Alliance Laundry Systems mempamerkan inovasi dobi pintar terbaharu di kilangnya di Thailand, mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian dobi komersial terkemuka dunia
Hab yang dinaik taraf ini menggabungkan keupayaan pembuatan termaju bagi menawarkan penyelesaian berkecekapan tinggi dan nilai jangka panjang kepada pelanggan-pelanggan di seluruh Asia Pasifik
KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Jun 2026 /PRNewswire/ -- Alliance Laundry Systems (ALS), peneraju global dalam peralatan dobi komersial, hari ini membuka pintu kilangnya di Thailand. Kemudahan yang dipertingkatkan ini mempamerkan pengeluaran peralatan dobi komersial generasi baharu di bawah lima jenama keluarga Alliance: Speed Queen®, UniMac®, Huebsch®, Primus® dan IPSO®. Ia turut menampilkan pusat inovasi STAR Lab (Thailand Science Technology Research Laboratory) yang diperluas, sekali gus memperkukuh komitmen Alliance dalam menyediakan penyelesaian dobi yang pintar, berkecekapan tinggi dan mampan di Thailand serta di rantau Asia Pasifik yang lebih luas.
Encik Ben Dobbs, Pengarah Urusan APAC di Alliance Laundry (Thailand) Co., Ltd, berkata, "Selama lebih 118 tahun, Alliance Laundry Systems telah membina kejayaan kami berasaskan kualiti Amerika, kebolehpercayaan serta inovasi berterusan dalam industri dobi komersial. Kilang kami di Thailand menunjukkan bagaimana kami telah menerjemahkan kekuatan ini kepada penyelesaian pintar dan cekap yang menangani cabaran operasi sebenar, sambil memberikan nilai serta kualiti jangka panjang kepada para pelabur dan perniagaan. Dengan kombinasi kejuruteraan paling maju, pembuatan berketepatan tinggi dan STAR Lab pertama di rantau ini, kami berada pada kedudukan yang kukuh untuk menawarkan produk yang menyokong kecekapan operasi serta keperluan perniagaan jangka panjang."
Pertumbuhan pasaran yang kukuh bagi dobi komersial di Asia Pasifik
Pasaran dobi komersial terus berkembang di peringkat global, disokong oleh peningkatan permintaan daripada sektor hospitaliti, penjagaan kesihatan dan kedai dobi. Di Asia Pasifik, pembangunan pasaran serantau dipacu oleh urbanisasi, pertumbuhan pelancongan serta permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian dobi yang automatik dan cekap tenaga.[1]
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, mencuci pakaian merupakan rutin harian, namun ia tidak semestinya perlu memakan masa. Alliance Laundry Systems sedang mentransformasikan dobi layan diri sebagai pilihan yang lebih bersih, pantas dan mudah dengan penggunaan mesin yang lebih berkuasa. Sistem dobi layan diri ini memenuhi keperluan mereka yang tidak mempunyai kemudahan mencuci pakaian di rumah, keluarga yang sibuk, pelajar, golongan profesional dan pengembara yang memerlukan perkhidmatan dobi yang boleh dipercayai. Ia juga mengurangkan keperluan untuk membeli, menyelenggara atau membaiki mesin basuh, di samping membantu menjimatkan penggunaan air dan tenaga. Lebih daripada sekadar tempat untuk mencuci pakaian, dobi layan diri kini semakin menjadi ruang komuniti yang membolehkan orang ramai menyelesaikan tugasan harian dengan lebih mudah dan selesa.
Malaysia juga dijangka memainkan peranan penting dalam strategi pertumbuhan ASEAN yang lebih luas merentasi pelbagai sektor seperti hospitaliti, penjagaan kesihatan, dobi layan diri, komuniti kediaman, restoran, institusi, operasi perindustrian dan pengurusan fasiliti. Di Malaysia, dengan keperluan untuk penyelesaian dobi yang cekap, bersih dan mampu milik semakin meningkat, ALS melihat peluang besar untuk menyokong perniagaan dan komuniti melalui sistem yang boleh dipercayai bagi meningkatkan produktiviti, kualiti perkhidmatan dan prestasi operasi jangka panjang.
Kilang Thailand sebagai hab pembuatan dan eksport serantau
Kemudahan ALS seluas 27,000 meter persegi di Chonburi, Thailand akan menjadi hab pembuatan dan eksport strategik untuk mempercepatkan pertumbuhan merentas pasaran sedang pesat membangun di rantau yang lebih luas. Ini disokong oleh jentera berketepatan kejuruteraan Jerman di fasiliti tersebut, yang membolehkan pembentukan komponen dengan ketepatan tinggi serta kualiti produk yang konsisten bagi setiap unit.
Teknologi termaju seperti prototaip pantas dan kejuruteraan berbantukan komputer (CAE) digunakan untuk mereka bentuk, mensimulasikan dan mengesahkan produk secara fizikal sebelum ia memasuki pengeluaran penuh. Pendekatan bersepadu ini mengoptimumkan prestasi, memendekkan kitaran pembangunan dan meningkatkan kebolehpercayaan berbanding kaedah pembuatan tradisional, sekali gus memastikan setiap mesin memenuhi piawaian keselamatan dan prestasi antarabangsa. Setiap mesin turut dilengkapi dengan ciri-ciri untuk meminimumkan penggunaan sumber, mengurangkan penggunaan air bagi setiap kitaran, mengoptimumkan kecekapan tenaga dan meningkatkan jangka hayat mesin, sekaligus mengurangkan jejak alam sekitar dari semasa ke semasa.
Produk utama termasuk:
- Stax-X, penyelesaian mesin basuh-pengering bertingkat yang direka untuk pemilik-pemilik perniagaan baharu, usahawan PKS dan pengendali dobi berformat kompak. Stax-X menggabungkan fungsi membasuh dan mengeringkan bertaraf komersial dalam konfigurasi menegak dan tersedia di bawah jenama keluarga ALS, termasuk Speed Queen®, Huebsch®, Primus® dan IPSO®. Ciri-ciri utama termasuk kitaran yang boleh diprogramkan, serta alat upsell dan penetapan harga fleksibel untuk operasi harian. Stax-X tersedia dalam dua varian kapasiti, iaitu 14KG dan 23KG, kedua-duanya direka untuk ketahanan penggunaan tinggi dan penyelenggaraan dengan masa henti yang rendah.
- COMBO, mesin basuh-pengering semua dalam satu yang direka untuk memudahkan operasi dan memaksimumkan kecekapan ruang — sesuai untuk kemudahan dobi awam dan kedai berformat kecil. COMBO menawarkan operasi fleksibel, membolehkan pengguna menjalankan kitaran basuh sahaja, kering sahaja atau gabungan basuh dan kering bagi memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai. (Tersedia hanya di bawah jenama Speed Queen®)
Inovasi ini dibangunkan di STAR Lab baharu ALS, iaitu makmal penyelidikan dan pembangunan produk serantau pertamanya. Pusat penyelidikan ini membolehkan semua mesin menjalani ujian fungsi, disokong oleh pasukan kejuruteraan global ALS bagi memastikan semua peralatan memenuhi keperluan prestasi, keselamatan dan pelepasan pasaran.
Selain inovasi produk, ALS turut memberi penekanan kepada operasi yang bertanggungjawab. Kilang ini menyokong pendekatan tersebut melalui inisiatif seperti panel solar di atas bumbung, kitar semula air di makmal ujian serta penggunaan pembekal tempatan dan serantau apabila berdaya dilaksanakan.
Komitmen terhadap sokongan selepas jualan yang menyeluruh untuk dobi komersial
ALS telah menyediakan salah satu ekosistem sokongan selepas jualan yang paling menyeluruh dalam industri. Pengedar tempatan dan rakan servis di seluruh rantau akan menerima latihan komprehensif dalam diagnostik, penyelenggaraan dan penjagaan kitar hayat produk, bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang konsisten di setiap pasaran.
Perniagaan dan pelabur akan mendapat manfaat daripada rangkaian perkhidmatan yang bermula daripada penilaian tapak awal, perancangan susun atur, ketersediaan alat ganti tulen, bantuan teknikal sehinggalah ke perlindungan waranti.
"Selain mengekalkan standard kualiti yang tinggi, kami telah membina kerjasama kukuh dengan pengedar tempatan di setiap pasaran yang kami sertai bagi menyampaikan penyelesaian menyeluruh dari hujung ke hujung — daripada sokongan latihan hingga perkhidmatan selepas jualan — memastikan pelanggan dan pelabur dapat bergantung kepada ALS dengan keyakinan dan ketenangan sepenuhnya," tambah Encik Dobbs.
Mengenai Alliance Laundry Systems
Alliance Laundry menjadikan dunia lebih bersih sebagai penyedia sistem dobi komersial berkualiti tinggi. Penyelesaian dobi kami tersedia di bawah lima jenama yang dihormati, dijual dan disokong oleh rangkaian global pengedar terpilih. Kami berkhidmat di kira-kira 150 negara dengan pasukan lebih 4,000 pekerja. Jenama kami termasuk Speed Queen®, UniMac®, Huebsch®, Primus® dan IPSO®. Secara kolektif, jenama-jenama ini menawarkan rangkaian lengkap mesin basuh komersial, pengering dan mesin seterika (dengan kapasiti muatan daripada 20–400 lb. atau 9–180 kg.) serta sokongan perkhidmatan. Anda juga boleh menikmati cucian unggul dan penjagaan fabrik daripada peralatan dobi bertaraf komersial di kediaman anda melalui mesin basuh dan pengering Speed Queen® yang legenda.
Untuk maklumat lanjut, layari www.alliancelaundry.com atau isi borang di laman web ini.
[1] Business Research Insights: Commercial Laundry Market Report (https://www.businessresearchinsights.com/market-reports/commercial-laundry-market-117892 ) |
SOURCE Alliance Laundry Systems
Share this article