JustMarkets Kenal Pasti Alat Utama untuk Pedagang Mengurus Volatiliti pada 2026
KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Mei 2026 /PRNewswire/ -- Platform broker antarabangsa terkemuka, JustMarkets, yang menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga juta pedagang di peringkat global merentas lebih 160 negara, memperluas rangkaian perkhidmatannya untuk pedagang dalam menghadapi cabaran salah satu pasaran paling tidak menentu dalam tempoh semasa.
Dengan turun naik harga yang lebih tinggi merentasi emas, minyak dan pasangan mata wang utama pada 2026, JustMarkets berhasrat untuk bertindak sebagai "tangan dihulurkan" yang dapat membantu pedagang beralih daripada reaksi berasaskan naluri kepada daya tahan profesional. Daripada cerapan pasaran hingga persekitaran perdagangan termaju, broker itu berusaha memberikan sokongan dan keadaan yang diperlukan oleh semua pihak untuk mencapai potensi pelaburan penuh mereka.
Platform Direka untuk Keadaan Pasaran Tidak Menentu
JustMarkets menawarkan perkhidmatan perdagangan komprehensif yang direka untuk landskap bergerak pantas:
- Spread rendah dan pelaksanaan pesanan sepantas kilat ke atas lebih 260 aset dagangan termasuk Emas, Minyak, Forex, Kripto dan Indeks.
- Platform selamat dengan aplikasi iOS dan Android untuk perdagangan mudah alih bagi membuka, mengurus dan mencapai persetujuan dari mana-mana lokasi pada bila-bila masa.
- Sokongan pelanggan 24/7 dalam beberapa bahasa, direka khusus untuk pedagang Asia Tenggara.
- Transaksi percuma untuk deposit dan pengeluaran dengan pilihan pembayaran tempatan dan global.
- Sistem perlindungan slippage yang membolehkan perdagangan lancar di tengah-tengah pasaran kewangan yang tidak menentu.
- Sistem perlindungan baki negatif untuk pedagang mengatasi risiko dengan cara paling cekap.
Pendidikan untuk Pedagang Dalam Keadaan Berbeza
Agar tetap seiring dengan peningkatan permintaan terhadap panduan pasaran, JustMarkets terus melabur dalam pendidikan pedagang termasuk:
- Analisis pasaran harian dan cadangan dagangan daripada penganalisis dalaman.
- Sesi latihan, kuliah, webinar dan perbincangan oleh pakar fintech (teknologi kewangan) profesional.
- Bahan pendidikan berkaitan risiko kewangan, analisis teknikal dan pemahaman mengenai konteks makroekonomi.
"Ketaktentuan bukan musuh – ketidaksediaan ialah musuh sebenar," kata wakil JustMarkets. "Peranan kami adalah untuk menyediakan alat, cerapan dan keadaan yang diperlukan oleh pedagang untuk bertindak dengan yakin, walaupun dan khususnya ketika pasaran tidak stabil dan tidak menentu."
Pertumbuhan Kukuh di Asia Tenggara
Dalam beberapa tahun akan datang, JustMarkets dijangka berkembang ke seluruh Asia Tenggara dengan memperteguh komitmennya terhadap komuniti melalui pendidikan, kerjasama dan penyertaan dalam acara kewangan yang diadakan di rantau ini. Broker itu akan terus membantu pedagang menukar volatiliti kepada peluang dengan mudah dan yakin.
Untuk maklumat lanjut, layari justmarkets.com.
Amaran Risiko: Dagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang ketara dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Keadaan pasaran boleh berubah dengan pantas, dan kerugian mungkin melebihi deposit. Pastikan anda memahami risiko yang terlibat dan berdagang secara bertanggungjawab.
SOURCE JustMarkets
Share this article