HMI Medical Perkenal Identiti Jenama Baharu di Seluruh Kemudahan Penjagaan Kesihatannya di Malaysia Seiring Pertumbuhan Penjagaan Kesihatan Rentas Sempadan Serantau
Identiti diperbaharui bagi hospital dan pusat perubatan HMI Medical di Malaysia mencerminkan komitmen Kumpulan untuk merealisasikan matlamat lebih prihatin, lebih bermakna dengan menyemarakkan perubahan demi masa depan penjagaan kesihatan
SINGAPURA dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- HMI Medical memperkukuh rangkaian penjagaan kesihatan serantaunya dengan memperkenalkan identiti jenama diperbaharui bagi hospital tertiarinya di Johor dan Melaka. Menampilkan HMI Spark serta warna jenama hijau dan biru yang menjadi identiti Kumpulan, identiti yang diperbaharui ini memperkukuh hubungan hospital-hospital tersebut dengan HMI Medical, di samping memanfaatkan warisan penjagaan kesihatan selama lebih tiga dekad serta kepercayaan yang telah dibina bersama pesakit dan rakan kongsi. Penyelarasan ini memantapkan pengiktirafan jenama Kumpulan dalam kalangan pesakit dan rakan kongsi, sekali gus menyediakan asas yang lebih kukuh bagi rancangan pengembangan hospital serta pertumbuhan serantau HMI Medical yang berterusan.
Pusat Penjagaan Perubatan Regency di Mid Valley Southkey di Johor, kini memaparkan logo HMI Spark
Hospital Pakar Regency di Johor kini memaparkan logo HMI Spark
Pembangunan blok baharu Hospital Pakar Mahkota di Melaka kini memaparkan logo HMI Spark
Hospital Pakar Mahkota di Melaka kini memaparkan logo HMI Spark
Menyemarakkan perubahan melalui empat keutamaan bagi membentuk masa depan penjagaan kesihatan
HMI Spark melambangkan aspirasi HMI Medical untuk merealisasikan matlamat More with Care(Lebih Prihatin, Lebih Bermakna) dengan menggabungkan empat elemen penting penjagaan yang menyeluruh: fizikal, mental, sosial dan diperibadikan. Elemen-elemen ini mencerminkan komitmen Kumpulan untuk menjaga kesihatan fizikal individu, memahami keperluan mental dan emosi mereka, memperibadikan penjagaan mengikut setiap individu serta menjalin hubungan dengan komuniti di tempat mereka tinggal.
Dibentuk daripada empat siku keluang (chevron) "lebih besar daripada" yang bertemu, Spark melambangkan aspirasi HMI Medical untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang berbeza dengan terus berinovasi bagi mewujudkan kaedah yang lebih baik untuk setiap pesakit. Aspirasi ini diterjemahkan melalui empat keutamaan:
1. More expertise (Kepakaran yang lebih mendalam): Memperkukuh keupayaan klinikal, pengetahuan kepakaran dan teknologi perubatan bagi menyediakan penjagaan berkualiti tinggi yang diperibadikan.
2. More ways to care (Penjagaan yang memahami keperluan anda): Memperluas perkhidmatan, bidang kepakaran dan persekitaran penjagaan bagi memenuhi pelbagai keperluan penjagaan kesihatan, daripada pencegahan hingga rawatan dan pemulihan.
3. More connected experiences (Pengalaman penjagaan yang lebih bersepadu): Menghubungkan kepakaran, perkhidmatan dan persekitaran penjagaan bagi mewujudkan perjalanan penjagaan kesihatan yang lebih terselaras dan lebih mudah dilalui oleh pesakit.
4. More trusted care within reach (Mendekatkan akses penjagaan yang dipercayai kepada anda): Menjadikan penjagaan kesihatan berkualiti lebih mudah diakses dan mampu milik, sekali gus memberikan keyakinan yang lebih tinggi kepada individu dan keluarga dalam membuat pilihan penjagaan mereka.
Cik Chin Wei Jia, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HMI Medical, berkata identiti yang diperbaharui ini mencerminkan tindak balas Kumpulan terhadap peningkatan permintaan penjagaan kesihatan rentas sempadan, yang didorong oleh pertumbuhan penduduk serta kesalinghubungan yang semakin kukuh antara Singapura, Malaysia dan Indonesia. Beliau menambah, "HMI Spark melambangkan komitmen kami untuk memacu perubahan bermakna dalam penjagaan kesihatan dan mewujudkan pengalaman yang lebih baik untuk pesakit. Penyatuan hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan kami di bawah satu identiti bersama memudahkan pesakit untuk mengenali bahawa di mana-mana sahaja mereka menerima penjagaan daripada HMI Medical, mereka merupakan sebahagian daripada satu rangkaian dipercayai yang disatukan oleh komitmen yang sama terhadap kualiti dan penjagaan. Langkah ini turut mencerminkan aspirasi kami untuk bekerjasama sebagai satu Kumpulan bagi menyemarakkan perubahan positif demi masa depan penjagaan kesihatan."
Menjadi lebih prihatin, lebih bermakna di seluruh rantau
Di samping logo yang diperbaharui, Pusat Perubatan Mahkota (yang sebelum ini dikenali sebagai Mahkota Medical Centre) akan dinamakan semula Hospital Pakar Mahkota (Mahkota Specialist Hospital) ("Mahkota"). Nama baharu ini menekankan evolusinya sepanjang lebih tiga dekad, dengan keupayaan kepakaran dan subkepakaran yang mendalam, penjagaan pelbagai disiplin serta teknologi perubatan termaju. Nama tersebut turut memperkukuh kedudukan Mahkota sebagai hospital tertiari komprehensif yang memberikan perkhidmatan kepada pesakit dari Melaka dan seluruh rantau ini. Dengan pembangunan blok hospital baharu yang sedang dilaksanakan, Mahkota dijangka menjadi hospital swasta terbesar di Melaka menjelang 2029, dengan jumlah kapasiti sehingga 430 katil.
Ditubuhkan pada 2009, Hospital Pakar Regency (Regency Specialist Hospital) ("Regency") akan terus memperluas keupayaan klinikalnya dan memantapkan kedudukannya untuk fasa pertumbuhan yang seterusnya bagi menjadi hospital swasta terbesar dengan jumlah kapasiti sehingga 500 katil di Malaysia Selatan, berserta bangunan tambahannya yang baru siap, dilengkapi dengan pusat kanser komprehensif, wad pintar generasi akan datang serta perkhidmatan pakar yang dipertingkat.
Dilancarkan pada 2024, Pusat Penjagaan Perubatan Regency (Regency Medical Care Centre) ("RMCC") juga akan mengekalkan nama sedia ada ketika ia terus meningkatkan keupayaannya untuk menjadi hab penjagaan kesihatan sehenti yang mudah diakses, dengan menyediakan perkhidmatan penjagaan pesakit luar kepada pesakit di seluruh rantau ini. Penambahan yang dirancang termasuk pembedahan harian, endoskopi dan perkhidmatan pesakit luar lain yang akan dilancarkan bagi menyediakan perjalanan penjagaan pesakit yang sangat terhubung antara hospital dengan pusat perubatan tersebut.
HMI Medical juga akan berkembang ke Malaysia Timur melalui Hospital Pakar Regency Kuching (Regency Specialist Hospital Kuching), sebuah hospital tertiari SMART berkapasiti 300 katil yang dijangka dibuka pada 2029.
Ketika HMI Medical memperluas kemudahan penjagaan kesihatan, perkhidmatan klinikal dan keupayaan teknologinya, tenaga kerjanya kekal sebagai teras bagi penjagaan kesihatan. Kumpulan melabur sebanyak RM50 juta dalam tempoh lima tahun melalui Dana Pembangunan Tenaga Kerja Kesihatan HMI Malaysia 2030 (HMI Malaysia Healthcare Workforce 2030 Fund) bagi menyokong biasiswa, tajaan pendidikan dan penempatan latihan klinikal, sekali gus melengkapkan tenaga profesional penjagaan kesihatan dengan kemahiran serta pengalaman untuk memberikan penjagaan berkualiti dan memenuhi keperluan pesakit di Malaysia serta seluruh rantau ini.
Membentuk perbatasan seterusnya bagi penjagaan rentas sempadan
Pengembangan Hospital Pakar Mahkota, Hospital Pakar Regency dan Pusat Penjagaan Perubatan Regency, serta pembangunan Hospital Pakar Regency Kuching mencerminkan pelaburan jangka panjang HMI Medical dalam keupayaan klinikal, pengalaman pesakit dan akses kepada penjagaan pakar serta tertiari, sekali gus menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi hab penjagaan kesihatan serantau yang terkemuka.
Pada 2024, Malaysia menerima lebih 1.6 juta pelancong penjagaan kesihatan, yang menjana hasil kira-kira RM2.7 bilion.[1] Mencerminkan peranan HMI Medical yang telah lama memenuhi keperluan penjagaan kesihatan rentas sempadan, hospital-hospitalnya di Johor dan Melaka telah mendapat kelulusan untuk penggunaan MediSave di luar negara sejak 2010. Hospital-hospital tersebut kekal sebagai satu-satunya hospital swasta di negeri masing-masing yang mempunyai kelulusan ini, membolehkan Warganegara dan Penduduk Tetap Singapura yang layak menggunakan simpanan MediSave mereka bagi kemasukan ke hospital dan pembedahan harian yang diluluskan, tertakluk pada syarat-syarat yang berkuat kuasa.[2]
Encik Stanley Lam, Ketua Pegawai Eksekutif HMI Malaysia, berkata penjagaan kesihatan rentas sempadan membentuk semula peranan Malaysia sebagai hab penjagaan kesihatan serantau. "Dengan melabur dalam keupayaan klinikal, infrastruktur, teknologi dan bakat penjagaan kesihatan, kami berhasrat untuk memperkukuh penjagaan bagi komuniti tempatan yang kami berikan perkhidmatan, di samping memenuhi permintaan serantau yang semakin meningkat. Mahkota dan Regency telah membina reputasi yang kukuh dalam pasaran masing-masing, termasuk dalam kalangan pesakit antarabangsa. Dengan identiti bersama yang lebih kukuh serta pelaburan berterusan dalam keupayaan kami, kami berada pada kedudukan yang baik untuk membangunkan lagi asas ini dan memperluas jangkauan kami di seluruh rantau ini."
Seiring dengan perkembangan keperluan penjagaan kesihatan dan kecenderungan pesakit yang semakin meningkat untuk mendapatkan penjagaan merentasi sempadan negara, Kumpulan akan terus memanfaatkan pengalaman serantaunya bagi membantu membentuk masa depan penjagaan kesihatan di rantau ini, dengan penjagaan berkualiti yang lebih mudah diakses, bersepadu dan diperibadikan untuk komuniti yang mendapat perkhidmatannya.
TAMAT
Latar Belakang HMI Medical
Ditubuhkan dan beribu pejabat di Singapura, HMI Medical ialah kumpulan penjagaan kesihatan serantau terkemuka dengan pengalaman lebih tiga dekad dalam penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan di seluruh Asia Tenggara. Kumpulan ini mengendalikan ekosistem penjagaan kesihatan bersepadu merentasi Singapura, Malaysia, Indonesia dan Vietnam, yang merangkumi penjagaan terurus, penjagaan primer, penjagaan pakar, diagnostik, penjagaan ambulatori, hospital tertiari dan latihan penjagaan kesihatan. HMI Medical menyokong lebih 4 juta individu setiap tahun, dengan lebih 400 doktor dan 3,000 pekerja. Kumpulan ini komited untuk menjadikan penjagaan kesihatan berkualiti lebih mudah diakses melalui penjagaan bersepadu yang berteraskan pesakit di seluruh rantau ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hmimedical.com
Latar Belakang logo (The HMI Spark)
Teras identiti jenama HMI Medical ialah HMI Spark yang dibentuk daripada empat siku keluang (chevron) "lebih besar daripada" yang bertemu, melambangkan aspirasi Kumpulan untuk melangkaui penjagaan kesihatan konvensional. Spark menggabungkan empat elemen penting bagi penjagaan menyeluruh — fizikal, mental, sosial dan diperibadikan — mencerminkan komitmen HMI Medical untuk menjaga kesejahteraan individu secara menyeluruh. Ia turut melambangkan janji Kumpulan untuk merealisasikan matlamat More with Care (Lebih Prihatin, Lebih Bermakna), yang diterjemahkan melalui empat keutamaan: Kepakaran yang lebih mendalam, Penjagaan yang memahami keperluan anda, Pengalaman penjagaan yang lebih bersepadu dan Mendekatkan akses penjagaan yang dipercayai kepada anda. Siku keluang berwarna biru mencerminkan kepercayaan yang dibina selama bertahun-tahun, berkembang menjadi platform penjagaan kesihatan bersepadu yang menghubungkan perkhidmatan dan kepakaran di Singapura dan Malaysia. Siku keluang berwarna hijau pula menghubungkan HMI Medical dengan warisan penjagaan kesihatannya yang kaya, di samping melambangkan komitmennya terhadap masa depan penjagaan kesihatan yang mampan.
Share this article