JustMarkets Lancarkan Great Anniversary Contest dengan Hadiah Bernilai $50,000+ dan Emas
KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Jun 2026 /PRNewswire/ -- JustMarkets, trading platform dengan 3M+ pelanggan aktif dan beroperasi di lebih 160 negara, akan meraikan ulang tahun yang ke-14. Untuk meraikan kejayaan tersebut, broker ini telah melancarkan Great Anniversary Contest untuk trader baru dan profesional.
Dengan hadiah berjumlah $50,000, peraduan ini terbuka untuk semua pelanggan JustMarkets yang layak dan akan berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Julai 2026. Apabila menyertai peraduan ini, trader boleh mencuba nasib dalam cabutan bertuah mingguan, bersaing untuk ranking tertinggi dan memenangi hadiah tunai. Namun, tarikan utama peraduan ini ialah hadiah emas – jongkong emas fizikal untuk 15 trader paling aktif, seberat 5g hingga 20g berdasarkan carta kedudukan.
Cara Menyertai Great Anniversary Contest
Penyertaan terbuka untuk semua pelanggan JustMarkets yang telah lengkapkan pengesahan dan mempunyai baki minimum $100 dalam akaun dagangan. Untuk menyertainya, pelanggan perlu mendaftar melalui Ruang Peribadi dan berdagang sekurang-kurangnya 3 lot sepanjang tempoh peraduan. Mata akan diberikan berdasarkan aktiviti trading sepanjang tempoh peraduan, di mana carta kedudukan sentiasa dikemas kini selama sembilan minggu.
Pelanggan sedia ada boleh lihat prestasi, semak carta kedudukan secara langsung dan memahami peraturan lengkap peraduan dalam Ruang Peribadi mereka. Pelanggan baharu yang membuka akaun live sepanjang peraduan berlangusng juga layak menyertai peraduan ini.
Tiga Cara untuk Memenangi Peraduan
Terdapat tiga cara untuk meraih ganjaran dalam Great Anniversary Contest, sekali gus membuka peluang luas kepada trader melalui semua tahap aktiviti untuk menang sepanjang sembilan minggu acara berlangsung.
Cara #1. Hadiah emas untuk TOP 15. Trader paling aktif di carta kedudukan akan membawa pulang emas fizikal mengikut ranking:
- TOP 3: Emas 20g
- TOP 8: Emas 10g
- TOP 15: Emas 5g
Cara #2. Cabutan Bertuah Mingguan. Setiap minggu, 5 peserta yang berdagang 3+ lot sepanjang minggu akan memenangi $200 seorang. Cabutan bertuah dijalankan sepanjang peraduan berlangsung. Ia membolehkan trader yang konsisten berpeluang luas untuk memenangi hadiah tunai sambil bersaing.
Cara #3. Final Lucky Draw – Berdasarkan Volume. Di akhir peraduan, trader yang telah berdagang 10+ lot secara keseluruhan akan layak menyertai cabutan bertuah mengikut tier, dengan 10 pemenang akan dipilih bagi setiap tier:
- Tier 1 (100+ lot): peluang menang $1,000
- Tier 2 (50-99 lot): peluang menang $500
- Tier 3 (10-49 lot): peluang menang $300
Ucapan Wakil JustMarkets
"Sempena meraikan ulang tahun ke-14th, kami menghargai kepercayaan, dedikasi dan penglibatan semua pelanggan kami," kata wakil JustMarkets. "Great Anniversary Contest merupakan cara kami untuk berterima kasih kepada mereka – dengan jongkong emas, hadiah tunai, dan cabutan bertuah mingguan ditawarkan untuk menghargai aktiviti dagangan pelanggan kami. Kami tidak sabar menyaksikan persaingan ini, memberi hadiah kepada pemenang, dan meraikan Ulang Tahun kami dengan penuh bangga, meriah dan penghargaan kepada mereka yang menjadi tulang belakang JustMarkets – trader kami".
Untuk peraturan lengkap, terma dan kemas kini peraduan, sila layari https://justmarkets.com dan ikuti JustMarkets di Instagram, Facebook, X, YouTube, Telegram, LinkedIn.
Amaran Risiko: Dagangan Forex dan CFD melibatkan risiko yang ketara dan berpotensi mengakibatkan kehilangan modal yang anda laburkan. Artikel ini hanya untuk tujuan maklumat sahaja.
SOURCE JustMarkets
Share this article