nubia Neo 5 Max dengan Paparan 7.5-Inci Tampil sebagai Kategori PadPhone Baharu
SHENZHEN, China, 12 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- nubia, jenama telefon pintar sangat diperibadikan dan berorientasikan gaya hidup yang komited untuk membawakan pengalaman permainan bertaraf profesional kepada semua, mengumumkan pelancaran global nubia Neo 5 Max, sekali gus memperkenalkan kategori PadPhone baharu yang menggabungkan pengalaman tontonan luas sebuah tablet kompak dengan kawalan mudah alih sebuah konsol permainan. Dibangunkan berteraskan paparan 7.5-inci yang menerajui segmen, nubia Neo 5 Max menggabungkan pengalaman imersif pada tahap peranti tablet, kawalan bertaraf konsol, maklum balas audio-visual imersif serta bantuan permainan berkuasa AI dalam satu peranti serba guna untuk permainan, hiburan dan produktiviti harian.
"Apabila permainan menjadi semakin imersif dan pemain muda menghabiskan lebih banyak masa dalam kehidupan digital mereka menerusi peranti mudah alih, telefon pintar permainan perlu berkembang menjadi hab peribadi yang sebenar," kata Bai Keke, Naib Presiden ZTE. "Di nubia, kami komited untuk menjadikan teknologi permainan tahap unggulan dapat diakses oleh khalayak yang lebih luas. nubia Neo 5 Max merealisasikan konsep PadPhone dengan mengintegrasikan kejuruteraan kawalan yang menerajui industri, seni bina terma perintis dan penalaan tahap unggulan yang membolehkan pemain bermain dengan lebih hebat, menonton pada skrin lebih besar dan melakukan lebih banyak perkara di mana-mana sahaja mereka berada."
Hab Semua-dalam-Satu dengan Paparan 7.5-inci Terajui Cara Baharu untuk Bermain dan Menjalani Kehidupan
nubia Neo 5 Max membawakan konsep PadPhone menerusi paparan 1.5K 7.5-inci yang menerajui segmennya, menawarkan 27% lebih banyak ruang yang boleh dilihat berbanding nubia Neo 5 5G. Dengan memberikan nisbah aspek keemasan 18.7:9 untuk pengalaman permainan yang lebih tertumpu, peranti ini memperbesar garis luar musuh sebanyak 40% dalam permainan FPS. Peranti ini turut dilengkapi pensijilan penjagaan mata pada peringkat perkakasan yang diperakui SGS bagi cahaya biru rendah dalam semua senario dan pemalapan DC sebenar, digabungkan dengan fungsi perisian penjagaan mata yang dibangunkan sendiri serta peringatan penggunaan mata pintar demi memastikan pemain berasa selesa dalam setiap pusingan permainan.
Pelbagai mod adaptif menyerlahkan potensi penuh paparan 7.5-inci yang luas serta mentransformasikannya menjadi hab semua-dalam-satu yang serba guna. Mod Landskap bersama penutup pelindung dengan tapak penyokong, mengubahnya menjadi TV-mini peribadi. Mod 'E-Ink' memberikan visual seakan-akan skrin dakwat untuk pengalaman membaca yang selesa pada mata, manakala Mod Pengawal dan Mod Penstriman menyediakan penstriman permainan AAA yang responsif dengan kependaman rendah. Bagi mencapai kecekapan unggulan, Mod Jendela Terapung dan Mod Skrin Terbahagi mengupayakan pelaksanaan berbilang tugas yang lancar.
Kawalan Tahap Konsol Digabungkan dengan Pengalaman Imersif Deria Sepenuhnya
nubia Neo 5 Max menampilkan Neo Triggers 5.0 dengan kadar pensampelan 990Hz dan kependaman tindak balas perkakasan 4.7ms untuk pelaksanaan pantas ketika membidik, menembak, bergerak dan mengaktifkan kemahiran menerusi mod empat jari yang fleksibel. Direka berasaskan gaya pegangan berbentuk huruf C, nisbah kawalan keemasan 7.5-incinya memperluas kawasan sentuhan sebanyak 27% dan melebarkan jarak antara kekunci sebanyak 21% berbanding susun atur konvensional. Magic Touch 3.0 menapis input tidak sengaja daripada jari yang basah atau berminyak, manakala giroskop berketepatan tinggi meningkatkan ketepatan kawalan putaran dan 360° Game Antenna pula memastikan sambungan yang stabil.
Dwipembesar suara simetri sebenar menghasilkan kelantangan 300% lebih tinggi, disertai reka bentuk audio antihalangan. Dikuasakan oleh audio imersif Dolby Atmos, nubia Neo 5 Max memberikan pengalaman bunyi yang lebih berkualiti dengan kedalaman, kejelasan dan perincian luar biasa yang dapat menghubungkan pengguna secara lebih mendalam kepada permainan kegemaran, filem, muzik dan banyak lagi. Motor linear paksi-Z dan pencahayaan RGB Eagle Eye melengkapkan pengalaman permainan dengan memberikan maklum balas haptik bagi aksi dalam permainan serta kesan pencahayaan RGB yang dinamik.
Sistem Penyejukan 30,000mm²+ dan Bateri Dwisel 7,100mAh untuk Permainan Maraton
nubia Neo 5 Max menggandingkan set cip MediaTek Dimensity 7100 6nm, memori LPDDR5X dan storan UFS 2.2 dengan NeoTurbo Engine bagi memberikan prestasi mantap, kadar bingkai yang stabil dan kecekapan tenaga. Model ini dibangunkan dengan sistem penyejukan 30,000mm²+ perintis yang meningkatkan kecekapan pelesapan haba sebanyak 140% menerusi kebuk wap kapilari dwilapisan yang memperluas laluan peredaran wap-cecair serta panel VC bercap 3D untuk pelesapan haba yang lebih pantas. AI Game Space 5.0 menyediakan akses pantas kepada alat permainan dan bantuan pintar. AI Copilot Demi 2.0 pula bertindak sebagai jurulatih dan teman permainan dengan menawarkan panduan masa nyata, perkembangan terkini pertempuran serta sokongan berkaitan permainan kepada pemain.
Bateri super dwisel 7,100mAh mengagihkan kuasa dengan lebih cekap, sekali gus membantu mengurangkan haba dan menyokong kebolehpercayaan bateri dalam tempoh jangka panjang ketika penggunaan intensif. Semasa bermain, Bypass Charging membekalkan kuasa terus kepada peranti tanpa memanaskan bateri. Walaupun bateri hanya berbaki 5%, Mod Ekstrem 5% membolehkan pemain terus bermain sehingga 22.9 minit.
nubia Neo 5 Max tersedia terlebih dahulu di Asia Tenggara sebagai sebahagian daripada pelancaran globalnya, bakal muncul dengan pilihan warna Shadow Black, Titanium Gold dan Cyber Silver, dengan menawarkan konfigurasi RAM 20GB (8GB + 12GB) berserta storan 256GB atau storan 512GB.
PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
E-mel: [email protected]
SOURCE ZTE Corporation
Share this article