Huawei Perkenal Xinghe Intelligent Network Dinaik Taraf Berteraskan Falsafah "Ketersambungan Selamat dan Pintar" Majukan Kecerdasan Menyeluruh Industri di Asia-Pasifik
BALI, Indonesia, 14 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Rangkaian Huawei (Huawei Network Summit) 2026 Asia-Pasifik melabuhkan tirainya hari ini di Bali yang menarik minat lebih 500 pemimpin industri, pakar teknikal dan rakan kongsi ekosistem untuk meneroka trend transformasi rangkaian dalam era pelaksanaan ejen AI secara besar-besaran. Semasa sidang kemuncak itu berlangsung, Huawei memperkenalkan Xinghe Intelligent Network Solution yang dinaik taraf untuk rantau Asia-Pasifik yang berteraskan falsafah baharu iaitu "Secure and Intelligent Connectivity" ("Ketersambungan Selamat dan Pintar"). Langkah ini menegaskan kembali usaha Huawei untuk memajukan kecerdasan menyeluruh merentasi industri bersama pelanggan dan rakan kongsi.
Pada masa ini, pelaksanaan ejen AI semakin berkembang pesat di negara-negara seperti Malaysia, Vietnam dan Thailand yang memperkasakan senario penggunaan seperti penjagaan kesihatan pintar, kawalan risiko kewangan dan tadbir urus bandar bagi mendorong kecekapan kos. Sementara itu, penerimaan AI secara besar-besaran membawa cabaran rangkaian baharu: Pertama, apabila ejen AI menembusi proses perniagaan teras, kesan ketidakstabilan rangkaian meningkat pada kadar yang sangat pantas; kedua, serangan siber dipacu AI melonjak 327%, sekali gus memberikan tekanan kepada sistem pertahanan tradisional.
Leon Wang, President of Huawei Data Communication Product Line, berkata, "Gelombang AI global sedang membentuk semula setiap industri. Perkembangan ini memacu rangkaian ke arah paradigma berteraskan AI yang dibina berasaskan empat tonggak: pengkomputeran tak hilang untuk memaksimumkan kecekapan token; penderiaan dan komunikasi bersepadu untuk memperkasakan dunia fizikal dengan AI secara pantas; keselamatan menyeluruh untuk menangani ancaman baharu dipacu AI secara berkesan; serta autonomi rangkaian tahap tinggi bagi memastikan perkhidmatan yang sentiasa tersedia."
Zac Chow, Vice President of Huawei Asia Pacific Enterprise Sales Dept, berkata, "Ketika model bersaing, jumlah token melonjak dan ejen bertindak secara autonomi, aplikasi pula akan menjadi semakin pintar dan beroperasi pada platform bersepadu. Rangkaian juga akan menjadi natif-AI, berfungsi sebagai tulang belakang kepada ejen pintar. Huawei sedang membangunkan rangkaian tertumpu berteraskan AI, bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menyediakan asas rangkaian kepada pelanggan dalam sektor kerajaan, kewangan, Internet dan industri lain yang menawarkan penghantaran tak hilang yang berkecekapan tinggi serta pengalaman aplikasi yang sangat pantas. Hal ini dapat mempercepat kecerdasan industri dan membentuk masa depan yang lebih terhubung dan pintar untuk Asia-Pasifik."
Ledakan pelaksanaan ejen AI membawa cabaran kepada kestabilan dan keselamatan rangkaian. Bagi menangani keadaan ini, John Cai, Vice President of Huawei Data Communication Product Line, berkata, "Huawei telah menaik taraf Xinghe Intelligent Network Solution yang berteraskan paradigma baharu iaitu 'Ketersambungan Selamat dan Pintar'. Pertama ialah peningkatan kecerdasan, dengan memperluas AI melangkaui operasi dan penyelenggaraan (O&M) ke seluruh rangkaian. Kedua ialah peningkatan keselamatan, dengan beralih daripada pertahanan pada satu titik kepada perlindungan hujung-ke-hujung yang menggabungkan rangkaian dan keselamatan secara mendalam. Menerusi peningkatan seni bina ini, kami bertekad untuk membina asas ketersambungan yang kukuh bagi setiap perusahaan dalam era AI Berejen dan membantu setiap industri terus maju dengan mantap di tengah-tengah gelombang AI."
Xinghe Intelligent Network Solution Huawei yang dinaik taraf merangkumi Xinghe AI Fabric 2.0, Xinghe Intelligent WAN, Xinghe AI Campus dan Xinghe AI Network Security.
Xinghe AI Fabric 2.0
Bagi menangani cabaran kestabilan perkhidmatan dalam persekitaran rangkaian berbilang vendor, Huawei telah menaik taraf StarryWing Digital Map dan Rock-Solid Architecture menerusi banyak teknologi AI. Khususnya, teknologi xFlow mengupayakan analisis keseluruhan aliran pintar yang memudahkan penentuan sempadan kerosakan dalam tempoh satu minit, sekali gus menghapuskan kebimbangan pelanggan. Sementara itu, AI Eagle-Eye Engine menyediakan keterlihatan pada masa nyata terhadap kualiti 200,000 aliran perkhidmatan dan melengkapkan analisis punca utama kerosakan dalam beberapa minit, sekali gus meningkatkan daya tahan rangkaian pusat data dengan ketara.
Disesuaikan untuk senario pengkomputeran AI, Hyper-Converged Fabric (HCF) Huawei mencapai daya pemprosesan seluruh rangkaian melebihi 98%, sambil meningkatkan Token Sesaat (TPS) inferens sebanyak 20%. Dilengkapi dengan iFlashboot 2.0, suis pengkomputeran Xinghe AI Huawei membolehkan peranti dimulakan semula dalam tempoh hanya 5 saat, sekali gus memastikan perkhidmatan tanpa gangguan. Selain itu, modul optik StarryLink dapat mengesan pencemaran gentian dan masalah sambungan longgar dalam tempoh satu minit, mengurangkan kejadian gangguan inferens sebanyak 90% serta mempercepat AI yang inklusif menerusi rangkaian yang sangat cekap.
Xinghe Intelligent WAN
WAN pada masa kini berdepan ancaman daripada serangan siber baharu. Bagi menangani cabaran ini, Huawei telah membangunkan sistem pertahanan keselamatan berbilang dimensi yang memperluas perlindungan secara lancar daripada peranti kepada talian persendirian. Papan keselamatan pintar Huawei khususnya mampu mengenal pasti anomali berbilang dimensi dalam fail, memori dan sistem secara masa nyata, sekali gus mampu mencapai pertahanan yang tepat terhadap Ancaman Berterusan Lanjutan (APT). Tidak seperti penyelesaian tradisional yang memerlukan peranti Quantum Key Distribution (QKD) luaran, papan keselamatan kuantum QKD Huawei, yang pertama seumpamanya dalam industri, boleh dipasang terus pada penghala, mengurangkan keseluruhan perbelanjaan modal sebanyak lebih 60% dan membantu membangunkan WAN berdaya tahan tinggi yang kalis kuantum.
Bagi jalur lebar rumah, peningkatan pesat trafik tersulit menyebabkan pengalaman pengguna yang sukar dikawal serta meningkatkan aduan dan kadar kehilangan pelanggan. Huawei menangani cabaran ini menerusi Xingluo Identification Engine, yang dapat mengenal pasti trafik tersulit dengan ketepatan melebihi 95%. Selain itu, tag pengguna dan algoritma pemprofilan pelanggan pintar memastikan ketepatan sebanyak 90% dalam pemerolehan pelanggan, sekali gus membantu meningkatkan kelebihan daya saing bagi jalur lebar rumah.
Xinghe AI Campus
Xinghe AI Campus Solution Huawei memperkasakan transformasi digital perusahaan menerusi banyak inovasi. Dari aspek rangkaian tanpa wayar, penyelarasan berbilang AP Wi-Fi 7 Advanced menggandakan prestasi, manakala suis berbilang GE keseluruhan siri serta pelesenan hak-untuk-guna (RTU) yang fleksibel mengurangkan jumlah kos pemilikan (TCO) sebanyak lebih 30%. Berhubung keselamatan, pengenalpastian titik akhir berasaskan pengelompokan AI mencapai ketepatan 95% dalam mengenal pasti terminal dungu, manakala pengesanan anomali pintar (SmartAD) menyekat anomali dalam beberapa saat. Wi-Fi Shield dan Post-Quantum Cryptography (PQC) melindungi sambungan, manakala teknologi penderiaan Wi-Fi Channel State Information (CSI) membolehkan AP iGuard melindungi privasi selama 24/7. Bagi O&M rangkaian, manusia digital AI memberikan jaminan selama 24/7 untuk rangkaian kampus, manakala AP berkeupayaan penderiaan AI mendayakan pemantauan secara masa nyata. Dikuasakan oleh algoritma pembelajaran pengukuhan berbilang objektif, 80% kerosakan diselesaikan secara autonomi dalam tempoh 30 saat, sekali gus mewujudkan penyelesaian autonomi rangkaian pertama dalam industri.
Xinghe AI Network Security
Berdasarkan penyelidikan, 71% perusahaan di Asia-Pasifik menganggap AI sebagai kebimbangan utama mereka berkaitan keselamatan data, manakala 81% pernah mengalami insiden keselamatan API. Bagi menangani isu ini, Huawei mencadangkan pendekatan 'melawan AI dengan AI' dan menaik taraf tembok api AI dengan seni bina perlindungan tiga lapisan. AI Core terbina dalam khususnya mampu mengesan ancaman yang tidak diketahui dengan ketepatan 95%, iaitu dua kali ganda lebih tinggi berbanding prestasi purata industri. HiSec AI-Guard yang dikuasakan enjin analisis semantik model bahasa besar, mengenal pasti dengan tepat serangan seperti suntikan penggesa dengan kadar pengesanan melebihi 95%. Secara bersama, keupayaan ini mewujudkan garis dasar keselamatan yang kukuh bagi era pintar.
Huawei turut memperkenalkan lebih 20 produk eKit SME Network baharu yang disesuaikan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Sorotan utama melibatkan AR580 (gerbang tertumpu selamat untuk pejabat), S630, (suis optik menyeluruh 10GE), serta AP637H & DF10 (portfolio produk pengesan kamera pengintip)—kesemuanya menawarkan peningkatan besar dari segi keselamatan dan juga prestasi. Penawaran baharu ini sesuai untuk senario seperti pejabat pintar, kedai runcit, pendidikan dan hotel, sekali gus memberikan pengalaman serba baharu dalam ketersambungan yang selamat dan pintar kepada PKS.
Di acara itu, Huawei bersama pelanggan industri dan rakan kongsi di seluruh Asia-Pasifik melancarkan secara bersama Huawei AI Firewall (AIFW) Technology White Paper (Kertas Putih Teknologi Huawei AI Firewall (AIFW)) dan High-Quality 10 Gbps AI Campus Technical and Standard White Paper (Kertas Putih Teknikal dan Standard Kampus AI 10 Gbps Berkualiti Tinggi). Bahan penerbitan ini menggariskan evolusi teknologi dan laluan pembangunan industri bagi tembok api AI, di samping menyediakan panduan sistematik untuk membangunkan kampus AI yang pintar dan selamat.
Memandang ke hadapan, Huawei akan tetap komited terhadap visinya "AI for All, All on Secure IP" ("AI untuk Semua, Semuanya melalui IP Selamat"), sambil terus menaik taraf Xinghe Intelligent Network Solution berteraskan falsafah "Ketersambungan Selamat dan Pintar" untuk melangkah menuju era pintar bersama pelanggan dan rakan kongsi.
SOURCE Huawei
Share this article