Dipercayai oleh jenama-jenama terkemuka, PR Newswire Amplify™ memperluas keupayaan pengedarannya ketika syarikat mempelopori komunikasi pintar hujung-ke-hujung di APAC.
HONG KONG, 29 Jun 2026 /PRNewswire/ -- PR Newswire mengumumkan secara rasmi pelancaran PR Newswire Amplify™ di Asia Pasifik. Susulan kejayaan pelancaran pada tahun 2025 yang mencorakkan industri merentasi Amerika Utara dan Selatan, Eropah, Timur Tengah, India dan Afrika, platform berkuasa AI itu membolehkan golongan profesional perhubungan awam mengurus perancangan kempen, penciptaan kandungan, pengedaran dan analisis prestasi kempen dalam satu platform bersepadu.
PR Newswire Amplify™ - Rancang Lebih Bijak, Cipta Lebih Cepat, Jangkau Lebih Jauh
Statistik Prestasi PR Newswire Amplify™
PR Newswire Amplify™ - Modul Plan dengan Ciri-ciri untuk Penyelidikan, Penjanaan Idea dan Penciptaan Kempen PR
PR Newswire Amplify™ - Modul Create, Menonjolkan Alat Berkuasa AI untuk Mencipta Kandungan PR
PR Newswire Amplify™ - Perluas Kisah Anda Tidak Seperti Sebelum Ini
Dibangunkan berasaskan, lebih 70 tahun kepakaran dalam pengedaran berita global PR Newswire Amplify™ mengubah siaran media menjadi kempen bersepadu sepenuhnya merentas pelbagai saluran yang membolehkan kisah sesebuah jenama menjangkau media tradisional, platform digital dan . ekosistem enjin carian berasaskan AI. Dengan menggabungkan aliran kerja dipacu AI bersama rangkaian pengedaran yang tiada tandingan, kepakaran industri serta cerapan prestasi sejarah daripada siaran media yang telah diterbitkan, platform itu membantu jenama memperkukuh konsistensi mesej, meluaskan jangkauan dan mengekalkan kawalan terhadap naratif mereka merentas saluran.
"Integrasi pantas Amplify ke dalam aliran kerja harian pasukan komunikasi menjadi bukti manfaat yang boleh diukur yang dibawanya —kami berasa teruja untuk memperkenalkan platform ini kepada lebih ramai pelanggan kami yang dihargai," kata Matt Brown, Presiden PR Newswire. "Membawa platform Multichannel AmplificationTM ini ke rantau Asia Pasifik merupakan satu pencapaian penting dalam misi berterusan kami untuk membantu jenama global membentuk, mengedarkan dan mengukur naratif korporat mereka secara berkesan."
Sejak pelancaran platform tersebut pada September 2025, pelanggan dapat menyaksikan impak PR Newswire Amplify™ ke atas kecekapan pasukan dan hasil kempen mereka.
Data dalaman menunjukkan bahawa siaran media yang disokong oleh platform berkenaan mencapai peningkatan purata sebanyak 21% dalam jumlah tontonan, peningkatan penglibatan sehingga tiga kali ganda, serta peningkatan 12% dalam kualiti kandungan, berdasarkan sistem pemarkahan kandungan PR Newswire. Selain itu, komunikator yang ingin menyampaikan kisah berkualiti tinggi yang menarik minat wartawan dan juga enjin AI telah memperkukuh kandungan mereka melalui cadangan AEO & GEO yang boleh dilaksanakan dan disediakan oleh Amplify. Digabungkan dengan autoriti dan kredibiliti PR Newswire yang terunggul dalam industri, Amplify membolehkan pelanggan . sentiasa berada di hadapan dalam perbualan industri.
"AI sedang membentuk semula cara orang ramai mencari berita, maklumat dan kandungan, sekali gus mewujudkan salah satu perubahan paling besar yang pernah dialami oleh industri komunikasi dan perhubungan awam dalam beberapa tahun kebelakangan ini," kata Matt Brown, Presiden PR Newswire. "Menerusi Amplify, kami menghimpunkan setiap peringkat proses komunikasi dalam satu platform dipacu AI, seterusnya memberikan jenama-jenama dengan kawalan yang lebih besar terhadap penceritaan, penglibatan audiens dan pengukuran prestasi."
Pelancaran tersebut memperkenalkan dua penyelesaian strategik yang utama untuk golongan profesional komunikasi – Plan dan Create.
Plan: Temui Kisah Anda yang Seterusnya dengan Kecerdasan dipacu Data
Modul Plan membolehkan pengguna membangunkan kempen berasaskan data menggunakan trend industri global dan serantau, aktiviti pesaing, cuti tempatan dan serantau serta acara industri yang utama. Bermula daripada penjanaan idea kempen hingga membina strategi komunikasi yang komprehensif, platform tersebut membantu komunikator menghasilkan ringkasan kempen dengan lebih pantas dan lebih yakin.
Create: Perluas Kisah Jenama Sambil Mengekalkan Suara Jenama Anda
Modul Create membantu pasukan komunikasi meningkatkan penghasilan kandungan dengan mengubah siaran media menjadi pelbagai jenis aset yang sedia digunakan merentasi salurantanpa menjejaskan identiti jenama. Selain memperhalusi tajuk utama, petikan dan struktur siaran media, platform tersebut boleh menghasilkan rencana khas, catatan blog, kandungan media sosial dan cadangan media yang disesuaikan . secara serta-merta
Ciri pemarkahan kandungan yang baharu turut menawarkan cadangan masa nyata yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti kandungan. Pasukan dapat menjana dan mengoptimumkan siaran media dengan lancar untuk menarik perhatian wartawan, pelanggan dan pelabur, selain memperkukuh kehadiran jenama dalam enjin gelintar AI melalui pengoptimuman enjin jawapan (AEO) dan pengoptimuman enjin generatif (GEO).
Mentakrifkan generasi komunikasi yang seterusnya
Pelancaran PR Newswire Amplify™ di Asia Pasifik menyaksikan evolusi strategik syarikat daripada pengedar siaran media terbesar di duniakepada satu-satunya rakan kongsi Multichannel Amplification™ global yang sebenar bagi memperkasakan komunikator membangunkan strategi, menghasilkan kandungan yang menarik dan berhubung dengan audiens di seluruh dunia dengan lebih cekap dan berkesan berbanding sebelum ini.
PR Newswire ialah rakan pengedaran siaran media yang terkemuka dalam industri dengan jangkauan global yang tiada tandingan kepada lebih 500,000 bilik berita, laman web, suapan langsung, wartawan dan pempengaruh, serta tersedia di lebih 170 negara dan dalam 40 bahasa. Bermula dengan platform PR Newswire Amplify™ berkuasa AI inovatif kami, tawaran Perkhidmatan Kandungan yang memenangi anugerah, bilik berita media bersepadu dan produk laman mikro, berserta rangkaian perkhidmatan Perhubungan Pelabur, penempatan berbayar dan alat perkongsian sosial, PR Newswire memiliki katalog penyelesaian Multichannel Amplification™ komprehensif bagi menangani cabaran zaman moden yang dihadapi oleh pasukan perhubungan awam dan komunikasi. Selama lebih 70 tahun, PR Newswire menjadi destinasi pilihan di seluruh dunia untuk jenama-jenama berkongsi kisah berita mereka yang paling penting. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.prnewswire.com/apac/
Share this article