Destinasi Santapan Sosial Baharu Bakal Menyerikan Johor Bahru Menerusi Toppen Foodland
Toppen Foodland menghimpunkan pelbagai pilihan sajian dan kemudahan harian buat warga Johor, sekali gus menyediakan ruang untuk masyarakat berkumpul, meneroka dan menikmati pengalaman baharu.
JOHOR BAHRU, Malaysia, 17 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Dengan kerja-kerja pembinaan yang kini giat dijalankan, Toppen Foodland semakin menampakkan bentuknya sebagai hab santapan sosial pertama dan terbaharu di Johor Bahru, sekali gus memberikan gambaran awal kepada masyarakat mengenai tarikan yang bakal menanti mereka mulai Disember ini.
Diumumkan buat pertama kali pada Mac 2026, Toppen Foodland mencerminkan komitmen berterusan Toppen Shopping Centre untuk terus berkembang seiring dengan perubahan gaya hidup, cita rasa dan jangkaan masyarakat Johor. Direka sebagai destinasi santapan khusus, ruang baharu ini memperkukuh peranan Toppen sebagai lokasi pertemuan mesra yang membolehkan orang ramai berkumpul, meneroka cita rasa baharu serta menikmati waktu berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan.
Dengan keluasan melebihi 35,000 kaki persegi dan menampilkan 32 premis— merangkumi gabungan restoran serta kiosk Grab & Go dalam suasana moden berinspirasikan industri — Toppen Foodland melengkapkan kehadiran Jaya Grocer dalam mentransformasikan Aras Bawah pusat beli-belah tersebut menjadi destinasi gaya hidup dan santapan sehenti buat masyarakat Johor.
"Landskap santapan di Johor Bahru terus berkembang, dengan pengguna semakin mencari kepelbagaian, kemudahan serta pengalaman yang mendekatkan orang ramai," kata Sergey Aristarkhov, Pengurus Toppen Shopping Centre. "Toppen Foodland telah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan yang sentiasa berubah ini, dengan menghimpunkan pelbagai konsep santapan yang menepati cita rasa, acara dan gaya hidup yang berbeza. Selain memperluas tawaran makanan dan minuman kami, hab santapan baharu ini turut mencerminkan komitmen berterusan kami untuk mewujudkan destinasi yang memupuk hubungan bermakna serta memperkayakan pengalaman seharian."
Beliau menambah, "Kami telah memilih dengan teliti gabungan jenama tempatan kegemaran ramai, jenama antarabangsa serta konsep pertama seumpamanya di pasaran bagi menawarkan sesuatu yang segar dan menarik buat masyarakat Johor. Daripada jenama yang membuat penampilan sulung di Johor Bahru sehinggalah yang buat pertama kali memasuki suasana pusat beli-belah, senarai ini direka bagi memberikan pengalaman baharu dan pilihan yang lebih luas kepada para pengunjung. Akhirnya, kami mahu Toppen Foodland menjadi lokasi yang mendorong orang ramai untuk kembali berulang kali, sekali gus memperkukuh kedudukan Toppen sebagai destinasi santapan, riadah dan pertemuan komuniti."
Konsep Santapan Baharu, Jenama Eksklusif dan Pengalaman Pertama di Pasaran
Menjelang pembukaannya pada Disember ini, Toppen Foodland memperkenalkan gelombang pertama penyewa yang telah disahkan, menghimpunkan gabungan jenama kegemaran sedia ada dan konsep baharu yang menawarkan sesuatu yang berbeza untuk diterokai pengunjung. Senarai ini menampilkan beberapa jenama yang membuat penampilan sulung di Johor Bahru, pertama kali memasuki persekitaran pusat beli-belah, atau pertama kali mengembangkan operasi mereka ke Malaysia.
Antara konsep yang menyertai Toppen Foodland ialah Sukiyaki, sebuah restoran bufet stimbot Jepun dan yakiniku yang membuat penampilan sulung di Johor selepas cawangan pertamanya di Malaysia, iaitu di The Exchange TRX, Kuala Lumpur. Turut menyertai senarai ini ialah jenama tempatan Lazy Monday, yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records kerana menghasilkan burger terbesar di negara ini, dan buat pertama kalinya membawa hidangan berinspirasikan Barat ke persekitaran pusat beli-belah.
Senarai ini turut merangkumi Sopoong, yang akan membuka cawangan keduanya di Johor dengan menyajikan hidangan keselesaan Korea yang diinspirasikan daripada resipi untuk dinikmati bersama, manakala Sushi Plus menawarkan pengalaman santapan atas tali sawat (conveyor-belt) kontemporari yang sesuai untuk makan di premis mahupun dibawa pulang.
Menambah kepelbagaian antarabangsa, Luckin Coffee membawa pilihan kopi dan minumannya yang popular ke Johor, manakala Bored Tacos yang berasal dari Singapura akan membuat penampilan sulung di Malaysia dengan menu hidangan berinspirasikan Mexico.
Melengkapkan tawaran ini ialah Yobe, yang terkenal dengan yogurt beku dan pilihan topping yang meluas, serta B&B Bakery, pakar shiopan yang membuat penampilan pertama dalam persekitaran pusat beli-belah.
Dijadualkan dibuka pada Disember 2026, Toppen Foodland menandakan fasa seterusnya dalam evolusi Toppen Shopping Centre sebagai destinasi gaya hidup buat warga Johor. Dengan menghimpunkan gabungan jenama tempatan kegemaran ramai, konsep pertama di Johor, jenama pertama di Malaysia serta jenama yang membuat penampilan sulung di pusat beli-belah, Toppen Foodland berhasrat menawarkan sebab-sebab baharu untuk pengunjung datang, meneroka dan kembali semula sekaligus memperkukuh peranan Toppen sebagai destinasi sosial dan gaya hidup yang dinamik.
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan penyewaan, sila hubungi [email protected].
Selain itu, sila layari www.toppen.my atau ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk maklumat terkini.
About Toppen Shopping Centre
Toppen Shopping Centre is a 1.25 million square foot meeting place anchored by the first IKEA store outside of the Klang Valley. The rooftop, known as The Topp, is home to the first-of-its-kind community hub, offering something for everyone, from endless fun and entertainment to alfresco dining and cinema. The centre is one among the portfolio of centres owned by Ikano Retail. Together with IKEA Tebrau, Toppen delivers a fun day out for the many people of Southern Malaysia and beyond.
SOURCE Toppen Shopping Centre
Share this article