HMI Medical Perkukuh Keupayaan Diagnostik Sokong Peralihan Singapura Bagi Penjagaan di Luar Hospital
Menerusi penambahan Lifescan Imaging, HMI Medical kini mengendalikan rangkaian dengan tujuh pusat diagnostik dan pengimejan, sekali gus meningkatkan akses kepada diagnosis tepat pada masanya sambil menyokong penjagaan pesakit yang diselaraskan di seluruh hab perubatan utama Singapura.
SINGAPURA, 13 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Health Management International Pte Ltd ("HMI Medical") hari ini mengumumkan pengambilalihan penuh Lifescan Imaging, iaitu penyedia radiologi swasta terkemuka dan telah lama bertapak yang mempunyai tiga pusat pengimejan yang terletak di sekitar kawasan Novena, Orchard dan Farrer Park, Singapura. Pengambilalihan itu memperluas kehadiran radiologi sedia ada HMI Medical di seluruh hab perubatan utama Singapura, meningkatkan akses kepada diagnosis yang tepat pada masanya serta menyokong penjagaan terselaras di luar persekitaran hospital.
Menerusi penambahan Lifescan Imaging, HMI Medical kini mengendalikan tujuh pusat diagnostik dan pengimejan di seluruh Singapura, sekali gus menjadikannya salah satu penyedia radiologi swasta yang terbesar di negara ini. Pusat-pusat tersebut disokong oleh pasukan pakar radiologi berpengalaman luas dengan kepakaran subbidang yang merangkumi pengimejan kardiovaskular, onkologi, neuroradiologi, pengimejan otot rangka dan bidang kepakaran lain.
Platform pengimejan gabungan itu menawarkan rangkaian keupayaan diagnostik yang merangkumi 15 modaliti termaju, termasuk pengimbas MRI dan CT. Dengan memperluas akses kepada perkhidmatan pengimejan termaju kepada lebih ramai orang, HMI Medical menyasarkan untuk terus memperkukuh ekosistem bersepadunya yang merangkumi penjagaan pencegahan, primer, pakar dan ambulatori bagi membantu pesakit menerima penjagaan tepat pada masanya dan diselaraskan yang lebih dekat dengan kediaman mereka.
"Dengan menggabungkan keupayaan pengimejan diagnostik Lifescan Imaging bersama ekosistem penjagaan kesihatan bersepadu HMI Medical, kami dapat memudahkan pesakit untuk beralih dengan lancar daripada diagnosis kepada rawatan dan penjagaan berterusan, menerusi sokongan yang tepat pada setiap peringkat perjalanan penjagaan kesihatan mereka," kata Cik Chin Wei Jia, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HMI Medical.
Radiologi sebagai pendorong utama penjagaan di luar hospital
Menjelang 2030, seorang daripada setiap empat penduduk Singapura akan berusia 65 tahun dan ke atas. Seiring penuaan penduduk Singapura dan penyakit kronik pula menjadi semakin lazim, penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan semakin beralih keluar dari persekitaran hospital. Pengimejan diagnostik memainkan peranan penting dalam transformasi ini dengan mengupayakan pengesanan yang lebih awal, intervensi tepat pada masanya serta penyelarasan penjagaan yang lebih baik sepanjang perjalanan pesakit.
"Keadaan kompleks seperti kanser, penyakit kardiovaskular dan gangguan neurologi memerlukan lebih daripada sekadar teknologi pengimejan yang canggih. Kepakaran subbidang turut diperlukan bagi memastikan imbasan ditafsirkan dengan tepat. Penggabungan keupayaan ini membolehkan pakar perubatan kami memastikan pesakit menerima rawatan yang tepat untuk keadaan mereka," kata Dr John Huang, Ketua Pakar Radiologi di Lifescan Imaging.
Memajukan penjagaan di luar hospital menerusi penawaran radiologi komprehensif
Apabila semakin banyak perkhidmatan penjagaan kesihatan disediakan di luar hospital, pesakit memerlukan akses yang tepat pada masanya kepada pengimejan diagnostik bersesuaian yang dapat menyokong keputusan klinikal yang lebih pantas serta penjagaan terselaras. Rangkaian radiologi HMI Medical yang diperluas memperkukuh model ini dengan mengintegrasikan keupayaan pengimejan termaju dan kepakaran radiologi subbidang dengan ekosistem penjagaan pencegahan, primer, pakar dan ambulatorinya yang lebih luas.
"Transformasi penjagaan kesihatan Singapura akan memerlukan lebih daripada sekadar mengalihkan perkhidmatan ke luar hospital. Dengan memperluas akses pada kos yang berpatutan kepada teknologi pengimejan terkini serta kumpulan kepakaran radiologi yang ramai dan berkemahiran tinggi, kami dapat memberikan diagnosis pantas yang diperlukan oleh pesakit untuk mengurangkan masa menunggu dan menyokong keputusan rawatan," kata Dr Walter Lim, Ketua Pegawai Eksekutif HMI Singapore.
Menerusi salah satu rangkaian radiologi swasta terbesar di Singapura, HMI Medical memperkukuh akses kepada perkhidmatan diagnostik pakar yang lebih dekat dengan tempat tinggal pesakit, sekali gus memudahkan pesakit untuk beralih dengan lancar daripada diagnosis kepada rawatan dalam sebuah ekosistem penjagaan kesihatan yang terhubung.
Latar Belakang HMI Medical
Beribu pejabat di Singapura, HMI Medical ialah penyedia penjagaan kesihatan swasta serantau terkemuka yang mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Vietnam. Kumpulan ini mengendalikan ekosistem penjagaan kesihatan bersepadu yang merangkumi penjagaan terurus, penjagaan primer, penjagaan pakar, diagnostik, penjagaan ambulatori, hospital tertiari dan pendidikan perubatan. Kumpulan ini menyokong lebih 4 juta individu setiap tahun menerusi rangkaian yang terdiri daripada lebih 400 doktor dan 3,000 kakitangan. HMI Medical komited untuk menjadikan penjagaan kesihatan yang berkualiti lebih mudah diakses menerusi penjagaan berteraskan pesakit yang terhubung di seluruh Asia Tenggara. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.hmimedical.com/
SOURCE HMI Medical
Share this article