Eye Level Malayisa Raih Pengiktirafan Berganda dalam Malaysia Book of Records
Diiktiraf bagi Rekod Program Matematik dan Bahasa Ingeris Pemikiran Kritis dengan Kemasukkan Terbanyak dalam Tempoh Setahun
KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Eye Level Malaysia mencipta satu lagi detik bersejarah apabila secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) menerusi dua rekod kebangsaan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara penyedia pendidikan tambahan terkemuka di Malaysia yang komited dalam membangunkan generasi muda yang berfikiran kritis dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
Dua pengiktirafan berprestij yang diterima oleh Eye Level Malaysia ialah:
- Program Matematik Pemikiran Kritis dengan Penyertaan Terbanyak dalam Tempoh Setahun
- Program Bahasa Inggeris Pemikiran Kritis dengan Penyertaan Terbanyak dalam Tempoh Setahun
Pengiktirafan ini mencerminkan kepercayaan yang semakin meningkat dalam kalangan ibu bapa terhadap pendekatan pendidikan Eye Level yang menitikberatkan pembangunan asas akademik yang kukuh, kemahiran berfikir aras tinggi serta pembelajaran kendiri.
Pada tahun 2025, Eye Level Malaysia berjaya merekodkan 8,344 penyertaan subjek daripada 5,821 pelajar dalam program Matematik dan Bahasa Inggeris Pemikiran Kritis di seluruh negara, meningkat daripada 7,598 penyertaan subjek melibatkan 5,262 pelajar pada tahun 2024. Pencapaian ini mencerminkan permintaan yang semakin meningkat terhadap program pengayaan yang membangunkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), pemikiran kritis serta asas pembelajaran yang kukuh sejak usia muda.
"En. Brian Kim," Country Manager Eye Level Malaysia, berkata:
"Pengiktirafan berganda daripada Malaysia Book of Records ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan, bukan sahaja buat Eye Level Malaysia, malah kepada setiap pelajar, ibu bapa, pemilik pusat pembelajaran, guru dan seluruh warga Eye Level yang telah bersama-sama menyumbang kepada kejayaan ini.
Pengiktirafan ini juga mencerminkan kepercayaan yang semakin kukuh terhadap pendidikan berkualiti serta komitmen bersama dalam melahirkan generasi yang memiliki kemahiran berfikir kritis, penyelesaian masalah dan komunikasi yang diperlukan untuk berjaya dalam dunia yang semakin mencabar."
Sejak bertapak di Malaysia lebih dua dekad yang lalu, Eye Level Malaysia kekal komited untuk menyediakan pendidikan berpusatkan pelajar bagi membentuk individu yang yakin, berdikari dan mampu berfikir secara analitikal. Menerusi rangkaian pusat pembelajaran di seluruh negara, Eye Level terus membantu ribuan kanak-kanak mengembangkan potensi mereka melalui pengalaman pembelajaran yang diperibadikan.
Berbeza daripada kelas tuisyen konvensional yang memberi penekanan kepada pencapaian peperiksaan semata-mata, kurikulum Eye Level dibangunkan untuk memperkukuhkan kefahaman konsep serta membentuk tabiat pembelajaran kendiri dan kemahiran berfikir aras tinggi. Program Matematik membantu membangunkan penaakulan logik, pemikiran analitikal dan kemahiran penyelesaian masalah secara sistematik, manakala Program Bahasa Inggeris meningkatkan kemahiran membaca, penulisan, perbendaharaan kata, komunikasi serta pemahaman kritis.
Kedua-dua program ini disesuaikan mengikut tahap kebolehan setiap pelajar melalui metodologi pembelajaran kendiri Eye Level yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, membolehkan setiap anak belajar mengikut kemampuan sendiri sambil membina asas akademik yang kukuh.
Pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records ini mengiktiraf sumbangan berterusan Eye Level Malaysia dalam memperkasakan kecemerlangan pendidikan negara serta menyokong aspirasi Malaysia untuk melahirkan generasi masa depan yang berdaya saing dan memiliki kemahiran abad ke-21.
Seiring dengan penekanan yang semakin meningkat terhadap inovasi, kreativiti dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam sistem pendidikan negara, Eye Level Malaysia akan terus komited untuk memperkasa lebih ramai kanak-kanak untuk menjadi pelajar yang yakin, berdikari dan bersedia menghadapi cabaran akademik serta kehidupan pada masa hadapan.
Mengenai Eye Level Malaysia
Eye Level Malaysia merupakan antara penyedia pendidikan tambahan terkemuka di Malaysia yang menawarkan program Matematik Pemikiran Kritis dan Bahasa Inggeris Pemikiran Kritis untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 15 tahun. Berasal dari Korea Selatan di bawah Daekyo Co., Ltd., Eye Level mengamalkan pendekatan pembelajaran yang berpusatkan pelajar bagi membangunkan asas akademik yang kukuh, kemahiran berfikir kritis, pembelajaran kendiri dan keyakinan diri. Melalui laluan pembelajaran yang diperibadikan serta rangkaian pusat pembelajaran di seluruh negara, Eye Level terus membantu kanak-kanak Malaysia mencapai potensi sepenuhnya dan menjadi pembelajar sepanjang hayat.
SOURCE Eye Level Malaysia
Share this article