Alibaba.com Memperkenalkan Accio Work, Pasukan Perniagaan Agentic AI Bersama Pertandingan Pitch Bernilai RM500,000
- Pasukan AI plug-and-play yang mengautomasikan operasi perniagaan dari hujung ke hujung, membolehkan PKS pelbagai saiz mencapai pelaksanaan bertaraf perusahaan
- Pertandingan startup berkuasa AI, CoCreate Pitch 2026, diperkenalkan dengan jumlah hadiah bernilai RM500,000 untuk Malaysia
KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Jun 2026 /PRNewswire/ -- Alibaba.com, platform perdagangan B2B global terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Accio Work, sebuah pasukan perniagaan Agentic AI yang direka khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. Seiring dengan pelancaran produk tersebut, Alibaba.com turut memperkenalkan CoCreate Pitch 2026, pertandingan startup berkuasa AI yang dipacu oleh Accio Work, dengan kategori khas Malaysia yang menawarkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak RM500,000.
Accio Work dibangunkan khusus untuk membolehkan agen AI melaksanakan secara langsung pelbagai tugasan yang diperlukan dalam operasi perniagaan, daripada penyelidikan pasaran, perancangan produk dan penyumberan, sehinggalah kepada penyenaraian produk, pemasaran global dan pengurusan kedai. Pada terasnya, Accio Work melangkaui fungsi AI konvensional berasaskan soal jawab dengan menukarkan arahan pengguna kepada tindakan sebenar yang boleh dilaksanakan secara autonomi.
"Dalam persekitaran perdagangan global hari ini, AI bukan lagi teknologi masa depan. Ia kini menjadi infrastruktur teras yang sedang mengubah secara asas cara perniagaan beroperasi," kata Shawn Yang, Pengurus Besar APAC di Alibaba.com. "Accio Work direka untuk membantu PKS dan usahawan individu mengakses serta beroperasi dalam pasaran global dengan keupayaan pelaksanaan bertaraf perusahaan."
Daripada Pembantu kepada Agen: Era Baharu Operasi Perniagaan
SMEs navigating the global marketplace typically grapple with three barriers: a steep learning curve, a shortage PKS yang beroperasi dalam pasaran global lazimnya berdepan tiga cabaran utama: keluk pembelajaran yang curam, kekurangan bakat khusus dan beban operasi yang tinggi. Kerumitan perdagangan antarabangsa yang merangkumi keperluan bahasa, rangka kerja kawal selia dan sistem percukaian yang berbeza mewujudkan cabaran besar kepada pembeli dan penjual. Pada masa yang sama, kekurangan profesional perdagangan B2B yang berpengalaman serta jumlah tugasan manual yang banyak di sepanjang rantaian bekalan menyebabkan ramai PKS beroperasi dengan sumber yang terhad.
Accio Work menangani cabaran ini secara langsung. Dengan bertindak sebagai penasihat strategik, ia membantu memudahkan pemahaman terhadap keperluan perdagangan yang kompleks serta menyediakan panduan bertaraf pakar mengenai kemasukan pasaran dan perancangan kategori. Tenaga kerja agen AI yang beroperasi 24/7 pula membantu mengatasi jurang bakat dengan menawarkan sokongan yang boleh diskalakan tanpa perlu menambah tenaga kerja. Melalui automasi proses, Accio Work membolehkan pasukan menumpukan perhatian kepada keputusan strategik bernilai tinggi seperti rundingan dengan pembekal dan pengurusan risiko masa nyata, berbanding tugasan pentadbiran yang bersifat rutin.
"Accio Work direka untuk memberikan PKS sebuah pasukan AI yang benar-benar plug-and-play, yang lebih mudah diguna pakai, lebih profesional dalam pelaksanaan dan lebih bersifat autonomi dalam operasi," kata James Zhang, Ketua Produk & Perkhidmatan Penjual Global dan Pertumbuhan Pembeli APAC di Alibaba.com. "Dengan perniagaan melancarkan operasi dengan lebih pantas, membuat keputusan yang lebih bijak dan beroperasi sepanjang masa, kami percaya ia mampu mentakrifkan semula bagaimana pasukan kecil bersaing dan berkembang di peringkat global."
Perusahaan kecil dan sederhana kini mewakili 96.1% daripada keseluruhan perniagaan di Malaysia, dengan majoritinya terlibat dalam sektor perkhidmatan. Keadaan ini meningkatkan permintaan terhadap alat berkuasa AI dan infrastruktur perdagangan rentas sempadan. Pada tahun 2025, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) melancarkan pelan hala tuju perdagangan rentas sempadan yang membolehkan lebih banyak perniagaan tempatan meluaskan capaian pasaran mereka. Alibaba.com turut menyaksikan momentum positif ini melalui peningkatan ketara dalam bilangan pengeksport baharu yang menyertai platform tersebut.
CoCreate Pitch 2026: Pertandingan Startup Berasaskan Produk Terkemuka
Seiring dengan pelancaran tersebut, Alibaba.com turut mengumumkan CoCreate Pitch 2026 (Bahagian Malaysia).
Dikuasakan oleh Accio Work, CoCreate Pitch merupakan pertandingan startup berkuasa AI yang direka untuk mengenal pasti dan menyokong inovator yang berfokuskan produk. Bahagian Malaysia menawarkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak RM500,000 merangkumi tiga kategori iaitu PKS Umum, Startup 0 ke 1 dan Pelajar
Pendaftaran kini dibuka dan akan ditutup pada 25 Ogos 2026, sebelum sepuluh finalis yang disenarai pendek akan diumumkan pada 10 September 2026.
Peringkat akhir pertandingan akan berlangsung pada bulan Oktober, dengan para pemenang berpeluang mewakili Malaysia di sidang kemuncak global CoCreate 2026 di London pada bulan November.
Pendaftaran kini dibuka sehingga 25 Ogos 2026 di: https://www.alibabacocreate.com/pitch/apply-form
Mengenai Alibaba.com
Ditubuhkan pada tahun 1999, Alibaba.com merupakan platform e-dagang B2B global terkemuka yang menghubungkan pembeli dan pembekal di lebih 200 negara dan wilayah di seluruh dunia. Platform ini menawarkan pelbagai penyelesaian perdagangan yang membantu perniagaan mengembangkan capaian mereka ke pasaran antarabangsa, sambil memudahkan pembeli mencari produk, berhubung dengan pembekal dan membuat pesanan dengan lebih cepat serta cekap. Alibaba.com merupakan sebahagian daripada Alibaba International Digital Commerce Group.
SOURCE Alibaba.com
Share this article