LAPORAN KELESTARIAN FERRERO GROUP 2025 KETENGAHKAN FERRERO FARMING VALUES SEBAGAI PEMACU DAYA TAHAN DALAM RANTAIAN BEKALAN
Ferrero menerbitkan Laporan Kelestarian ke-17 yang menjadikan pendekatan Ferrero Farming Values terhadap penyumberan bahan sebagai teras strateginya dan mengetengahkan kemajuan merentasi empat tonggak kerangka kelestariannya - iklim dan alam sekitar, penyumberan, penggunaan bertanggungjawab dan pekerja.
LUXEMBOURG, 30 Jun 2026 /PRNewswire/ -- Ferrero mengeluarkan Laporan Kelestarian bagi tahun kewangan 2024/25 yang memperincikan bagaimana syarikat menterjemahkan komitmen kepada tindakan nyata dan kemajuan yang boleh diukur.
Diterbitkan ketika Ferrero meraikan ulang tahunnya yang ke-80, laporan ini mengetengahkan bagaimana inisiatif kelestarian diterapkan dalam perniagaannya dan bertujuan untuk menyokong sistem makanan mampan secara menyeluruh: bermula dari ladang dan komuniti tempat bahan mentah diperoleh, sehinggalah kilang, produk dan tenaga kerjanya. Ia turut menonjolkan kerangka Ferrero Farming Values sebagai pemacu utama pendekatan Kumpulan terhadap perolehan bahan dan daya tahan merentas rantaian bekalan.
"Kejayaan jangka panjang Ferrero dan rantaian bekalan kami kekal berkait rapat dengan kesejahteraan masyarakat dan ekosistem. Pengguna semakin mencari jenama yang boleh dipercayai yang dibina berasaskan kualiti, amalan perolehan yang baik, proses pembuatan yang teliti serta komitmen yang tulen terhadap manusia dan planet ini. Berpandukan tujuan dan visi jangka panjang kami, kami akan terus menyokong inisiatif yang berkaitan dengan perlindungan sumber semula jadi, sokongan kepada tenaga kerja, komuniti dan rakan kongsi kami, serta penghasilan produk yang menggembirakan pengguna untuk generasi akan datang," kata Giovanni Ferrero, Presiden Ferrero Group.
Berteraskan falsafah Ferrero sejak sekian lama iaitu sacco conosciuto - "tahu apa yang ada dalam beg" - Ferrero Farming Values dibina berasaskan lima elemen teras: usaha wajar pembekal, kebolehkesanan dan keterlihatan rantaian bekalan, pensijilan dan piawaian, amalan pertanian dan komuniti, serta transformasi sektor, yang mana kerjasama dengan pihak berkepentingan memainkan peranan penting untuk menangani cabaran sistemik. Kesemua ini menyediakan kerangka yang konsisten namun fleksibel untuk menangani risiko dan peluang tertentu dalam rantaian bekalan untuk bahan-bahan utama seperti koko, minyak sawit, kacang hazel, kopi dan tenusu.
"Ferrero Farming Values menterjemahkan pendekatan kelestarian kami kepada tindakan konkrit dalam perolehan bahan utama kami," kata Lapo Civiletti, Ketua Pegawai Eksekutif Ferrero Group. "Ia menyediakan kerangka berstruktur untuk memperkukuh akauntabiliti pembekal, meningkatkan kebolehkesanan dan pensijilan, menyokong petani serta memacu kerjasama dalam seluruh sektor — sambil membolehkan kami menyesuaikan pendekatan kami mengikut realiti khusus bagi setiap rantaian bekalan bahan."
Sorotan utama daripada Laporan Kelestarian 2025
Perolehan bahan secara lestari
- Bahan utama mencapai tahap kebolehkesanan yang tinggi: koko mencapai 98% kebolehkesanan kepada peta poligon ladang, minyak sawit mencapai 98.6% kebolehkesanan kepada ladang, kacang hazel mencapai 97% kebolehkesanan kepada petani, dan biji kopi pula mencapai 100% kebolehkesanan kepada peta poligon ladang.
- Hampir 230,000 poligon rantaian bekalan daripada pembekal kopi, minyak sawit dan koko dianalisis melalui proses pemantauan Ferrero yang sejajar dengan EUDR, sekali gus memperkukuh keterlihatan dan menyokong perolehan bebas daripada pembasmian hutan.
- 99% daripada jumlah koko diperoleh melalui pensijilan atau piawaian lain yang diuruskan secara bebas seperti Rainforest Alliance, Cocoa Horizons dan Fairtrade, manakala 100% daripada jumlah minyak sawit diperakui RSPO dan 100% biji kopi memperoleh persijilan Rainforest Alliance di bawah model rantaian bekalan berasingan.
- Perkongsian berterusan untuk menyokong komuniti petani, termasuk pengembangan program Save the Children di Côte d'Ivoire yang disasarkan mendekati 235 komuniti pengeluar koko menjelang tahun 2030.
Iklim, pengawasan alam sekitar dan kitaran pembungkusan
- Pembangunan berterusan Pelan Peralihan Iklim yang disokong oleh pelancaran Decarbonization Hub, iaitu alat baharu yang membolehkan tapak pembuatan mereka bentuk dan melaksanakan pelan hala tuju penyahkarbonan yang boleh diskalakan dalam operasi.
- Melancarkan kempen data pembekal Skop 3 yang meliputi sekitar 60% jumlah bahan mentah dengan kadar penyerahan pembekal sebanyak 93%.
- Perlepasan gas rumah hijau Skop 1 dan Skop 2 berkurangan sebanyak 7.2% tahun ke tahun, disokong oleh usaha peralihan tenaga yang berterusan, termasuk 24 kilang yang kini beroperasi menggunakan 100% elektrik boleh diperbaharui daripada grid.
- Menyelesaikan penilaian Jejak Korporat Air dalam seluruh Kumpulan yang pertama dan menyertai Alliance for Water Stewardship.
- 92.9% daripada pembungkusan keseluruhan direka agar boleh dikitar semula, digunakan semula atau dikomposkan, manakala 86.8% boleh dikitar semula, digunakan semula atau dikomposkan dalam amalan dan pada skala besar.
- Reka bentuk semula kotak Ferrero Rocher menyumbang kepada pengurangan 14.7% dalam nisbah plastik-kepada-produk berbanding garis dasar 2019/20, sekali gus mengelakkan penggunaan kira-kira 16,000 tan plastik secara terkumpul sejak September 2021.
Penggunaan bertanggungjawab
- Membangunkan Ferrero Nutrition Criteria berasaskan sains bagi menerajui inovasi produk dan memandu evolusi portfolio.
- Mengemas kini Prinsip Pengiklanan & Pemasaran kami bagi memperkukuh amalan komunikasi kami yang bertanggungjawab.
Pekerja dan komuniti
- Memupuk persekitaran kerja yang berasaskan keterangkuman dan saling menghormati, menyokong pembangunan pekerja, kesejahteraan dan hak asasi manusia dalam operasi.
- Menyampaikan program latihan Keterangkuman & Hormat yang menjangkau 61 negara, dengan lebih 500 sesi dijalankan.
- Penglibatan pekerja kekal kukuh apabila YOU Survey tahunan menunjukkan kadar penyertaan sebanyak 86%, dengan skor Indeks Penglibatan dan Pembolehan masing-masing meningkat sebanyak 3 dan 7 mata.
- Program Joy of Moving: meraikan ulang tahunnya yang ke-20 pada tahun 2025, dengan memberi manfaat kepada lebih 4.9 juta kanak-kanak di 35 negara, serta lebih 60 juta kanak-kanak di seluruh dunia sejak tahun 2005, disokong oleh lebih 130 rakan pakar daripada sektor awam dan swasta.
Untuk butiran lanjut, sila rujuk Laporan Kelestarian Ferrero Group 2025 yang lengkap.
Latar Belakang Ferrero Group
Ferrero Group ialah peneraju global bagi makanan manis berbungkus yang terkenal menerusi jenama ikonik seperti Nutella®, Kinder®, Ferrero Rocher® dan Tic Tac®, di samping pelbagai jenama kegemaran tempatan.
Ditubuhkan pada tahun 1946 di Alba, Itali, Ferrero kini meraikan ulang tahunnya yang ke-80 sebagai kumpulan milik keluarga, dengan 50,000 pekerja dan operasi di lebih 170 negara. Ferrero menggabungkan warisan kukuh dan komitmen terhadap kualiti dengan inovasi berterusan merentas jenama dan kategori, termasuk ais krim, biskut dan produk bakeri, bijirin sarapan serta tawaran produk yang lebih baik untuk kesihatan pengguna. Berpandukan visi jangka panjang, Ferrero memberi tumpuan kepada pertumbuhan mampan dan bertanggungjawab, sekali gus memperkukuh kehadirannya dalam segmen baharu sambil terus berpegang teguh kepada nilai kecemerlangan dan keprihatinan.
SOURCE Ferrero Group
Share this article