KANEKA UBIQUINOL™ MEMENANGI NUTRAINGREDIENTS ASIA INGREDIENT OF THE YEAR: HEALTHSPAN AWARD 2026
Anugerah Menonjolkan Peranan Ubiquinol dalam Kesihatan Mitokondria dan Inovasi Mitoseutikal dalam Pergerakan Jangka Hayat Sihat Global
Anugerah Antarabangsa Ketujuh Mengesahkan Kepimpinan Kaneka Ubiquinol™ dalam Kesihatan Mitokondria Berasaskan Bukti, Menyokong Kesihatan Sepanjang Hayat, daripada Prakonsepsi hingga Penuaan Sihat. [i]
The Lancet Public Health, Ogos 2026: Jurang global antara jangka hayat dan jangka hayat sihat melebar kepada 10.7 tahun, menekankan kepentingan menyokong kesihatan dan kesejahteraan umum sepanjang hayat, terutamanya dalam kalangan individu yang semakin berusia[ii]
BANGKOK, 9 September 2026 /PRNewswire/ -- Kaneka Corporation, satu-satunya pengeluar global bagi Ubiquinol, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Kaneka Ubiquinol™ telah dianugerahkan Ingredient of the Year: Healthspan Award pada NutraIngredients-Asia Awards 2026.
Kaneka Ubiquinol™ dinobatkan sebagai Ingredient of the Year – Healthspan pada NutraIngredients-Asia Awards 2026, menyoroti kesihatan mitokondria dan perkembangan kategori 'mitoseutikal'.
Anugerah yang sangat menjadi rebutan itu merupakan pengiktirafan kali ketiga berturut-turut bagi Kaneka Ubiquinol™ pada NutraIngredients-Asia Awards, susulan anugerah Healthy Ageing Ingredient of the Year sebagai Pemenang pada 2024 dan Finalis bagi Innovation in Women's Health Award pada 2025.
Anugerah terkini itu memberi pengiktirafan kepada Kaneka Ubiquinol™ pada saat penting dalam bidang penjagaan kesihatan, ketika perhatian semakin beralih daripada sekadar jangka hayat (lifespan) – bilangan tahun seseorang hidup – kepada jangka hayat sihat (healthspan): mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan sepanjang hayat.
Teras kepada perbincangan ini ialah kesihatan mitokondria. Mitokondria, yang lazim dirujuk sebagai 'penjana tenaga sel', memainkan peranan asas kepada penghasilan tenaga sel dan terdapat dalam hampir setiap sel dalam tubuh[iii]. Ubiquinol, sejenis antioksidan endogen, menyokong penghasilan tenaga dalam mitokondria dan membantu mengurangkan kerosakan sel akibat radikal bebas[iv]. Kategori "mitoseutikal" yang semakin berkembang ini - nutraseutikal yang dirumus khusus untuk menyokong fungsi mitokondria - menjadi teras untuk memajukan sains jangka hayat sihat.
Bukti menunjukkan bahawa setiap sel jantung mengandungi kira-kira lebih daripada 5000 mitokondria, [v] Dengan sel-sel dalam tubuh dikuasakan oleh mitokondria, yang menyokong penghasilan tenaga bermula daripada prakonsepsi hingga penuaan sihat, sekali gus meletakkan kesihatan mitokondria sebagai teras kepada penyelidikan Kaneka terhadap Ubiquinol selama beberapa dekad[vi].
"Penerimaan anugerah antarabangsa ketujuh kami dan pengiktirafan kali ketiga berturut-turut daripada NutraIngredients-Asia merupakan satu penghormatan yang cukup luar biasa," kata Tsuyoshi Takakuwa, Ketua Pemasaran dan Jualan (APAC), Bahagian Perniagaan Pemakanan Tambahan, Kaneka Corporation.
"Kami dengan tulus ikhlas mengucapkan terima kasih kepada barisan juri, pelanggan kami, rakan kongsi penyelidikan, profesional penjagaan kesihatan dan pasukan kami yang terus meningkatkan pemahaman mengenai Ubiquinol dan kesihatan mitokondria di seluruh dunia. Kami juga mengucapkan tahniah kepada para finalis dan pemenang."
"Visi kami menjangkau keseluruhan jangka hayat, dengan menyokong jangka hayat sihat bermula daripada prakonsepsi hingga kesihatan dan kesejahteraan umum seiring dengan proses. Sebagai rakan kongsi inovasi kepada jenama di seluruh dunia, kami komited untuk menggabungkan lebih 50 tahun penyelidikan Ubiquinol dengan pendidikan saintifik, kepakaran ramuan dan kerjasama bagi membantu memajukan penyelesaian kesihatan di peringkat global," kata Kazuki Takita, Penolong Pengurus, Pemasaran dan Jualan (APAC), Kaneka Ubiquinol™.
Gary Scattergood, Pengarah Urusan Asia, William Reed, Penerbit NutraIngredients-Asia berkata, "barisan juri amat kagum dengan bukti saintifik yang begitu luas di sebalik ramuan ini, selain bukti penting berhubung kejayaan komersialnya di seluruh rantau, dengan barisan penyokong yang mengagumkan dalam kalangan pengamal perubatan dan penjagaan kesihatan."
LATAR BELAKANG KANEKA UBIQUINOL™
Kaneka Corporation ialah satu-satunya pengeluar global bagi Ubiquinol bioidentikal yang dikaji secara klinikal, dihasilkan menerusi proses penapaian semula jadi Jepun yang memenangi anugerah. Disokong oleh lebih 110 kajian saintifik, lebih 80 paten dan lebih 50 tahun penyelidikan, Ubiquinol aktif antioksidan menyokong kesihatan mitokondria, kesihatan kardiovaskular, kognisi, kesihatan wanita, kesihatan reproduktif, tenaga dan kesejahteraan. Sejak 2006, Ubiquinol disenaraikan di lebih 50 negara dalam lebih 1,000 jenama nutraseutikal untuk pengamal kesihatan dan produk OTC.
Pematuhan Kaneka Ubiquinol™ terhadap piawaian pembuatan tertinggi memastikan penghasilan ramuan yang stabil, bebas daripada bendasing serta memenuhi keperluan kualiti dan kemampanan yang ketat — sekali gus menetapkan penanda aras bagi kualiti pengeluaran menerusi proses penapaian yis yang unik dan dipatenkan di peringkat global.
Kaneka Ubiquinol™ memiliki pelbagai pensijilan, termasuk HALAL, GRAS, HACCP, NDI, KOSHER, GMP, ISO 14001, ISO 22000, Non-GMO, Non-Animal Origin, dan OSHMS.
Kaneka Ubiquinol™ merupakan pemenang pelbagai anugerah yang membanggakan:
- NutraIngredients-Asia Ingredient of the Year: Healthspan Award 2026
- Vitafoods Europe Innovation Award 2026 — Produk Nutraseutikal Siap Guna Paling Inovatif, dengan kerjasama Eqology Pure Arctic Oil Heart & Energy
- Tmall Global Marketing Innovation Award 2025
- Finalis, NutraIngredients-Asia Innovation in Women's Health Award 2025
- Natural Health Products New Zealand Forbes Packaging Marketing Award 2025
- CMA Raw Material Supplier of the Year Award 2024
- NutraIngredients-Asia Healthy Ageing Ingredient of the Year Award 2024
E-MEL: [email protected]
LAMAN WEB: www.ubiquinol.net.au
[i] Yildirim RM, et al. 2024;(159-160): 52-61. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/38330625/ Cirilli I, et al. Antioxidants 2021;10:1325. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC8389239/ |
[ii] https://www.thelancet.com/journals/lanpub/article/PIIS2468-2667(26)00098-8/fulltext |
[iii] San-Millán I. Antioxidants (Basel) 2023;12(4):782. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC10135185/ |
Cirilli I, et al. Antioxidants 2021;10:1325. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC8389239/ |
[iv] San-Millán I. Antioxidants (Basel) 2023;12(4):782. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC10135185/ |
Cirilli I, et al. Antioxidants (Basel) 2021;10(1325):1-24. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC8389239/ |
[v] Xianhua Wang et al Mitochondrial flashes regulate ATP homeostasis in the heart eLife 2017;6:e23908. |
[vi] Cirilli I, et al. Antioxidants 2021;10:1325. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC8389239/ |
San-Millán I. Antioxidants (Basel) 2023;12(4):782. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC10135185/ |
SOURCE Kaneka Ubiquinol™
Share this article