OREO & BTS Bersatu Dalam Kerjasama Global! Memperkenalkan Biskut OREO & BTS Edisi Terhad
BTS berkongsi rasa warisan Korea menerusi biskut OREO baharu ciptaan mereka.
Video Rasmi: SINI
- Biskut OREO ini membawa rasa asal usul BTS dengan perisa pankek gula perang berinspirasikan hotteok, manakala biskut ungu pertama ini memberi penghormatan kepada peminat BTS.
- Menandakan kerjasama snek global pertama mereka, BTS telah mereka bentuk kesemua 13 ukiran biskut unik bagi memperingati 13 tahun BTS.
- Diinspirasikan oleh aktiviti pertukaran surat antara BTS dan peminat mereka, OREO menjemput peminat untuk menghantar "love letters" kepada BTS yang berpeluang untuk dipaparkan di pentas global.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Jun 2026 /PRNewswire/ -- Peminat OREO dan BTS, bersedialah untuk menikmati biskut OREO yang dicipta khas oleh BTS untuk anda. RM, Jin, SUGA, j‑hope, Jimin, V dan Jung Kook bergabung tenaga dengan biskut nombor satu dunia untuk memperkenalkan Biskut OREO & BTS Edisi Terhad, biskut OREO berperisa pankek gula perang yang dicipta oleh BTS dan didedikasikan khas buat peminat BTS. Kerjasama ini akan memulakan satu gerakan global yang penuh keceriaan merentasi lebih 80 negara, menampilkan BTS bersama jenama OREO.
Kerjasama ini merupakan manifestasi strategi terkini OREO untuk menjadi lebih menonjol dalam pasaran snek yang semakin kompetitif dengan mengetengahkan kolaborasi unik yang berjaya direalisasikan oleh jenama OREO. Bersama ikon pop global BTS, OREO membawa biskut ikonik yang berperisa lazat ini menjadi perbualan global, menghidupkan semangat ceria warga Malaysia, mencetuskan keterujaan peminat dan menerajui budaya.
Hasilnya ialah ciptaan perisa yang sangat dekat dengan BTS, dipersembahkan kepada khalayak global: Biskut OREO & BTS Edisi Terhad diisi dengan krim manis yang menggabungkan rasa hotteok, sejenis pankek berinti gula perang yang popular di Korea. BTS mempunyai kenangan manis sewaktu kecil menikmati hotteok serta biskut OREO, menjadikan kerjasama ini sesuatu yang amat bermakna. Ia menggabungkan sebahagian warisan Korea BTS ke dalam biskut ikonik yang sentiasa mereka gemari.
"Kerjasama dengan OREO sebagai jenama snek pertama kami di peringkat global adalah satu penghormatan besar. Kami memakannya sejak kecil, kami menikmatinya di studio, dan kini OREO membantu kami berkongsi rasa asal usul kami dengan dunia," kata BTS. "Kami benar-benar berbangga dapat menambah cerita kami sendiri dalam kisah luar biasa OREO."
BTS turut mencurahkan rasa cinta mereka terhadap peminat melalui reka bentuk ukiran biskut OREO. Sempena ulang tahun ke-13 BTS, Biskut OREO & BTS Edisi Terhad menampilkan 13 ukiran unik yang direka oleh BTS khas untuk peminat mereka, termasuk nama ahli kumpulan, 'light stick' BTS, serta tiga keping biskut OREO yang membentuk mesej istimewa untuk peminat. Kumpulkan Biskut OREO & BTS Edisi Terhad untuk menyingkap mesej tersebut!
Selain meraikan fandom BTS melalui ukiran biskut yang unik, reka bentuk pek Biskut OREO & BTS Edisi Terhad merupakan penghargaan visual yang meriah kepada budaya ikonik Korea street market, gabungan warna-warni pemandangan, bunyi dan kepelbagaian juadah jualan seperti hotteok. Sejurus peminat memegang pek tersebut, OREO mengajak peminat untuk merasai tenaga dan kemeriahan yang menjadi sebahagian penting pengalaman di Korea Selatan.
Mesej istimewa ini menandakan permulaan satu gerakan global yang dicipta oleh jenama OREO khusus buat peminat. Diinspirasikan oleh tradisi penulisan surat dalam kalangan fandom, OREO mengajak peminat OREO dan BTS untuk bersama-sama mencipta 'love letters' terbesar di dunia khas buat BTS. Untuk menyertai gerakan ini, imbas kod QR pada Pek Biskut OREO & BTS Edisi Terhad atau layari my.oreosea.com untuk menulis surat digital penuh keceriaan kepada BTS. Apabila surat daripada seluruh dunia mula dikumpulkan, peminat boleh membaca luahan masing‑masing sementara 'love letter' terbesar sedang disediakan untuk direalisasikan di dunia sebenar. Teruskan menghantar surat anda untuk berpeluang memenangi hadiah eksklusif jenama OREO & BTS dan nantikan perkembangan seterusnya!
"OREO menghargai detik‑detik kegembiraan yang ringkas, dan kerjasama dengan BTS ini menghidupkan semangat tersebut dengan cara yang sangat peribadi," kata Simon Crowther, Pengarah Urusan Malaysia dan Singapura, Mondelēz International. "Dengan mengambil ilham daripada perisa yang dekat dengan warisan asal usul BTS, kami menghasilkan sesuatu yang menghubungkan budaya, kenangan dan snek harian. Bagi peminat di Malaysia, ini merupakan jemputan untuk menjadi sebahagian daripada detik global, yang meraikan kreativiti, pengalaman bersama dan ritual kecil yang menyatukan kita."
Di Malaysia, OREO akan menganjurkan sebuah acara pop-up di Blue Concourse, Sunway Pyramid dari 8 hingga 14 Jun 2026, menjemput peminat untuk merasai pengalaman yang menyeronokkan. Di acara tersebut, pengguna berpeluang untuk mencuba perisa baharu hotteok edisi terhad, sambil berpeluang untuk menghantar 'love letters' mereka kepada BTS! Peminat dengan pembelian yang melayakkan boleh menebus pelekat OREO BTS, pinggan OREO atau apron OREO, sementara stok masih ada.
Biskut OREO & BTS Edisi Terhad akan ditawarkan untuk presale bermula pada 2 June di halaman rasmi Mondelez di Shopee (Shopee Mondelez Official Page). Biskut OREO ini akan mula berada di kedai berdekaran semua dan hanya akan ditawarkan untuk tempoh terhad, selagi stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai Biskut OREO & BTS Edisi Terhad, peminat boleh mengikuti OREO @oreo.mysg di Facebook, Instagram dan TikTok bagi mendapatkan perkembangan terkini jenama.
About Mondelēz International (Malaysia)
Mondelēz International (Malaysia) is part of the Mondelēz International group of companies which empowers people to snack right in over 150 countries around the world, with a strong presence in Southeast Asia. With 2025 net revenues of approximately $38 billion, Mondelēz International is a member of the Standard and Poor's 500, Nasdaq 100, and Dow Jones Sustainability Index.
Mondelēz International is leading the future of snacking with iconic global and local brands such as Cadbury Dairy Milk chocolate, Cadbury Zip chocolate wafer, Toblerone chocolate, OREO cookies, Chipsmore cookies, Jacob's biscuits, Tiger biscuits, Philadelphia cheese, Kraft cheese, Chacho's chips, Chipster chips, Twisties snacks, and many more. We've been part of Southeast Asia for more than 70 years, with operations in Malaysia, Indonesia, the Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam. Our +7,000 colleagues work across our ten manufacturing locations (including plants in Shah Alam and Prai), two research and development technical centers and our sales and marketing network to create products that people can truly love and feel good about. From wholesome treats to indulgent bites, consumers can enjoy the right snack, for the right moment, made the right way.
About BTS
BTS, an acronym of Bangtan Sonyeondan or "Beyond the Scene," is a GRAMMY-nominated South Korean boyband that has been capturing the hearts of millions of fans globally since their debut in June 2013. The members of BTS are RM, Jin, SUGA, j-hope, Jimin, V, and Jung Kook. Gaining recognition for their authentic and self-produced music, top-notch performances, and their deep connection with fans, the band has established a legacy as 21st-century pop icons, breaking countless world records. While imparting a positive influence through activities such as the LOVE MYSELF campaign and the UN 'Speak Yourself' speech, the band has mobilized millions of fans across the world (named ARMY), earned six No.1 Billboard Hot 100 singles since 2020, and performed multiple sold-out stadium shows across the world.
They were also named TIME's Entertainer of the Year 2020. BTS are 5-time GRAMMY nominees (63rd to 65th GRAMMY Awards) and have been recognized with numerous prestigious awards like the Billboard Music Awards, American Music Awards (Artist of the Year 2021), and MTV Video Music Awards. Released in March 2026, BTS's massively successful fifth studio album ARIRANG debuted at No. 1 on the Billboard 200, with its lead single "SWIM" also debuting at No. 1. The group has since launched their 'BTS WORLD TOUR 'ARIRANG, marking a powerful new chapter that continues to resonate with audiences worldwide.
SOURCE Mondelez
Share this article