ST JOHN'S, Antigua dan Barbuda, 5 November 2026 /PRNewswire/ -- Kecerdasan buatan berisiko memperdalam jurang antara negara kaya dan miskin, menurut kajian terkini yang mengira perbezaan sebanyak $360 bilion dalam potensi keuntungan ekonomi antara negara-negara Komanwel yang paling bersedia untuk teknologi dan yang masih ketinggalan.
Indeks Ayre, yang diumumkan semasa Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel di Antigua dan Barbuda, meneliti keadaan yang dihadapi oleh 732 juta individu berumur antara 15 hingga 29 tahun merentasi semua 56 negara anggota.
Hanya 15 negara berjaya memenuhi penanda aras untuk kesediaan AI belia. Negara-negara tersebut boleh menyaksikan peningkatan sebanyak $389.2 bilion dalam tahap ekonomi masing-masing selepas 10 tahun di bawah senario pertengahan kajian, berbanding sejumlah $29.2 bilion merentasi 41 negara lain.
Jurang sebanyak $360 bilion itu adalah dua kali ganda berbanding $174 bilion dalam bentuk bantuan pembangunan yang disumbangkan oleh negara-negara penderma utama dunia pada tahun lepas.
Singapura menduduki tempat teratas, diikuti oleh Malta, Australia, Britain dan Kanada. Malawi dan Lesotho menduduki tempat terakhir. Hanya Mauritius, Afrika Selatan dan Nigeria dalam kalangan 21 anggota Afrika Komanwel berjaya mencapai penanda aras kesediaan.
Penyelidikan tersebut mencadangkan bahawa pemasangan rangkaian tidak mewujudkan peluang secara automatik. Di Togo, liputan 4G menjangkau hampir kesemua individu, namun begitu dilaporkan kurang daripada separuh golongan muda menggunakan internet. Di Malawi, bekalan elektrik mencecah seperlima daripada penduduk.
Masih terdapat jurang walaupun di tempat yang mempunyai semangat tinggi. Kira-kira 90% golongan muda Nigeria yang ditinjau dijangka menggunakan AI untuk kerja atau pendidikan dalam tempoh setahun, namun begitu Nigeria hanya mendapat skor 0.8 daripada 10 dalam ukuran keupayaan digital konvensional.
Usahawan dan dermawan Calvin Ayre, pengasas badan pemikir berkenaan di sebalik indeks itu, berkata: "AI akan mengubah cara kita bekerja, cara kita menjalankan perniagaan dan cara kekayaan dicipta. Tiada siapa pun yang hanya mampu berpeluk tubuh." Kerajaan, katanya, mesti menyediakan kemahiran dan peluang kepada golongan muda untuk berjaya.
Malah, memenuhi penanda aras bukan lagi menjadi jaminan untuk mendapatkan kerja: Afrika Selatan layak, tetapi pengangguran berada pada paras 46.3% dalam kalangan tenaga buruh golongan muda negara itu.
Kajian tersebut menggunakan 1,128 sumber tetapi turut mendedahkan betapa sedikitnya bukti yang wujud dan boleh dibandingkan tentang keupayaan AI sebenar golongan muda di sesetengah negara.
Amaran utamanya menegaskan bahawa akses semata-mata tidak mencukupi. Kemahiran, ketersambungan yang berpatutan, laluan kerjaya dalam pekerjaan dan sokongan untuk usahawan akan menentukan sama ada AI mewujudkan perniagaan baharu dan pekerjaan yang lebih baik – atau mengukuhkan lagi jurang ekonomi sedia ada.
Lebih banyak maklumat di: https://calvinayre.com/for-progress-think-tank.


Share this article