JustMarkets Lancarkan Dagangan Saham SpaceX untuk Pelanggan
KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Jun 2026 /PRNewswire/ -- JustMarkets, salah satu broker terkemuka global, memaklumakan kepada pelanggannya tentang pelancaran dagangan saham SpaceX (SPCX) dalam masa terdekat. Mulai 17 Jun 2026, trader boleh berdagang salah satu syarikat angkasa lepas persendirian paling menjadi tumpuan di platform dagangan JustMarkets. Peluang ini membuka akses dagangan dalam bidang inovasi yang dijangka membentuk hala tuju ekonomi global pada masa hadapan.
Pakar pasaran kewangan IPO SpaceX melihat penyenaraian ini sebagai detik bersejarah dalam pasaran kewangan global. Dengan reputasi SpaceX sebagai syarikat persendirian terkemuka dalam bidang angkasa lepas, pembuatan satelit dan penerokaan angkasa lepas secara persendirian, penyenaraiannya dalam pasaran awam pasti menarik perhatian trader, pelabur, institusi dan penganalisis kewangan.
Wakil daripada JustMarkets memberi pandangan terhadap pelancaran ini:
"Pasaran kewangan akan terus berkembang, dan trader semakin berminat dalam syarikat yang menerajui inovasi dalam pelbagai industri. SpaceX merupakan salah satu nama besar dalam bidang angkasa lepas dan teknologi moden. Dengan menambah saham SpaceX dalam senarai instrumen, kami menyediakan akses kepada pelanggan kami peluang pasaran baru, dan dalam masa yang sama terus meluaskan rangkaian instrumen dagangan.
Penambahan saham SpaceX dalam senarai portfolio dagangan membolehkan pelanggan JustMarkets memantau dinamik pergerakan harga, menganalisis situasi pasaran dan melaksanakan transaksi dengan instrumen, menggunakan semua instrumen dagangan yang ditawarkan oleh syarikat ini.
Instrumen ini akan melengkapkan portfolio produk sedia ada yang ditawarkan oleh firma brokeraj ini selain daripada forex, bahan mentah, logam berharga, indeks, mata wang kripto dan saham. Kehadiran SpaceX menunjukkan komitmen syarikat broker dalam menyediakan instrumen pasaran yang relevan, popular dan menjadi tumpuan global kepada pelanggannnya.
Bermula dari 17 Jun 2026, pelanggan JustMarkets boleh berdagang saham SpaceX (SPCX) dan menyertai salah satu pelancaran pasaran saham utama dalam sejarah.
Tentang JustMarkets:
JustMarkets ialah broker pelbagai aset terkemuka global yang telah menyediakan perkhidmatan dagangan yang konsisten dan telus sejak 2012. Syarikat ini telah diiktiraf dengan lebih 50 pengiktirafan industri, sekali gus mencerminkan kecemerlangannya dalam sektor kewangan. JustMarkets menawarkan pelbagai instrumen dagangan, termasuk forex, saham, komoditi, indeks, logam, tenaga, serta mata wang kripto, dan telah menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 160 negara.
Syarikat ini sememangnya dikenali dengan harga yang kompetitif, dengan menawarkan spread rendah dan komisen sifat. JustMarkets sesuai digunakan untuk trader baru dan berpengalaman dan menyediakan pelbagai perkhidmatan yang dirangka untuk meningkatkan pengalaman dagangan mereka.
SOURCE JustMarkets
Share this article