ENERGIZER MALAYSIA MELANCARKAN ULTIMATE CHILD SHIELD™, BATERI LITIUM BERBENTUK SYILING SATU-SATUNYA DI DUNIA YANG MENCEGAH LECUR JIKA TERTELAN
PETALING JAYA, Malaysia, 6 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Energizer Malaysia hari ini memperkenalkan Energizer® Ultimate Child Shield™ di Malaysia — bateri litium berbentuk syiling SATU-SATUNYA di dunia yang mencegah lecur jika tertelan. Tersedia dalam saiz 2032, 2025 dan 2016, teknologi canggih ini mencerminkan kepimpinan global berterusan Energizer dalam meningkatkan keselamatan kanak-kanak menerusi inovasi.
Setiap tahun, lebih 3,500 insiden tertelan bateri litium berbentuk syiling dilaporkan di Amerika Syarikat sahaja — terutamanya dalam kalangan kanak-kanak berusia 0 hingga 6 tahun. Jumlah insiden meningkat sembilan kali ganda sepanjang dekad lalu apabila semakin banyak peranti harian seperti kunci kawalan jauh kenderaan, alat kawalan jauh, tag penjejakan dan mainan menggunakan bateri litium berbentuk syiling 20mm sebagai sumber kuasa. Risiko ini tidak mengenal sempadan: diameter bateri litium berbentuk syiling 20mm hampir sama dengan diameter esofagus kanak-kanak, sekali gus meningkatkan kemungkinan bateri tersangkut jika tertelan. Apabila ini berlaku, bateri boleh mula menyebabkan lecur dalaman yang serius dalam tempoh seawal 15 minit dan kecederaan yang mengancam nyawa dalam beberapa jam. Keadaan ini selalunya tidak menunjukkan sebarang gejala. Jika ada sekalipun, gejalanya mudah disalah anggap sebagai tanda penyakit lain, justeru pemeriksaan perubatan segera amat penting.
Lapisan perlindungan baharu untuk keluarga
Dibangunkan menerusi penyelidikan, pembangunan dan pelaburan selama bertahun-tahun, Energizer® Ultimate Child Shield™ merupakan hasil kepimpinan berterusan Energizer dalam inovasi keselamatan kanak-kanak. Teknologi canggih ini menjadikan Energizer® Ultimate Child Shield™ bateri litium berbentuk syiling satu-satunya di dunia yang mencegah lecur jika tertelan. Dengan menghalang lecur dalaman daripada berlaku, inovasi ini menawarkan penyelesaian yang mampu membawa perubahan besar kepada keluarga dalam menghadapi kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat.
Dengan rangkaian ciri keselamatan yang unggul, Energizer® Ultimate Child Shield™ turut dilengkapi teknologi Colour Alert satu-satunya di dunia, yang mewarnakan mulut dengan warna biru apabila bateri berinteraksi dengan air liur. Ini memberi amaran kepada penjaga bahawa bateri mungkin telah tertelan, sekali gus membolehkan mereka bertindak pantas. Selain itu, Energizer® Ultimate Child Shield™ turut mempunyai salutan pahit tidak toksik untuk menghalang bateri daripada ditelan dan didatangkan dalam pembungkusan kalis kanak-kanak.
"Memandangkan semakin banyak peranti kini dikuasakan oleh bateri litium berbentuk syiling bersaiz 20 mm, amat penting untuk kita menghapuskan risiko lecur sekiranya bateri tersebut tertelan oleh kanak-kanak, dan Energizer® Ultimate Child Shield™ direka khusus untuk tujuan itu. Menerusi pelancarannya di Malaysia, kami membawakan kepada keluarga teknologi inovatif yang mampu menghapuskan risiko lecur akibat bateri tertelan," kata Aaron Ang, Pengurus Kanan Pengaktifan Pemasaran Global, Energizer Holdings, Inc.
Ketersediaan
Energizer Malaysia akan mempamerkan rangkaian baharu ini di ekspo bayi terpilih pada penghujung tahun ini, termasuk TCE Baby Expo di MITEC dari 2 hingga 4 Oktober 2026 dan TCE Baby Expo di Mid Valley dari 3 hingga 6 Disember 2026, disokong oleh aktiviti perdagangan menerusi saluran terpilih. Bateri litium berbentuk syiling Energizer® Ultimate Child Shield™ kini boleh didapati di Malaysia dalam saiz 2032, 2025 dan 2016 di peruncit terpilih.
Untuk maklumat lanjut, layari https://energizerultimatechildshield.com/malaysia/.
Informasi Produk:
- Energizer® Ultimate Child Shield™ CR2032 (2 Pek), RM15.90*
- Energizer® Ultimate Child Shield™ CR2025 (2 Pek), RM15.90*
- Energizer® Ultimate Child Shield™ CR2016 (2 Pek), RM15.90*
*Nota: Harga runcit adalah mengikut budi bicara peruncit
Mengenai Energizer Holdings, Inc.
Bermula daripada penciptaan bateri sel kering pertama pada tahun 1890-an dan diperkenalkan oleh syarikat induk EVEREADY® pada tahun 1980-an, Energizer® ialah peneraju pasaran bagi bateri isi rumah yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai. Sinonim dengan inovasi pertama di dunia dan teknologi baharu, Energizer menerajui dan membentuk kategori kuasa dan lampu mudah alih dengan portfolio produk yang hebat dan inovasi yang diterajui pengguna. Energizer® komited untuk terus membina sejarah inovasinya yang kaya dan memacu langkah-langkah mampan selanjutnya di seluruh portfolio.
SOURCE Energizer Malaysia
Share this article