WYF Himpunkan Lebih 700 Pelajar dari Lebih 20 Negara dan Wilayah bagi Sidang Kemuncak Kepimpinan Ekonomi Masa Depan di Hong Kong
HONG KONG, 16 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Pada 13 Ogos, World Youth Forum (WYF), sebuah pertubuhan bukan untung antarabangsa yang memajukan pembelajaran berasaskan cabaran dan pembangunan belia, telah melabuhkan tirai Sidang Kemuncak Kepimpinan Ekonomi Masa Depan (Future Economics Leadership Summit, WYF-FELS) yang menghimpunkan lebih 700 pelajar dari lebih 20 negara dan wilayah.
Para peserta berasal dari China, Croatia, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, India, Indonesia, Itali, Jepun, Malaysia, Mongolia, Myanmar, Nepal, Thailand, Türkiye, United Kingdom, Uzbekistan, Vietnam dan Zimbabwe (disenaraikan mengikut susunan abjad), antara lain. Diadakan dari 9 hingga 13 Ogos, sidang kemuncak itu meneroka hubungan antara ekonomi, perniagaan, teknologi dan masyarakat.
Dengan bekerjasama secara berpasukan, para pelajar mengkaji isu dunia sebenar dan membangunkan penyelesaian berasaskan bukti menerusi cabaran akademik, projek kolaboratif dan pembentangan. WYF-FELS menggalakkan mereka berfikir sebagai ahli ekonomi, usahawan dan pemimpin masa depan, di samping memperkukuh pemikiran kritis, komunikasi serta kerjasama rentas budaya.
Sidang kemuncak itu mengalu-alukan pemimpin dan pakar daripada bidang akademik, industri dan pendidikan antarabangsa, termasuk Patrick Schultz, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Business Professionals of America (BPA); Tierney Kraft, Ketua Pegawai Operasi Council for Economic Education (CEE); Alaina Ritchie, Pengarah Perkongsian Council for Economic Education (CEE); serta Alison Marie Tanker, Pengarah Urusan, Program Antarabangsa, Minerva Baccalaureate. Profesor dan pakar bidang khusus daripada institusi seperti ITU, CUHK dan HKUST turut menyumbang kepada program tersebut, dengan menghubungkan pembelajaran di bilik darjah dengan trend ekonomi, inovasi perniagaan dan pembangunan global.
Satu perhimpunan kepimpinan mengundang pelajar dan alumni cemerlang untuk membincangkan bagaimana WYF telah mempengaruhi pilihan akademik, pembangunan diri serta penglibatan mereka dalam isu global. Para peserta turut meneroka bagaimana penceritaan yang diterajui belia, duta pelajar dan komuniti digital dapat memperluas impak sidang kemuncak itu melangkaui acara tersebut.
Acara-acara kemuncak melibatkan U20 – Youth Voice, Immersion Lab dan World Youth Fusion, antara aktiviti-aktiviti lain, memperlihatkan keupayaan pelajar untuk memahami isu yang kompleks, bekerjasama merentasi sempadan, mengemukakan penyelesaian berpandangan jauh serta menggalakkan pertukaran antara budaya.
WYF akan terus bekerjasama dengan sekolah, pendidik, universiti dan rakan kongsi industri untuk memperluas akses kepada pembelajaran dunia sebenar serta menghubungkan pelajar dengan peluang akademik, latihan amali dan kerjaya pada masa hadapan.
Latar Belakang World Youth Forum
World Youth Forum (WYF) ialah platform pembangunan belia antarabangsa bukan untung yang melibatkan lebih 500,000 anak muda setiap tahun di lebih 30 negara menerusi program pendidikan, cabaran, persidangan antarabangsa dan inisiatif yang diterajui belia.
SOURCE World Youth Forum (WYF)
Share this article