Dipercayai oleh jenama-jenama terkemuka, PR Newswire Amplify™ memperluas kekuatan pengedarannya ketika syarikat mempelopori komunikasi pintar hujung-ke-hujung di APAC.
HONG KONG, 29 Jun 2026 /PRNewswire/ -- PR Newswire mengumumkan secara rasmi pelancaran PR Newswire Amplify™ di Asia Pasifik. Susulan kejayaan pelancaran pada tahun 2025 yang mencorakkan industri merentasi Amerika Utara dan Selatan, Eropah, Timur Tengah, India dan Afrika, platform berkuasa AI ini membolehkan golongan profesional perhubungan awam menyelesaikan perancangan kempen, penciptaan kandungan, pengedaran dan analisis prestasi kempen pada satu platform bersepadu.
Dibangunkan berasaskan kepakaran pengedaran berita global selama lebih 70 tahun, PR Newswire Amplify™ mengubah siaran akhbar menjadi kempen bersepadu sepenuhnya merentas pelbagai saluran yang membolehkan kisah sesebuah jenama menjangkau media tradisional, platform digital dan ekosistem carian AI. Dengan menggabungkan aliran kerja pacuan AI bersama rangkaian pengedaran yang tiada tandingan, kepakaran industri serta cerapan prestasi sejarah daripada siaran akhbar yang telah diterbitkan, platform ini membantu jenama memperkukuh konsistensi mesej, meluaskan jangkauan dan mengekalkan kawalan terhadap naratif mereka merentas saluran.
"Integrasi pantas Amplify ke dalam aliran kerja harian pasukan komunikasi menjadi bukti kejayaan yang boleh diukur yang dibawa olehnya—kami teruja untuk memperkenalkan platform ini kepada lebih ramai pelanggan kami yang dihargai," kata Matt Brown, Presiden PR Newswire. "Membawa platform Multichannel AmplificationTM ini ke rantau Asia Pasifik merupakan satu pencapaian penting dalam misi berterusan kami untuk membantu jenama global membentuk, mengedarkan dan mengukur naratif korporat mereka dengan berkesan."
Sejak pelancaran platform ini pada September 2025, pelanggan dapat menyaksikan impak PR Newswire Amplify™ ke atas kecekapan pasukan dan hasil kempen mereka.
Data dalaman menunjukkan bahawa siaran akhbar yang disokong oleh platform berkenaan mencapai peningkatan purata sebanyak 21% dalam jumlah tontonan; peningkatan penglibatan sehingga tiga kali ganda, dan peningkatan 12% dalam kualiti kandungan, berdasarkan sistem pemarkahan kandungan PR Newswire. Selain itu, komunikator yang ingin menyampaikan kisah berkualiti tinggi yang menarik minat wartawan dan juga enjin AI telah memperkukuh kandungan mereka melalui cadangan AEO & GEO yang boleh dilaksanakan dan disediakan oleh Amplify. Digabungkan dengan kewibawaan dan kredibiliti PR Newswire yang memacu industri, Amplify membolehkan pelanggan sentiasa menjadi yang paling menguasai topik perbualan.
"AI sedang membentuk semula cara orang ramai mencari berita, maklumat dan kandungan, sekali gus mewujudkan salah satu perubahan paling besar yang pernah dialami oleh industri komunikasi dan perhubungan awam dalam beberapa tahun kebelakangan ini," kata Matt Brown, Presiden PR Newswire. "Menerusi Amplify, kami menghimpunkan setiap peringkat proses komunikasi dalam satu platform dipacu AI, seterusnya memberikan jenama-jenama dengan kawalan yang lebih besar terhadap penceritaan, penglibatan audiens dan pengukuran prestasi."
Pelancaran tersebut memperkenalkan dua penyelesaian strategik yang utama untuk golongan profesional komunikasi – Plan dan Create.
Plan: Temui Kisah Anda yang Seterusnya dengan Kecerdasan pacuan Data
Modul Plan membolehkan pengguna membangunkan kempen berasaskan data menggunakan trend industri global dan serantau, aktiviti pesaing, cuti tempatan dan serantau serta acara industri yang utama. Bermula dengan menjana idea kempen yang seterusnya hingga membangunkan strategi komunikasi yang komprehensif, platform ini membantu komunikator menghasilkan ringkasan kempen dengan lebih pantas dan lebih yakin.
Create: Perluas Kisah Jenama Sambil Mengekalkan Suara Jenama Anda
Modul Create membantu pasukan komunikasi meningkatkan penghasilan kandungan dengan mengubah siaran akhbar menjadi pelbagai jenis aset yang sedia digunakan oleh saluran tanpa menjejaskan identiti jenama. Selain memperhalusi tajuk utama, petikan dan struktur siaran, platform ini boleh menghasilkan rencana khas, catatan blog, kandungan sosial dan cadangan media yang disesuaikan serta-merta.
Ciri pemarkahan kandungan yang baharu turut menawarkan cadangan masa nyata yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti kandungan. Pasukan dapat menjana dan mengoptimumkan siaran dengan lancar untuk menarik perhatian wartawan, pelanggan dan pelabur, selain memperkukuh kehadiran jenama dalam enjin gelintar AI melalui pengoptimuman enjin jawapan (AEO) dan pengoptimuman enjin generatif (GEO).
Mentakrifkan generasi komunikasi yang seterusnya
Pelancaran PR Newswire Amplify™ di Asia Pasifik menandakan evolusi strategik syarikat daripada pengedar siaran akhbar yang terbesar di dunia kepada satu-satunya rakan kongsi Multichannel Amplification™ global yang sebenar bagi memperkasakan komunikator membangunkan strategi, menghasilkan kandungan yang menarik dan berhubung dengan audiens di seluruh dunia dengan lebih cekap dan berkesan berbanding sebelum ini.
PR Newswire ialah rakan pengedaran siaran akhbar yang terkemuka dalam industri dengan jangkauan global yang tiada tandingan kepada lebih 500,000 bilik berita, laman web, suapan langsung, wartawan dan pempengaruh, serta tersedia di lebih 170 negara dan dalam 40 bahasa. Bermula daripada platform PR Newswire Amplify™ berkuasa AI inovatif kami, tawaran Perkhidmatan Kandungan yang memenangi anugerah, bilik berita media bersepadu dan produk laman mikro, rangkaian perkhidmatan Perhubungan Pelabur, penempatan berbayar dan alat perkongsian sosial, PR Newswire memiliki katalog penyelesaian Multichannel Amplification™ komprehensif bagi menangani cabaran zaman moden yang dihadapi oleh pasukan perhubungan awam dan komunikasi. Selama lebih 70 tahun, PR Newswire menjadi destinasi pilihan di seluruh dunia untuk jenama-jenama berkongsi kisah berita mereka yang paling penting. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.prnewswire.com/apac/
Share this article