Sidang Kemuncak Global & Kongres Pengguna ZTE 2026 Dibuka di Kuala Lumpur, Melangkah Maju daripada Ketersambungan kepada Penciptaan Nilai Digital
- Sidang Kemuncak Global & Kongres Pengguna ZTE ke-15 dibuka secara rasmi di Kuala Lumpur, Malaysia, dan ditempatkan bersama buat julung kalinya dengan GSMA M360 ASEAN
- Pemimpin kementerian dari Malaysia, Duta Besar China, kepimpinan GSMA, eksekutif pengendali global dan rakan kongsi industri bersama-sama meneroka evolusi rangkaian, inovasi dipacu AI dan kemakmuran ekonomi digital
- ZTE mempamerkan penyelesaian rangkaian AI senario penuh, AI Factory TCO optimum serta peranti AI inovatif, sekali gus merangka pelan hala tuju komersial menyeluruh
KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 September 2026 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu, secara rasmi membuka Sidang Kemuncak Global & Kongres Pengguna ZTE ke-15 hari ini berdasarkan tema "Architecting Infinity–From Connectivity to Digital Value" ("Merangka Bina Infiniti–Daripada Ketersambungan kepada Nilai Digital").
Ditempatkan bersama buat julung kalinya dengan GSMA M360 ASEAN, acara ini merupakan forum anjuran sendiri luar negara tahunan terbesar daripada ZTE. Acara ini menghimpunkan lebih 500 peserta terkemuka, termasuk pegawai kerajaan, pemimpin industri ICT, eksekutif pengendali, perusahaan inovatif dan rakan kongsi ekosistem, untuk terlibat dalam perbincangan mendalam mengenai evolusi rangkaian masa depan, integrasi AI dan inovasi digital serta pertumbuhan ekonomi digital serantau.
YB Dato' Seri Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi Malaysia, menegaskan bahawa fasa digital Malaysia yang seterusnya perlu bergerak melangkaui pelaksanaan ketersambungan ke arah penciptaan nilai nyata menerusi perkhidmatan awam yang lebih baik, perniagaan yang lebih kukuh dan peluang yang lebih besar untuk rakyat Malaysia. Sambil menyeru rakan kongsi teknologi global supaya "bukan sekadar menjual kepada Malaysia, tetapi membangun bersama Malaysia," beliau menekankan kepentingan membangunkan bakat tempatan, memperkukuh keupayaan negara dan memupuk inovasi yang boleh memenuhi keperluan pasaran ASEAN yang lebih luas.
YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital Malaysia, berkata, "Fasa daya saing digital Malaysia yang seterusnya bergantung pada keupayaan menterjemahkan kecerdasan buatan kepada nilai ekonomi dan kemasyarakatan yang nyata, meningkatkan produktiviti, menambah baik perkhidmatan awam dan membuka peluang yang bernilai lebih tinggi untuk rakyat kita. Bagi menjadi sebuah Negara AI menjelang 2030, kita perlu melihat melangkaui infrastruktur bagi memupuk bakat tempatan, menggalakkan tadbir urus yang dipercayai dan memperkasakan inovator tempatan untuk memperluas penyelesaian global."
Ouyang Yujing, Duta Besar Istimewa & Mutlak Republik Rakyat China ke Malaysia, berkata, "Ketersambungan mentakrifkan era kita, manakala inovasi membentuk masa depan kita. Ketika rangkaian digital menghubungkan dunia, AI sedang memacu era baharu kemakmuran bersama. Dalam menyambut gelombang digital global, China memperjuangkan pertumbuhan yang bersifat terbuka, inklusif, selamat dan saling menguntungkan. Kami bersiap siaga untuk bekerjasama dengan rakan kongsi global untuk memperdalam pertukaran teknologi, memacu sinergi industri, bersama-sama membangunkan piawaian dan bersatu dalam tadbir urus yang kolaboratif."
Xie Junshi, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi ZTE, menyampaikan ucaptama bagi pihak penganjur. Beliau berkata, "Di seluruh dunia, ketersambungan dan pengkomputeran semakin bergabung. Ini merupakan trend industri yang utama. 5G global terus berkembang dengan pertumbuhan yang mantap. Pada masa sama, AI telah menjadi pemacu pertumbuhan yang penting bagi industri ini. Pasaran yang berbeza bergerak pada kadar yang berbeza, namun kita semua berkongsi satu hala tuju yang jelas: daripada membina kuasa pengkomputeran kepada memanfaatkan kuasa pengkomputeran dengan sebaik-baiknya.
"Berlatarbelakangkan keadaan pasaran ini, ZTE telah meningkatkan strategi kami kepada Ketersambungan ditambah Pengkomputeran. Kami melihat AI sebagai otak, infrastruktur komunikasi sebagai sistem saraf dan terminal sebagai pembawa. Apabila ketiga-tiga elemen ini bergabung, ia akan membentuk semula masyarakat dan kehidupan harian kita. Teknologi asas yang kukuh merupakan landasan kami. Inilah yang menentukan hala tuju kami."
Beliau menegaskan: "Ketersambungan membina asas kami. Kecerdasan ialah momentum kami. Infiniti ialah ufuk kami — dan bersama-sama, kami akan Merangka Binanya."
Zhang Wanchun, Naib Presiden Kanan ZTE, menyampaikan ucaptama bertajuk "A New Phase of Digital Infrastructure" ("Fasa Baharu Infrastruktur Digital"). Dalam ucapannya, beliau menegaskan, "Usaha kami merupakan perjalanan empat peringkat: visi (vision) bermaksud mencari hala tuju jangka panjang kami, volum (volume) bermaksud melaksanakan inovasi pada skala dan kualiti, nilai (value) bermaksud mengubah infrastruktur menjadi sistem penciptaan nilai, manakala usaha teroka (venture) bermaksud menerobos sempadan dengan lebih jauh lagi."
Semasa sidang kemuncak itu berlangsung, ZTE memperlihatkan secara menyeluruh ketersambungan yang diperkasakan dan ditakrifkan semula oleh AI, penghasilan Token yang cekap serta pencapaian nilai, sekali gus merangka pelan hala tuju komersial daripada infrastruktur ketersambungan dan pengkomputeran kepada terminal berasaskan senario.
Sebagai jambatan yang menghubungkan teknologi, pasaran dan ekosistem industri, Sidang Kemuncak Global & Kongres Pengguna ZTE 2026 menyajikan sebuah acara yang inovatif dan berpandangan jauh. ZTE berusaha untuk meneroka bersama pihak berkepentingan, membina DAYA SAING yang dipacu oleh VISI bersama, direalisasikan menerusi VOLUM, diterjemahkan kepada NILAI dan diperluas menerusi USAHA TEROKA.
PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
E-mel: [email protected]
SOURCE ZTE Corporation
Share this article