GSMA: Industri Mudah Alih akan Menyumbang sebanyak AS$1.4 Trilion kepada Ekonomi APAC menjelang Tahun 2030 sebagai Kepercayaan Digital, AI, Kedaulatan dan Daya Tahan Digital Menjadi Tumpuan Utama di M360 ASEAN
KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Teknologi dan perkhidmatan mudah alih diunjurkan akan menyumbang sebanyak AS$1.4 trilion kepada ekonomi Asia Pasifik menjelang tahun 2030, peningkatan 40% daripada AS$1 trilion yang dijanakan hari ini, menurut laporan Ekonomi Mudah Alih Asia Pasifik 2026 GSMA yang baharu.
Diterbitkan pada hari ini di Kuala Lumpur menjelang acara M360 ASEAN 2026 pada bulan depan, laporan tersebut mendapati bahawa fasa pertumbuhan digital seterusnya akan dibentuk bukan sahaja oleh ketersambungan, tetapi juga cara kerajaan, pengendali dan penyedia teknologi memberikan respons kepada empat keutamaan yang sehaluan: peningkatan pesat kecerdasan buatan (AI), penurunan kepercayaan digital, permintaan untuk infrastruktur digital yang lebih berdaya tahan dan minat yang semakin meningkat dalam kedaulatan digital.
Dapatan penting:
- Sambungan 5G diramalkan akan mencapai 1.5 bilion menjelang tahun 2030, mewakili 50% daripada semua sambungan mudah alih di Asia Pasifik.
- Pengendali dijangka akan melabur lebih daripada AS$200 bilion dalam perbelanjaan modal antara tahun 2025 dan 2030.
- Ekosistem mudah alih menyokong 18 juta pekerjaan di seluruh rantau ini pada tahun 2025.
- Lebih daripada 700 juta individu dewasa kekal berada di luar talian walaupun mempunyai liputan rangkaian jalur lebar mudah alih.
Julian Gorman, Ketua Asia Pasifik, GSMA, berkata: "Industri mudah alih memainkan peranan yang semakin penting dalam membentuk masa depan digital Asia Pasifik. Seperti yang ditunjukkan oleh laporan ini, ekonomi dan masyarakat di seluruh rantau ini semakin digital, dengan rangkaian mudah alih berfungsi sebagai asas untuk penerimagunaan AI, kepercayaan digital dan infrastruktur digital yang berdaya tahan. Memandangkan kerajaan memberikan penekanan yang lebih besar terhadap kedaulatan digital dan rakyat mengharapkan perlindungan yang lebih kukuh daripada penyelewengan, penipuan dan ancaman siber, tanggungjawab yang diberikan kepada industri kami terus berkembang. M360 ASEAN menyatukan pembuat dasar, pemimpin industri dan inovator untuk menangani cabaran ini, mengukuhkan kepercayaan dan memastikan transformasi digital menyampaikan manfaat ekonomi dan sosial jangka panjang kepada semua orang ramai."
Banyak isu yang diketengahkan dalam laporan itu, termasuk penerimagunaan AI, kepercayaan digital, kedaulatan digital, daya tahan rangkaian dan keterangkuman digital, akan diterokai secara mendalam semasa acara M360 ASEAN, yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 9-10 September 2026.
Daftar sekarang
Pendaftaran untuk M360 ASEAN 2026 kini dibuka di sini. Pihak media akhbar boleh memohon Pas Media percuma di sini.
Pendaftaran juga kini dibuka untuk acara MWC26 Doha, yang kembali ke DECC dari 8-10 November 2026. Ketahui lebih lanjut di sini.
Baca siaran akhbar penuh di sini.
Share this article