Pusat Beli-Belah IPC Terus Mengorak Langkah Menjelang Pembukaan IPC Gourmet Hall
Dijadualkan dibuka pada Disember 2026, destinasi baharu ini bakal menghimpunkan jenama terkenal, konsep yang diperbaharui serta pengalaman pelanggan yang dirancang dengan teliti
PETALING JAYA, Malaysia, 19 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Pertama kali diumumkan pada Mac 2026, IPC Gourmet Hall kini menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dan kekal berada pada landasan yang tepat untuk pembukaan rasminya pada Disember 2026. Pembangunan ini mencerminkan komitmen berterusan Pusat Beli-Belah IPC dalam memperkukuh tawaran makanan, minuman dan gaya hidup untuk komuniti setempat. Dengan keluasan kira-kira 43,000 kaki persegi dan bakal menempatkan 39 premis makanan dan minuman, destinasi baharu ini direka untuk menawarkan lebih banyak pilihan, kemudahan dan kepelbagaian di samping mewujudkan lebih banyak peluang untuk komuniti berkumpul, berhubung dan menikmati detik harian yang bermakna bersama.
Seiring pembangunan yang semakin rancak, barisan penyewa yang dipilih dengan teliti turut mencerminkan kemajuan yang kukuh serta keyakinan yang semakin meningkat terhadap IPC Gourmet Hall sebagai destinasi santapan masa hadapan. Antara jenama yang telah mengesahkan penyertaan termasuk Ole-Ole Bali, Paradise Dynasty, Chameleon Restaurant, Bantianyao Grilled Fish, Seven Seas, BaD Scones, Churn Ice Cream, Halla Holla, Furiku dan Anytime Acai, sekali gus memperlihatkan kepelbagaian tawaran yang bakal dinikmati pengunjung, sambil memperkukuh daya tarikan IPC Gourmet Hall sebagai destinasi gaya hidup untuk komuniti setempat.
Mark Tan, Pemangku Pengurus Besar Pusat Beli-Belah IPC, berkata: "Makanan memainkan peranan penting dalam menyatukan masyarakat, dan pengguna hari ini semakin mencari destinasi yang menawarkan keseimbangan antara kepelbagaian dan kualiti dalam suasana yang mesra. IPC Gourmet Hall direka untuk memenuhi keperluan tersebut dengan menghimpunkan pelbagai jenama, cita rasa dan pengalaman menjamu selera di bawah satu bumbung. Ia juga akan melengkapi tawaran makanan dan minuman sedia ada kami, sekali gus memberi lebih banyak sebab untuk komuniti meluangkan masa bersama keluarga dan insan tersayang di Pusat Beli-Belah IPC."
Beliau menambah, "Di Pusat Beli-Belah IPC, kami mahu mewujudkan ruang yang terasa seperti berada di rumah, sama ada untuk menikmati hidangan ringkas, meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan, atau sekadar menikmati kebersamaan. Melalui IPC Gourmet Hall, kami menghimpunkan lebih banyak pilihan santapan dalam suasana mesra yang diinspirasikan oleh alam semula jadi, sekali gus memudahkan komuniti menemui kegemaran baharu, menikmati hidangan yang dekat di hati dan mencipta kenangan yang lebih bermakna. Lebih penting lagi, kami berharap ia menjadi satu lagi sebab untuk masyarakat terus melihat Pusat Beli-Belah IPC sebagai 'rumah ketiga' yang dekat dengan kehidupan seharian mereka."
Gabungan Cita Rasa dan Pengalaman Menjamu Selera Baharu
Lebih daripada sekadar menambah pilihan makanan dan minuman IPC, IPC Gourmet Hall dirancang dengan teliti untuk memenuhi pelbagai keperluan dan acara menjamu selera, daripada hidangan pantas pada hari bekerja dan pertemuan santai bersama rakan-rakan, hinggalah kepada jamuan keluarga serta sambutan istimewa. Destinasi ini bakal menghimpunkan pelbagai cita rasa dalam suasana yang hangat dan diinspirasikan alam semula jadi yang dilengkapi elemen kehijauan, tekstur semula jadi serta susunan tempat duduk yang fleksibel.
Antara tarikan utama ialah Paradise Dynasty, yang bakal memperkenalkan konsep eksklusif yang berbeza daripada cawangan-cawangannya yang lain, sekali gus menjadikan Pusat Beli-Belah IPC sebagai lokasi pertama yang menampilkan konsep baharu ini. Ole-Ole Bali pula akan memperkenalkan konsep baharu yang meraikan kekayaan tradisi kulinari Bali.
Turut memperkayakan pilihan yang tersedia ialah Chameleon Restaurant, yang bakal membuka cawangan pertamanya di dalam pusat beli-belah. Menampilkan konsep gabungan Jepun-Barat, restoran ini terkenal dengan sajian berkualiti bertaraf restoran, ramuan terpilih serta pengalaman menjamu selera yang mengimbangi keselesaan dan nilai. Barisan penyewa turut merangkumi Bantianyao Grilled Fish, jenama ikan bakar popular yang dikenali dengan cita rasa yang tersendiri dan pengalaman menjamu selera yang sesuai dinikmati bersama.
Melengkapkan pilihan hidangan ialah BaD Scones, yang mengkhusus dalam scone gaya Inggeris klasik yang dibakar segar serta konsep sajian British yang menyelerakan, berasaskan misi "Buy and Donate". Pilihan pencuci mulut pula diperkaya dengan kehadiran Churn Ice Cream, jenama ais krim artisanal tempatan yang terkenal dengan ais krim buatan tangan menggunakan ramuan berkualiti, selain menawarkan wafel sourdough pertama yang direkodkan di Malaysia.
Dengan kerja-kerja pembinaan kini mencapai separuh perjalanan, IPC Gourmet Hall terus menunjukkan perkembangan positif dan kekal berada pada landasan untuk dibuka pada Disember 2026. Jenama-jenama yang diumumkan ini memberikan gambaran awal tentang pengalaman menjamu selera yang bakal dinikmati pengunjung.
Setelah siap kelak, IPC Gourmet Hall akan menjadi satu lagi pencapaian penting dalam evolusi berterusan Pusat Beli-Belah IPC sebagai destinasi gaya hidup, sekali gus mengukuhkan peranannya sebagai destinasi yang menawarkan sesuatu untuk semua. Selari dengan peranan Pusat Beli-Belah IPC sebagai 'rumah ketiga' yang dekat dengan komuniti, destinasi baharu ini mencerminkan komitmennya untuk terus mewujudkan ruang yang kekal relevan dengan kehidupan harian komuniti yang dilayaninya.
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan penyewaan, sila hubungi [email protected].
-TAMAT-
Tentang IPC Shopping Centre:
Ditubuhkan pada Disember 2023, IPC Shopping Centre merupakan pusat pertemuan pertama di Malaysia yang dibangunkan oleh IKEA dengan gambaran bangunan kotak biru besar dan adalah penting dalam portfolio Ikano Retail yang semakin berkembang di rantau Asia Tenggara ini. Dengan kedudukannya yang strategik di tengah-tengah campuran pelbagai pembangunan pesat di Mutiara Damansara, ia berfungsi sebagai rumah ketiga yang tidak asing lagi untuk komuniti baik di sekitar mahupun pengunjung daripada luar. Lebih dari sekadar destinasi membeli-belah, di IPC Shopping Centre, semua pengunjung boleh menaikkan semula semangat mereka, saling berhubung, dan menikmati detik-detik bermakna, semasa mereka membeli barangan keperluan mereka. Berakar umbi dari warisan negara Sweden, IPC Shopping Centre menerapkan konsep Lagom Life – gaya hidup yang seimbang, mampan, dan secukupnya. Kesemua ini dibentuk daripada kehidupan yang berinspirasikan alam sekitar, campuran rakan-niaga yang dipilih dengan teliti, hinggalah pengalaman di pusat tersebut secara keseluruhan yang mengajak pengunjung untuk bersederhana, mencari keseimbangan, dan menikmati hidup mengikut keupayaan masing-masing. IPC Shopping Centre turut menerajui kelestariannya melalui perkhidmatan Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (Recycling and Buy-Back Centre) yang canggih serta pelbagai inisiatif lain untuk menjaga alam sekitar dalam memupuk penglibatan komuniti dan menunjukkan komitmen mereka mengekalkan dan menjaga kehijauan di muka bumi ini demi masa depan.
SOURCE IPC Shopping Centre
Share this article