keselamatan dan kualiti" sebagai keutamaan dalam setiap aspek operasi. Pada masa yang sama, MIXUE Malaysia akan terus berpegang pada komitmen jangka panjang "Kualiti Dipertingkat, Harga Kekal Berpatutan", sambil bekerjasama dengan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia untuk membawa lebih banyak kelazatan, kegembiraan, peluang dan harapan."
SOURCE MIXUE Group
Share this article