AppliedAI dan McKinsey & Company bekerjasama menstruktur semula proses perusahaan terkawal selia secara pantas dengan AI
- Kerjasama ini menggabungkan kepakaran transformasi McKinsey, termasuk QuantumBlack, dengan Opus, platform Agentic Process Execution (APX) AppliedAI, bagi melaksanakan aliran kerja yang dikawal, boleh diaudit dalam industri terkawal selia.
- Pelaksanaan bersama dengan pengeluar bahan kimia Eropah terkemuka mengurangkan proses suai tugas vendor selama dua minggu kepada kurang lima minit bagi pemprosesan aktif, dengan pengurangan usaha manual lebih 99 peratus.
ABU DHABI, UAE dan NEW YORK, 26 Mei 2026 /PRNewswire/ -- AppliedAI dan McKinsey & Company mengumumkan kerjasama mereka untuk membantu perusahaan terkawal selia menstruktur semula operasi pejabat tengah dan fungsi pentadbiran menggunakan AI berejen. Kerjasama itu menggabungkan keupayaan transformasi hujung-ke-hujung McKinsey, termasuk kedalaman teknikal QuantumBlack, dengan Opus, platform Agentic Process Execution daripada AppliedAI. Kerjasama itu memfokuskan industri terkawal selia dan operasi proses perniagaan.
Penyelidikan McKinsey menunjukkan bahawa 62 peratus organisasi sedang bereksperimen dengan ejen AI, namun hanya 23 peratus berjaya menskalakan sistem berejen dalam perusahaan mereka. Kekangannya bukan lagi pada keupayaan model. Sebaliknya, ia terletak pada pelaksanaan: keupayaan untuk menterjemahkan keupayaan model kepada aliran kerja gred pengeluaran dikawal dan boleh diaudit yang mampu memenuhi segala syarat dalam proses penelitian kawal selia. Kerjasama ini dibina untuk menutup jurang itu dengan memendekkan laluan daripada strategi transformasi hingga aliran kerja operasi daripada tempoh berbulan-bulan kepada beberapa minggu.
Opus membolehkan organisasi menemui, membina, menjalankan, mengoptimumkan dan mengawal aliran kerja berejen, dengan lapisan ingatan perusahaan berterusan yang mengubah setiap pelaksanaan menjadi kecerdasan institusi gabungan. Platform itu bersifat model-agnostik, mengatur kerja dalam sistem perusahaan sedia ada dan direka untuk pihak berkepentingan perniagaan, bukan sahaja pasukan teknikal, memiliki dan mengembangkan aliran kerja yang mengendalikan operasi mereka, sekali gus mencerminkan peralihan yang lebih luas ke arah meletakkan keupayaan AI di tangan individu yang paling hampir dengan kerja tersebut.
Kerjasama itu menggabungkan kepakaran domain dan pengurusan perubahan McKinsey serta kedalaman teknikal QuantumBlack dengan keupayaan Opus untuk membantu pelanggan membentuk semula dan melaksanakan aliran kerja perusahaan berejen dengan pantas. Menerusi kerjasama itu, McKinsey mengetuai pengenalpastian dan pembentukan semula aliran kerja berhalangan tinggi, melibatkan pihak berkepentingan perniagaan dan teknikal dengan cara baharu yang dijayakan oleh Opus, serta menerapkan perubahan tadbir urus dan model operasi yang diperlukan untuk menjalankan sistem berejen secara meluas. AppliedAI menyediakan platform yang melaluinya aliran kerja yang dibentuk semula itu dibina, dilaksanakan dan ditambah baik secara berterusan. Tawaran gabungan itu direka untuk mempercepat masa kepada penciptaan nilai dan meningkatkan pulangan ke atas transformasi proses berejen.
"Kerjasama kami dengan AppliedAI menangani keperluan terhadap penyelesaian berejen bagi aliran kerja pejabat tengah dan fungsi pentadbiran. Ia turut memperkenalkan alat baharu yang menyokong pelan hala tuju AI perusahaan, mengenal pasti keperluan perniagaan dengan pantas dan membentuk semula aliran kerja yang menggiatkan usaha AI kami. Ini memberikan pelanggan laluan yang dikawal dan boleh diaudit bermula daripada strategi transformasi hingga aliran kerja operasi dalam tempoh beberapa minggu, bukan berbulan-bulan," kata Ben Ellencweig, Ketua Global bagi QuantumBlack Partnerships and Alliances, McKinsey & Company.
Impak yang ditunjukkan
Menerusi pelaksanaan bersama dengan pengeluar bahan kimia Eropah terkemuka yang beroperasi di bawah keperluan kawal selia yang ketat, McKinsey dan AppliedAI menggunakan Opus untuk mentransformasikan proses suai tugas vendor yang sebelum ini bersifat manual, perlahan dan mudah terdedah kepada kesilapan, dengan data terpecah dalam sistem dan kemajuan bergantung kepada susulan berulang kali. Dengan mengautomasikan pemerolehan data, semakan pematuhan dan komunikasi pihak rakan niaga, usaha bersama itu menghasilkan:
- Pengurangan lebih 99 peratus usaha pemprosesan manual
- Masa kitaran dipendekkan daripada kira-kira dua minggu kepada kurang lima minit bagi pemprosesan aktif
- Peningkatan ketara ketepatan data, kedudukan pematuhan dan keterlihatan proses masa nyata
Kerjasama itu dirangka untuk mengulangi corak ini pada skala besar merentasi industri terkawal selia: mengenal pasti aliran kerja yang halangannya membawa kepada kos paling tinggi, membentuk semula aliran kerja bersama pemilik proses yang mengendalikannya, dan melaksanakan proses berejen terkawal dengan pantas ke dalam pengeluaran.
"Perusahaan membelanjakan bertrilion-trilion di peringkat global untuk kerja yang perlu tetapi bertatacara. Kami membina Opus daripada prinsip pertama untuk perusahaan berejen, dengan mengubah pengetahuan proses selama berdekad-dekad yang terperangkap dalam dokumen, ingatan kesukuan dan sistem legasi menjadi aliran kerja dikawal dan sedia untuk pengeluaran dalam beberapa minit. Kerjasama dengan McKinsey merupakan cara kami membawa pembentukan semula itu kepada industri terkawal selia pada skala yang mereka perlukan, daripada perkhidmatan kewangan di New York dan London hingga sektor industri di Frankfurt serta program skala berdaulat di Teluk."
— Arya Bolurfrushan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, AppliedAI
"Transformasi AI sering dilancarkan dengan cita-cita besar. Namun begitu, cita-cita tanpa pelaksanaan hanya mencetuskan kekecewaan dan bukannya nilai. Kerjasama ini menyampaikan apa yang diminta oleh pelanggan kami: satu cara untuk menstruktur semula operasi mereka menggunakan AI yang dikawal, boleh diaudit dan pantas. Ia membawa AI terus kepada P&L organisasi."
— Abdellah Iftahy, Rakan Kongsi Kanan, McKinsey & Company; Ketua Amalan Pembinaan Perniagaan EEMA, Timur Tengah
Latar Belakang AppliedAI
AppliedAI ialah jaguh AI UAE dan syarikat AI perusahaan global yang membangunkan Opus, platform Agentic Process Execution (APX) yang membolehkan perusahaan terkawal selia menemui, membina, menjalankan dan mengoptimumkan aliran kerja berejen yang dikawal. Beribu pejabat di Abu Dhabi, AppliedAI menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh benua Amerika, Eropah, Timur Tengah dan Asia. Ketahui lebih lanjut di opus.com.
Latar Belakang McKinsey & Company
McKinsey ialah firma perunding pengurusan global yang komited untuk membantu organisasi mempercepat pertumbuhan mampan dan inklusif. Kami bekerjasama dengan pelanggan dalam sektor swasta, awam dan sosial untuk menyelesaikan masalah yang rumit serta mencipta perubahan positif untuk semua pihak berkepentingan mereka. Kami menggabungkan strategi berani dan teknologi transformatif untuk membantu organisasi berinovasi secara lebih mampan, mencapai peningkatan prestasi yang berkekalan dan membina tenaga kerja yang akan terus berkembang maju untuk generasi ini dan generasi akan datang. Layari www.mckinsey.com untuk maklumat lanjut.
McKinsey mempunyai kepentingan kewangan yang berkait dengan prestasi AppliedAI. Siaran media ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan - dan tidak boleh dijadikan sandaran dalam apa jua cara sebagai - nasihat undang-undang, cukai atau pelaburan atau sebagai tawaran untuk menjual atau sebagai permintaan tawaran untuk membeli apa-apa kepentingan dalam mana-mana anggota kumpulan korporat AppliedAI.
SOURCE AppliedAI
Share this article